Umum
Aug 8, 2013, 2:33am

Hari Raya Aidilfitri Tiba Lagi


  •  
  •  
  •  
  •  

ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR.. LAAILAHAILLAALLAHU ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAM..

Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri tiba lagi.. Mengiring gelak dan tawa Membawa sendu dan hiba Menyemarakkan semangat raya Dengan penuh kesyukuran pada Yang Esa

Hari Raya Aidilfitri tiba lagi.. Takbir dan tahmid kembali bergema Memenuhi ruang angkasa di mana-mana Tanda kebesaran Tuhan segala punya Tanda kemenangan menyempurnakan puasa

Hari Raya Aidilfitri tiba lagi.. Rindu pada Ramadan masih bersisa Namun semangat lebaran kian membara Tidak lupa zakat dan fitrah ditunaikan Dilengkapi dengan solat Aidilfitri Yang bersua setahun hanya sekali

Hari Raya Aidilfitri tiba lagi.. Pusara yang disayangi meriah dikunjungi Untuk yang pergi Doa diiringi Memohon kedamaian dari Ilahi Damailah insan-insan yang dipanggil kembali

Hari Raya Aidilfitri tiba lagi.. Ya Allah berikan kami rahmat-Mu Izinkan kami meluahkan gembira Bersama mereka Bersama ayah bonda Bersama sanak saudara

Terima Kasih Memberi kami peluang sekali lagi Memohon maaf atas kesilapan lalu Memohon restu agar diberkati selalu

Jika duka yang mengiringinnya Berikan kegembiraan kami kepadanya Jika benci yang mengiringinya Berikan kasih sayang kami padanya

Hari Raya Aidilfitri tiba lagi.. Selamat bercuti dan kunjung mengunjungi Semarak semangat keramat Aidilfitri Insha-Allah jika ada pertemuan dan rezeki Kita jumpa lagi..

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya maaf zahir dan batin. Moga Allah terima semua amalan kita sepanjang ramadan ini. Taqabbalallahu minna wa minkum.