Review
Oct 16, 2017, 12:27pm

GPS Tracker Untuk Motor


Saban hari kita banyak mendengar kes-kes motorsikal yang dicuri daripada berita media massa ataupun melalui laman sosial. Tak kurang juganya kadang-kadang ada kes motorsikal yang dicuri di taman rumah kediaman anda, kadang-kadang ia berlaku di waktu pagi ketika ramai orang sedang ada di pejabat sibuk bekerja. Ia merupakan salah satu perkara yang cukup merisaukan kerana motorsikal merupakan harta benda yang penting yang anda perlu untuk tujuan pengangkutan yang mudah dan simple. Gara-gara kes begitu banyak kes motor yang dicuri maka anda sebagai pemiik motor akan mencari cara-cara yang terbaik untuk melindungi motorsikal anda daripada dicuri. Apa kata anda cuba mendapatkan GPS Tracker untuk motor anda?

gps-tracker-untuk-motosikal

Kebiasaanya pemilik motor akan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memasang rmangga kunci yang berlebihan, memasang sistem penggera kepada motor anda dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan bahawa terdapat satu ketika di mana pencuri dapat melepasi langkah-langkah pencegahan tersebut dan berjaya membawa lari motorsikal anda. Bagaimana pula ya?

gps-tracker-untuk-motorbike

Dengan adanya GPS Tracker untuk motor ini, anda dapat mengesan di mana motor anda berada pada bila-bila masa, dan anda juga boleh menghentikan motor anda secara kawalan jauh hanya dengan menggunakan telefon bimbit sahaja! Wah canggih betul ya? Tetapi di mana anda hendak mendapatkan GPS Tracker untuk motor tersebut?

Di sini kita akan diperkenalkan kepada sebuah syarikat bertapak di Malaysia yang mana ia membekal serta memasang GPS Tracker untuk motor, kereta dan apa jua jenis kenderaan yang mana pemilik kenderaan tersebut hendak memantaunya.

Anggun Lufya Empire Pembekal GPS Tracker Untuk Motor

supplier-gps-tracker-motosikal

Anggun Lufya Empire Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan untuk membekalkan GPS Tracker untuk motor, serta ia juga bertanggunjawab atas tugas pemasangan, servis dan penyelenggaraan GPS Tracker tersebut. Ia tidak terhad kepada motorsikal sahaja, rata-ratanya ia dapat memantau, mengesan serta mendapati lokasi yang terkini bagi setiap jenis kenderaan yang dipasang dnegan GPS Tracker ini. Kesemua GPS Tracker untuk motor yang dibekalkan oleh Anggun Lufya Empire Sdn Bhd didatangkan dengan jaminan selama enam bulan dan boleh diperolehi daripada beberapa model, terpulang kepada anda untuk memilih model yang sesuai untuk motor anda.

diagram-gps-tracker-monitoring

Selain daripada model-model GPS Tracker untuk motor yang dibekalkan oleh Anggun Lufya Empire Sdn Bhd, syarikat ini juga membuat pemasangan dan juga penyelenggaraan bagi GPS tracker tersebut. Tambahan pula, setiap GPS Tracker untuk motor dibekalkan juga dengan servis komunikasi selular sama ada menggunakan SMS ataupun internet / GPRS / GSM, yang mana anda boleh menentukan lokasi terkini bagi kenderaan yang dikesan dan juga boleh merekodkan kenderaan tersebut berada di mana pada waktu-waktu yang tertentu. Servis ini kebiasaanya harus diperbaharui setiap tahun dengan bayaran yang tetap, dan pada kebiasaannya kos servis ini telah dimasukkan sekali dalam harga GPS Tracker ini dan tempoh sah selama setahun.

Ciri – Ciri GPS Tracker Untuk Motor

Di sini disenaraikan salah satu daripada produk GPS Tracker yang sesuai digunakan untuk apa sahaja kenderaan termasuk kereta dan motorsikal, dan fitur ini juga terdapat pada produk-produk GPS Tracker yang selainnya yang dibekalkan oleh Anggun Lufya Empire Sdn Bhd, perbezaannya adalah dari segi pemasangan serta aplikasinya dan juga servisnya juga.

gps-tracker-set

Senarai ciri-ciri untuk model AK103 – GPS Tracker sesuai untuk kereta atau motorsikal adalah seperti berikut:

  • Alert / penggera sekiranya berlaku pergerakan atau melebihi had laju, bateri kurang, pintu buka dan sebagainya
  • Boleh menutup atau mematikan enjin secara jarak jauh dengan hanya menghantar SMS Sahaja
  • Boleh menunjukkan lokasi kenderaan dibantu dengan link Google Maps pada telefon bimbit
  • Boleh menunjukkan lokasi yang terperinci lengkap dengan nama jalan
  • Ruang storan memori yang boleh ditambah sehingga 2TB (TF card) untuk menyimpan data
  • Boleh menggunakan sensor untuk minyak
  • Kenderaan boleh dijejak menggunakan telefon bimbit / komputer / laman web
  • Pilihan jejak melalui SMS atau menggunakan aplikasi / perisian di PC
  • Menggunakan rangkaian GSM / GIRS digandingkan dengan GPS sebagai komunikasi serta mendapatkan lokasi kenderaan dalam lingkungan 5m
  • Time to first fix (masa untuk mendapatkan signal satelit) selama 1 saat (hot status), 45 saat (cold status)

gps-tracker-features

Manfaat GPS Tracker Untuk Motor

Terdapat banyak manfaat sekiranya anda menggunaka GPS Tracker untuk motor. Ia juga tidak terhad kepada orang yang menggunakannya sama ada secara persendirian atau digunakan dalam syarikat atau organisasi. Sekiranya anda ingin memasang GPS Tracker untuk tujuan peribadi, yakni memasangnya kepada motor miik anda, dan apabila servis dihidupkan, anda akan mendapat mengesan motor anda pada bila-bila masa dengan menggunakan perisian atau peranti yang sesuai. Tambahan pula, anda juga boleh mendapatkan alert atau makluman berbentuk SMS sekiranya motor anda sedang bergerak dari tempat yang sepatutnya, yang mana anda boleh setkan apakah jenis penggera yang hendak digunakan oleh GPS tracker tersebut.

manfaat-gps-tracker-untuk-motosikal

Bagi syarikat atau organisasi, satu contoh adalah apabila anda mempunyai servis sewa motorsikal, ataupun anda mempunyai perniagaan penghantaran barang atau makanan yang mana anda menggunakan motorsikal untuk membawa barangan atau makanan tersebut dari kedai atau pejabat ke destinasi. Syarikat atau organisasi yang berkenaan akan mendapat manfaat yang berlipat kali ganda kerana mereka dapat memantau setiap motor yang sedang membuat penghantaran dan sama ada penghantaran tersebut sampai ke destinasi yang sepatutunya, dan bagi pihak pelanggan atau customers pula mereka juga dapat memantau dimanakah barangan tersebut sedang berada ketika proses penghantaran sedang berlaku.

mobile-apps-for-gps-tracker

Tidak kira apa jua tujuan atau aplikasi GPS Tracker untuk motor ini, nyata pengguna GPS Tracker akan berasa lebih konfiden yang mana anda kini mempunyai satu cara untuk memantau, mengesan serta menjejak lokasi motor anda sama ada untuk tujuan tracking, pencegahan dari kecurian, dan sebagainya. Ia juga salah satu aplikasi yang efisyen dan efektif bagi syarikat atau organisasi yang menggunakan serta mengimplementasikan GPS Tracker bagi memantau serta menjejak setiap pergerakan kenderaan-kenderaan mereka.

Dapatkan GPS Tracker Untuk Motor Dari Anggun Lufya Empire Sdn Bhd

Anda tidak perlu risau lagi sekiranya anda inginkan sebuah penyelesaian untuk memantau serta mengesan motorsikal anda untuk apa jua tujuan, sama ada untuk tujuan keselamatan, mahupun sebagai langkah pencegahan sekiranya terdapat kemungkinan bahawa motorsikal anda berkemungkinan akan dicuri. Dapatkan khidmat daripada Anggun Lufya Empire Sdn Bhd, syarikat yang satu-satunya menyediakan perkhidmatan membekal, memasang dan juga menyelenggara GPS Tracker untuk motor yang sesuai untuk anda. Dapatkannya sekarang!

anggun-lufya-empire

 

Jom dapatkan GPS Tracker Untuk Motor Dari Anggun Lufya Empire Sdn Bhd SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

No 26G, Jalan Wangsa Niaga, Wangsa Biz Avenue, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia.

   
Jom dapatkan GPS Tracker Untuk Motor Dari Anggun Lufya Empire Sdn Bhd SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan GPS Tracker Untuk Motor Dari Anggun Lufya Empire Sdn Bhd SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: