Cantiknya handsock bila dipelbagaikan corak, design dan juga warna. Ramai wanita masih tercari – cari handsock muslimah yang selesa dan murah. Handsock ini akan digayakan bersama baju lengan pendek, blouse, baju kurung atau jubah. Handsock yang menepati syariah agama adalah handsock yang terletak di pergelangan tangan supaya aurat tangan wanita terjaga.
Selain itu, pemilihan material handsock juga sangat penting bagi memberikan keselesaan untuk dipakai sepanjang hari. Tambahan pula, cuaca di Malaysia agak panas maka material harus yang serap peluh. Anda bertuah kerana artikel ini akan berkongsi tentang handsock muslimah yang trendy dan selesa dipakai walau di tengah cuaca yang panas terik.
Wah cantiknya koleksi Handsock Dalila! Butik Rehlaizaa telah mengeluarkan koleksi handsock muslimah yang mempunyai pelbagai jenis corak dan pilihan. Handsock Dalila mempunyai rekaan eksklusif ruffle di hujung pergelangan tangan. Ia tidak menampakkan seperti anda memakai handsock tetapi kelihatan seperti design baju anda termasuk dengan handsock yang anda pakai itu.
Dengan pemakaian Dalila Handsock, anda kini sudah tidak mengalami kegatalan yang disebabkan bulu material handsock yang anda pakai. Dalila sangat selesa di pakai sepanjang hari walaupun pada cuaca panas yang terik.
Handsock Dalila sememangnya merupakan koleksi pakaian yang mesti dibeli kerana ia mempunyai reka bentuk yang sangat menarik. Jom ketahui apakah 5 ciri terbaik Handsock Dalila ini.
Pilihan material moss crepe adalah material yang terbaik untuk koleksi pakaian muslimah. Moss Crepe merupakan material yang tidak jarang, sejuk dan selesa dipakai sepanjang hari. Ia juga boleh meregang dari size lengan xs sehingga ke xxl.
Handsock Dalila boleh dipakai dengan baju berlengan pendek kerana panjang handsock ini sehingga ke atas siku. Berikut merupakan size ukuran Handsock Dalila :
Panjang : 37cm
Lebar hujung atas siku : 10.5cm
Lebar pada pangkal lengan : 7.5cm
Pasti ramai sukakan rekaan eksklusif ruffle yang nampak lebih eksklusif berbanding handsock muslimah di pasaran. Jahitan ruffle sangat kemas menampakkan handsock ini lebih cantik dan lain dari yang lain.
Ramai wanita suka memakai handsock bersesuaian dengan warna baju yang dipakai. Handsock Dalila ini mempunyai lebih 100 pilihan warna yang cantik dan menarik untuk anda pilih. Oleh yang demikian, ramai pelanggan membeli bukan hanya 1, malah 6 pilihan warna agar boleh digayakan bersama baju yang lain.
Handsock yang mempunyai getah akan memberi kesan gatal pada kulit apabila berpeluh atau selepas handsock ditanggalkan. Dalila Handsock tidak mempunyai getah pada hujung atas siku namun bila anda memakainya ia tidak akan jatuh pada pergelangan tangan anda.
Selain rekaan ruffle yang eksklusif, dengan pemakaian Dalila Handsock, penampilan anda akan nampak lebih cantik dan menarik. Anda boleh memakai Dalila Handsock untuk menghadiri majlis perkahwinan, melakukan aktiviti riadah di taman, mengajar di sekolah, dipakai bersama uniform kerja, serta jadikan ia sebahagian daripada pakaian yang mesti dipakai setiap hari. Dengan pemakaian handsock ini, aurat lengan anda juga akan terjaga.
Handsock Dalila bukan sahaja digunakan oleh mereka yang bekerjaya sahaja malah golongan pelajar dan warga tua juga ada memakai Handsock Dalila ini. Menariknya, Handsock Dalila ini sangat selesa dipakai walau anda ingin memakainya di mana sahaja tempat yang anda ingin kunjungi. Malah, anda boleh jadikan hadiah untuk mereka yang ingin menunaikan umrah atau haji juga supaya mereka boleh memakainya di Mekah nanti.
Keselesaan Handsock Dalila menjadikan ramai pengantin muslimah memilih untuk memakainya pada hari bahagia mereka. Batas aurat dengan para tetamu juga lebih terjaga ketika sibuk melayan tetamu yang hadir. Jom lihat antara si manis pengantin yang menggayakan Handsock Dalila pada hari bersejarah mereka.
Perkhabaran baik untuk semua yang berminat untuk mulakan perniagaan handsock dengan modal yang rendah. Kini, anda boleh mulakan perniagaan handsock dengan menyertai pencarian agent dari Butik Rehlaizaa. Dengan modal yang anda keluarkan RM180 ini, anda akan memperolehi :
** Penyertaan agent ini hanya untuk 50 orang terawal sahaja.
Memakai pakaian muslimah pun boleh kelihatan berfesyen dan menarik. Kini, penampilan anda akan lebih berseri dan cantik dengan pemakaian Handsock Dalila yang selesa ini. Jom borong dan boleh belikan hadiah untuk yang tersayang juga. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi info yang dinyatakan di bawah ini.
HANDSOCK DALILA | SELESA, MURAH & TRENDY
Hubungi: Tekan untuk telefon (011 11930208) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: ButikRehlaizaa
Instagram: @rehlaizaa_socks
Website: http://rehlaizaa.com/
Lokasi Perniagaan:
F151, Jalan 6 Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
Hubungi talian + 601111930208 atau tekan butang untuk WhatsApp
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang