Umum
Aug 18, 2013, 12:32pm

Google Webmaster Penting Untuk Trafik Blog


Google Webmaster adalah alat dalam talian yang digunakan oleh jutaan blogger seluruh dunia untuk menyemak statistik tentang Laman Web atau Blog mereka. Ia membolehkan kita menyemak hampir semua statistik berkaitan prestasi laman web dalam keputusan carian Google.

Google Webmaster

Boleh dikatakan hampir semua Blogger dan Webmaster menggunakan Google Webmaster Tools tetapi ramai yang tidak tahu apakah itu Google Webmaster dan apakah keupayaannya. InshaAllah artikel ini akan mendedahkan Kenapa Google Webmaster penting untuk blog dan menjelaskan beberapa objektif yang boleh dilakukan oleh Tools ini dalam talian yang disediakan secara percuma oleh enjin carian kegemaran dunia iaitu Google.

Untuk pengetahuan semua, Google Webmaster bukan sahaja memaparkan statistik trafik blog, tetapi ia memaparkan jumlah klik pada pautan tertentu blog dalam enjin carian. Jika ditanya pada saya apakah Google Webmaster penting untuk blog saya? Saya akan mengatakan bahawa ia adalah satu kemestian bagi saya dan juga anda yang mahu menjadikan Blogger Sebagai Kejaya kerana Google Webmaster akan membantu kita untuk memperbaiki laman web dan prestasi dalam enjin carian.

Sitemap Submission

Dengan mengemukakan sitemap ia adalah faktor penting dalam membina ranking carian blog anda di Search Engine Result Page (SERps). Sitemap adalah senarai semua post anda. Ia penting untuk membantu enjin carian mengindeks blog dan semua link pautan dengan mudah. Untuk mendapat tempat kedudukan dan trafik yang lebih baik di enjin carian (SERps) tiada jalan lain iaitu dengan menambah sitemap melalui Google Webmaster Tools. ini adalah cara yang mudah untuk mendapatkan pengoptimuman melalui proses yang singkat. Jika belum sila rujuk Submit a sitemap to Google Webmaster ToolsDibawah adalah contoh paparan Crawl Errors

Sitemap

Crawl Errors

Ini adalah alat yang paling berguna dalam Google Webmaster Tools. Kadang-kadang, kita mungkin terlepas pandang pada beberapa “404 error pages” yang tidak wujud. Jadi, pelawat yang datang untuk melihat artikel pada halaman itu berkemungkinan besar akan menekan “Back Button” dan masuk ke blog yang lain. Disini anda akan kehilangan ramai pelawat hanya kerana Error yang kecil. Dengan adanya Google Webmaster Tools ia akan memaparkan kepada anda semua halaman dan artikel yang terkena jangkitan. Jadi ia akan menjadi mudah untuk anda memperbetulkan dan melakukan “Redirect Page” pada halaman yang sepatutnya. Rugi jika anda mempunyai Google Webmaster Tools tetapi anda tidak tahu menggunakan Tools ini. Dibawah adalah contoh paparan Crawl Errors

Crawl Errors

Malware Checking

Malware adalah virus atau beberapa perkara berjangkit yang boleh menjejaskan blog dan juga pelawat anda. Malware perlu dikeluarkan serta merta apabila ia telah dikesan. Bagaimana untuk dikesan ? Perlu install anti malware ke? Tidak sama sekali, anda sudah mempunyai Google Webmaster disitu anda dapat menyemak. Untuk pengetahuan anda, Blog yang terkena jangkitan malware boleh menjadikan blog anda “Zero Visitors” cuma dalam satu jam sahaja. Jadi, Google Webmaster Tools adalah penting untuk memeriksa blog anda apakah mengandungi apa-apa skrip malware dalam widget atau mana-mana tempat dengan oleh “Crawled by Search Engines“. Dibawah adalah contoh paparan Malware Checking

Malware Checking

InshaAllah ini adalah beberapa ciri-ciri penting Google Webmaster Tools untuk Trafik Blog. Sebenarnya, terdapat banyak perkara lagi yang boleh dilakukan oleh Webmaster Tools yang boleh membantu blog anda lebih maju kehadapan dan menjadikan blog anda superhit cuma dengan mengoptimumkan ia untuk search engine dan juga pembaca. InshaAllah jika ada sebarang persoalan dan tambahan berkaitan Google Webmaster Tools anda boleh tinggalkan komen di bawah.

ProfHariz : Ini merupakan artikel #DuitRaya yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Jika ia bermanfaat sila doakan saya supaya mendapat hadiah misteri #Contest. InshaALLAH.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: