Umum
Dec 1, 2010, 11:12am

Harga Minyak Petrol RON97 Naik Lagi Lagi 15 Sen


  •  
  •  
  •  
  •  
Salam semua,

Selamat Pagi Disember.. Hari ini aku terpaksa bangun awal-awal subuh sepi’eee hehehe.. Kenapa? Sebab semalam bangun lewat untuk ke kerja.. Maka dengan mengambil keputusan dan tidur pun tepuk-tepuk bantal untuk bangun awal.. Dan petang semalam saya ada nampak rakan-rakan twitter tweet mengatakan bahawa minyak petrol RON97 naik lagi lagi 15 sen.. Benarkah? Setelah itu aku pun mengambil keputusan menelefon majikan aku dan bertanya.. Apakah benar RON97 naik lagi lagi 15sen?

Petrol RON97

Berjaya diambil pada pukul 6.30pagi 1 Dis

Lalu majikan aku mengatakan ya.. Terima mesej mengatakan RON97 naik lagi lagi 15sen.. Ternyata memang benar RON97 naik lagi 15 sen.. Cuba korang tengok pada gambar di atas.. Itulah harga RON97 sekarang, daripada Harga RM2.15 kepada RM2.30… Sebelum ini 2 November Harga Petrol RON97 sudah naik 5 sen.. Kini naik lagi 15sen..

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam, Rabu menurut sumber hari ini.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter. – BERNAMA

Walaupun pada hakikatnya aku bukan seorang pengguna kereta, hanya sekadar motor tetapi aku tidak menggunakan Minyak Petrol RON95 kerana kurang keberkesanan dan terasa kenaikkannya!.. Kurang keberkesanan bagaimana itu? Perlu ke aku nyatakan disini? Untuk pengetahuan korang juga ada yang mengatakan RON95 kereta mudah terbakar kerana apa? Cuba korang selak blog nie CikguDahlia...

ProfHariz : Walaupun Harga Petrol RON97 Naik RM3.00 Seliter.. Rakyat malaysia perlu juga beli minyak bukan? Ghrrrrrrrrrrr…