Review
Sep 26, 2017, 12:54pm

Harga Rantai Emas 916 Terkini


emas-barang-hiasan-wanita

Pada zaman dahulu pemakaian barang perhiasan emas adalah suatu kemestian bagi wanita sebagai simbol kecantikan serta kekayaan kerana nilainya yang berharga dan boleh diwarisi. Kini pemakaian barang perhiasan emas yang berlebihan tidak sesuai kerana faktor keselamatan disebabkan kadar jenayah yang tinggi. Emas kini digunakan sebagai pelaburan, pelindung harta dan pengelak kebocoran wang. Sifat emas yang unik seperti sentiasa berharga, dikenali dan laku seluruh dunia, kalis inflasi, tidak dapat dibinasa walau terbakar atau bencana alam menjadikan emas adalah penyimpan nilai kekayaan yang unggul. Emas ni boleh dikatakan satu pelaburan untuk jangka masa sederhana & panjang (sgt sesuai utk dijadikan aset).

emas-vs-duit

Nilai wang semakin merosot dengan cepat yang membuktikan pentingnya menyimpan emas sebagai pelindung dan bekalan harta dimasa depan. Emas adalah wang yang sebenarnya. Penyimpanan aset terbaik adalah dalam bentuk emas. Sejarah juga telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya.

pelaburan-emas

Emas juga adalah salah satu pelaburan terbaik yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Walaupun harga emas kini ada turun naik, namun sejarah membuktikan harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Pelaburan emas adalah pelaburan yang selamat kerana tidak melibatkan pihak ketiga. Pelabur emas fizikal adalah pengurus pelaburan dimana ia sendiri mengurus pelaburan untuk menjual atau membeli emas sendiri pada bila-bila masa. Pelaburan emas tidak akan rugi walaupun harga emas turun, selagi tidak menjual emas tersebut. Pelaburan emas adalah kalis inflasi iaitu tidak dipengaruhi oleh sebarang bentuk naik turun ekonomi.

Kelebihan Barang Kemas Sebagai Pelaburan Jangka Masa Panjang

pelaburan-emas-jangka-panjang

Emas dalam bentuk barang kemas mempunyai nilai sentimental value yang tinggi dan mengerat kasih sayang diantara pemberi dan penerima, menjadikan ianya akan disimpan lama bagi menghargai sentimental value tersebut dan secara tidak langsung telah menjadi pelaburan jangka panjang yang baik. Sepanjang masa harga barang kemas semakin meningkat harganya jadi pelaburan melalui barang kemas memberi kepuasan kepada pembeli kerana dapat memaksimumkan penggunaan emas yang dibeli iaitu boleh dipakai dan digayakan.

Perbezaan antara Goldbar, Goldcoin dan Dinar dalam pelaburan jangka masa panjang

Emas Jongkong ‘Gold Bar’ 24K 999.9

goldbar-24k-999

Gold Bar lebih mudah untuk disimpan berbanding barang kemas, bentuknya yang kecil dan simple membolehkan ianya disimpan mengikut kreativiti masing-masing asalkan ianya selamat dan tidak hilang. Susut nilai Gold Bar biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan barang kemas kerana ianya adalah emas jenis solid dan berketulenan 999 (24K).

Gold Bar juga lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak seperti barang kemas, jadi nilai nya sentiasa dapat dikekalkan tanpa perlu bimbang susut nilai tambahan kerana kerosakan seperti yang wujud pada barang kemas. Dari segi target untuk jualan semula, gold bar lebih besar marketnya kerana pembeli boleh terdiri daripada kaum lelaki dan juga perempuan, sementara barang kemas biasanya target market lebih kepada kaum wanita.

Syiling Emas ‘Gold Coin’

gold-coin

Dinar Emas dengan Syiling Emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar. Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat. Dari segi harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.

Dinar Emas

dinar-emas Rantai Emas 916 Terkini

Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi. Untuk makluman, Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan tertentu seperti simpanan jangka masa panjang untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain. Kegunaan lain Gold Bar adalah boleh digunakan untuk muamalat, ibadah aqiqah, bayar zakat, simpanan/pelaburan, malah boleh juga dijadikan hantaran mas kawin. Emas dinar adalah Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.

Rantai Emas 916 Terkini

Pelaburan Dinar Emas banyak menguntungkan dan memberi masa depan yang baik di masa hadapan. Antara sebab mengapa perlu memilih pelaburan dinar emas ialah :

  • Tiada risiko kehilangan semua wang walaupun nilai pasaran emas sentiasa berubah
  • Kadar pertukaran lebih perlahan dan stabil berbanding dengan pelaburan instrument lain
  • Tidak membawa risiko kredit dan merupakan aset yang selamat
  • Emas lebih cair berbanding aset alternatif lain
  • Emas bukan tanggungan sesiapa
  • Mempunyai rekod jangka panjang yang baik dalam mengekalkan nilai sebenar
  • Selamat dan aset kewangan terjamin
  • Komoditi yang bernilai dan kukuh yang mempunyai potensi untuk nilai yang sentiasa meningkat
  • Digunakan sebagai alat terhadap inflasi
  • Satu objek perhiasan kecantikan yang tiada tandingan
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas
  • Nilai emas tidak tertakluk pada mana-mana sistem kewangan dunia
  • Mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang
  • Pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya
  • Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan pelabur dinar

Faktor Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Emas Sebagai Pelaburan

Harga Rantai Emas 916 Hari Ini

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:

  1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
  2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
  3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
  4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
  5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
  6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
  7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar.

Harga Rantai Emas 916 Terkini

Waktu paling sesuai mula membeli emas adalah sekarang juga. Jangan tunggu harga rendah untuk membeli emas pada permulaan pelaburan emas. Pembelian pertama pembelian emas adalah tapak pelaburan atau ‘benchmark’ (tanda pengukur) harga emas untuk pembelian emas seterusnya. Waktu terbaik untuk membeli emas adalah sewaktu mempunyai wang dan bukannya sewaktu harga emas murah kerana tiada siapa dapat meramal harga emas dan keuntungan pelaburan emas bukan bergantung kepada pembelian emas yang rendah, tapi bergantung juga kepada harga emas semasa menjual emas.

Jom Rantai Emas 916 Terkini Dengan Beautiful Gold & Jewelleries Malaysia

Kita boleh nampak ada pelbagai jenis butik emas yang menjual emas di serata tempat, dengan nama-nama terkenal yang kerap ke udara iklan mempromosikan produk emas mereka. Tetapi saya nak memberitahu anda tentang kedai emas yang boleh dibeli secara atas talian (online) paling berbaloi di Semenanjung Malaysia dengan harga emas termurah berbanding pasaran.

Rantai Emas 916 Terkini

Tidak mustahil untuk anda beli emas secara atas talian (online) asalkan penjual tersebut jujur dan amanah dalam urusniaga perniagaan. Kedai emas atas talian yang saya maksudkan adalah Beautiful Gold & Jewelleries Malaysia. Apa yang menariknya jika anda membeli di sini, akan akan dapat diskaun yang tinggi semasa membuat pembelian. Tiada caj tersembunyi yang dikenakan malah anda boleh jimat berganda dan silakan banding harga pasaran dengan Beautiful Gold & Jewelleries Malaysia pasti akan tergugat iman anda untuk membeli emas disini!

Jom cuci mata di Telegram, Facebook dan Instagram Beautiful Gold & Jewellery Sekarang!

 

Jom beli rantai emas 916 SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom beli rantai emas 916 SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom beli rantai emas 916 SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: