Umum
Nov 2, 2010, 2:45pm

Harga Petrol Ron 97 Naik 5 sen


  •  
  •  
  •  
  •  

Harga Petrol Ron 97 (Minyak hijau) dinaikkan lagi 5 sen mulai 2 November 2010. Harganya kini RM2.15 seliter, Bagi Harga lama Ron 97 adalah RM2.10 seliter. Walaupun nilainya RM0.05 seliter memang akan memberi kesan kepada aku dan juga kepada rakyat malaysia.. Sudahlah Ron 95 minyak tidak berkualiti.

Petrol Ron 97 Naik 5 Sen

Bagi harga minyak Petrol Ron 95 dan Diesel harganya kekal kepada RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter bagi diesel.. Tujuan kenaikkan Harga Petrol Ron 97 adalah bertujuan Untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan. Pemotongan subsidi merupakan sebahagian pelan perancangan daripada kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barang keperluan. Seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adalah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna. Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru – termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

Sumber : Malaysiakini.com

ProfHariz : Walaupun Harga Petrol Naik RM3.00 seliter.. Rakyat perlu juga beli minyak. Errrrrrrrrr..