Review
Oct 16, 2017, 12:11pm

GPS Tracker Untuk Kereta Anda


  •  
  •  
  •  
  •  

Adakah anda pernah terfikir untuk mendapatkan GPS Tracker untuk kereta anda? Apakah yang dimaksudkan dengan GPS Tracker ini? Adakah ia sama macam GPS di dalam telefon bimbit atau handphone anda? Jangan konfius ya. GPS serta aplikasi ysng digunakan dalam telefon bimbit anda adalah untuk tujuan pengemudian atau navigasi di mana ia memberitahu anda di mana anda berada dan kemana anda hendak tuju. Tetapi beza sama sekali dengan GPS Tracker. Apa perbezaanya ya?

how-gps-tracker-system-works

GPS Tracker merupakan satu jenis peranti atau device yang dipasang kepada sesebuah kenderaan seperti kereta, bas dan sebaginya. Fungsi GPS Tracker untuk kereta, bas, lori, motosikal dan sebagainya adalah untuk seseorang individu untuk mendapat lokasi yang tepat bagi kenderaan tersebut pada setiap masa. Maklumat lokasi tersebut akan dipaparkan pada sebuah peta atau carta untuk mengetahui lokasi aset yang sedang dikesan tersebut.

bagaimana-gps-tracker-membantu-pengurusan-logistik-kereta-sewa

Terdapat pelbagai jenis GPS Tracker yang terdapat di pasaran dan ia juga didatangi dengan pelan penggunaannya dan dari segi pengemaskinian dan prnghantaran maklumat lokasi kepada anda. Di sini anda akan diperkenalkan dengan salah satu syarikat yang menawarkan produk GPS tracker serta pemasangan GPS tracker untuk kereta anda. Tak perlu anda bersusah payah untuk mencari GPS tracker di kedai atau secara online kerana mereka merupakan pakar di dalam bidang mereka dan anda akan dijamin untuk mendapat servis yang mantap daripada mereka.

Anggun Lufya Empire Pembekal GPS Tracker Untuk Kereta 

pembekal-gps-tracker-kuala-lumpur

Memperkenalkan syarikat Anggun Lufya Empire Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Anggun GPS Tracker. Ia merupakan salah satu pembekal GPS tracker di Malaysia, termasuk servis pemasangan dan juga perkhidmatan lepas jualan (after-sales service). Matlamat syarikat Anggun Lufya Empire Sdn Bhd adalah untuk mewujudkan jalanraya yang selamat dan juga dapat menyelamatkan nyawa melalui pengimplimentasian GPS tracker keluaran mereka dalam memberikan maklumat terkini mengenai keadaan trafik dan juga dapat mengesan lokasi kenderaan di mana sahaja anda berada. Syarikat ini telahpun berusaha untuk menjadi syarikat pembekal GPS Tracker nombor 1 di Malaysia.

Mengapakah Anda Memerlukan GPS Tracker Untuk Kereta Anda?

Apakah kebaikannya sekiranya and memlikii GPS Tracker untuk kereta anda? Sebenarnya penggunaan GPS Tracker ini amat meluas dan ia tidak terhad kepada penggunaan persendirian sahaja tetapi juga untuk kegunaan syarikat atau organisasi bagi mengesan kenderaan anda secara real-time atau langsung. Bagi individu yang ingin memasang GPS Tracker untuk kereta mereka, bayangkan sekiranya kereta anda dicuri oleh perompak. Bagaimana untuk mengesan kereta anda sekiranya ia telahpun dilarikan oleh perompak?

gps-tracker-untuk-individu-dan-syarikat

Anda tidak perlu risau, sekiranya anda telahpun memasang GPS Tracker untuk kereta anda, anda akan dapat menjejaki ke mana kereta anda berada, Tanbahan pula, bagi yang ingin memasang GPS Tracker ini untuk tujuan persendirian, terdapat beberapa fitur GPS Tracker iaitu ia bertindak sebagai penggera atau alarm kereta sekira kereta berada di luar kawasan atau di kawasan yang anda tentukan. Ia juga boleh bertindak sebagai alarm kereta apabila anda memandu kereta di luar had kelajuan. Ia juga bertindak sebagai sebuah alat kawalan jauh yang mana anda boleh menghentikan kereta anda hanya dengan menghantar SMS. Pasti ianya memberikan satu perlindungan yang ekstra berbanding dengan cara-cara yang biasa digunakan untuk menghalang kereta anda daripada dicuri.

gps-tracker-bantu-kesan-pencuri-kereta

Bagi organisasi atau syarikat-syarikat yang menggunakan GPS Tracker sebagai satu alat untuk mengesan setiap kenderaan mereka seperti syarikat pengangkutan bas, lori / treler, kereta sewa dan sebagainya, ia merupakan salah satu cara untuk memantau setiap kenderaan secara real-time pada bila-bila masa. Misalnya kita ambil contoh syarikat kereta sewa yang mana mereka menggunakan GPS Tracker untuk kereta sewa mereka, pada bila-bila masa syarikat boleh memantau di mana sahaja kereta-kereta sewa tersebut berada. Juga, fitur-fitur yang terdapat sekiranya anda menggunakan GPS Tracker secara persendirian juga boleh digunapakai dalam syarikat atau organisasi. Tambahan pula, sesetengah model GPS Tracker dilengkapkan dengan ruangan ingatan atau memori yang mana ia dapat merakam setiap perjalanan kereta tersebut sebagai salah satu bukti yang kereta tersebut telah ke destinasi, sehinggakan dapat mengetahui jalan mana yang dilalui pada sekian waktu.

Jenis GPS Tracker Untuk Kereta

GPS-live-tracker-303F

Terdapat pelbagai jenis GPS Tracker untuk kereta yang dipasarkan oleh syarikat Anggun Lufya Empire Sdn Bhd ini. Semua GPS Tracker haruslah dipasang oleh wakil Anggun Lufya Empire kerana terdapat beberapa komponen yang harus dipasang langsung kepada kereta tersebut, seperti sumber kuasa (power source), immobilizer untuk kereta, dan sebagainya. Secara asasnya GPS Tracker ni terdiri dari dua jenis iaitu jenis yang memberikan laporan atau data melalui SMS, dan jenis yang memberikan laporan atau data secara live tracking iaitu menggunakan line internet. Harga sambungant tersebut adalah dimasukkan sekali dalam harga GPS Tracker tersebut dan perlu diperbaharui setiap tahun dengan harga renewal yang berbeza bagi setiap model.

Ciri-Ciri  GPS Tracker Untuk Kereta

Di sini disenaraikan salah satu daripada produk GPS Tracker yang sesuai digunakan untuk apa sahaja kenderaan termasuk kereta dan motorsikal, dan fitur ini juga terdapat pada produk-produk GPS Tracker yang selainnya yang dibekalkan oleh Anggun Lufya Empire Sdn Bhd, perbezaannya adalah dari segi pemasangan serta aplikasinya dan juga servisnya juga.

gps-tracker-set

Senarai ciri-ciri untuk model AK103 – GPS Tracker sesuai untuk kereta atau motorsikal adalah seperti berikut:

  • Alert / penggera sekiranya berlaku pergerakan atau melebihi had laju, bateri kurang, pintu buka dan sebagainya
  • Boleh menutup atau mematikan enjin secara jarak jauh dengan hanya menghantar SMS Sahaja
  • Boleh menunjukkan lokasi kenderaan dibantu dengan link Google Maps pada telefon bimbit
  • Boleh menunjukkan lokasi yang terperinci lengkap dengan nama jalan
  • Ruang storan memori yang boleh ditambah sehingga 2TB (TF card) untuk menyimpan data
  • Boleh menggunakan sensor untuk minyak
  • Kenderaan boleh dijejak menggunakan telefon bimbit / komputer / laman web
  • Pilihan jejak melalui SMS atau menggunakan aplikasi / perisian di PC
  • Menggunakan rangkaian GSM / GIRS digandingkan dengan GPS sebagai komunikasi serta mendapatkan lokasi kenderaan dalam lingkungan 5m
  • Time to first fix (masa untuk mendapatkan signal satelit) selama 1 saat (hot status), 45 saat (cold status)
gps-tracker-dashboard-model-TK103

Dapatkan GPS Tracker Untuk Kereta Daripada Anggun Lufya Empire Sdn Bhd

Sekiranya anda mempunyai keraguan mengenai keselamatan kereta yang anda miliki dan ingin memantau kereta anda dengan lebih menyeluruh, ataupun sekiranya anda mahukan satu pelan pencegahan daripada kereta anda dicuri, maka anda boleh dapatkan GPS Tracker untuk kereta anda bagi tujuan tersebut. Sekiranya anda adalah wakil daripada syarikat atau organisasi yang ingin memantau pergerakan kenderaan-kenderaan anda, anda boleh juga mendapatkan GPS Tracker bagi tujuan yang sama. Dapatkan GPS Tracker Untuk Kereta dari Anggun Lufya Empire Sdn Bhd dan anda akan dijanjikan servis serta layanan yang mantap untuk proses pembelian serta pemasangan GPS Tracker untuk kereta anda. Dapatkannya sekarang!

anggun-lufya-empire

ANGGUN LUFYA EMPIRE SDN BHD | GPS TRACKER SYSTEM

Sales :  +60115-6608733 | Link WhatsApp

Website : https://www.anggungpstracker.com

Alamat : No 26G, Jalan Wangsa Niaga, Wangsa Biz Avenue, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu operasi : Setiap hari 9 pagi – 6 petang, tutup pada hari Ahad

 
Jom order GPS Tracker untuk kereta SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom order GPS Tracker untuk kereta SEKARANG!