Umum
Aug 6, 2018, 8:42pm

Gempa Bumi Di Lombok 2018 – Gambar, Video, Kisah Pengalaman Warga Malaysia


  • 5
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares

Media sosial seluruh dunia penuh dengan kisah tragis gempa bumi yang melanda kawasan Lombok, Indonesia akhir-akhir ini. Gempa bumi pertama telah berlaku pada 26 Julai 2018 dan telah mencatatkan kekuatan berukuran 6.4 Skala Rither. Seminggu kemudian, gempa bumi kedua melanda di bumi Lombok dengan catatan sekuat 7 Skala Rither.

 Gempa Bumi Di Lombok 2018

Kawasan Lombok yang telah mengalami sejarah gempa bumi pada pada tahun 1856, 1978 dan 1979 kini dikatakan mengulang semula sejarahnya pada 2018.

Tragedi Gempa Bumi Di Lombok 2018

Pada 6 Ogos 2018, seramai 91 orang maut dalam kejadian gempa bumi manakala ramai yang mengalami cedera parah.  Tidak terkecuali pelancong luar negara termasuklah warga Malaysia yang pergi bercuti atau menetap di sana. Gambaran ketika di tempat kejadian menunjukkan hampir semua rumah dan bangunan retak serta mengalami keruntuhan, masing-masing berlari keluar menyelamatkan diri dan paling menyedihkan, anda dapat lihat semua penduduk Lombok menanti bantuan bot yang akan datang menyelamatkan mereka.

Video Keadaan di Gilling, Lombok Pada 6 Ogos 2018

Video berdurasi selama 11 saat ini amat memilukan para netizan.  Seramai 1200 orang pelancong yang bercuti di Lombok Utara menanti ketibaan bantuan bagi membawa mereka meninggalkan kawasan Giling, Lombok.  Kedutaan Malaysia pula telah menghantar pegawai-pegawai bagi menghubungi penduduk Malaysia yang ke sana. Seramai 190 orang penduduk Malaysia telah dihubungi di sana dan dalam proses dibawa pulang.

Gambar Gempa Bumi Di Lombok 2018

Bagi penduduk Lombok atau mereka yang berdekatan dengan Lombok, bantuan kapal akan tiba bagi menyelamatkan mereka justeru menjauhkan mereka dari tanah Lombok buat masa sekarang. Mereka akan dibawa jauh dari kawasan Giling, Lombok supaya dapat menyelamatkan diri daripada berlakunya tsunami dan gempa bumi lagi.

Video Gempa Bumi Skala 7.0 Di Lombok 5 Ogos 2018 Semasa Solat Isyak

Tergempar dengan video gempa bumi melanda pada 5 Ogos 2018 di Lombok ketika imam dan para jemaah sedang solat isyak.  Kelihatan para jemaah yang sudah mula bergegas keluar dari masjid setelah merasai gegaran gempa bumi manakala beberapa jemaah dan imam yang meneruskan solat dalam gegaran tersebut.  Netizen ramai yang memuji dan terharu dengan kekuatan iman imam dan jemaah-jemaah yang meneruskan solat di masjid tersebut.

Gambar Penduduk Gempa Bumi Di Lombok 2018

Seluruh dunia yang menonton video ini sangat gelisah dan bimbang akan kejadian gegaran gempa bumi yang berlaku di Lombok kerana kekuatan gegaran yang dirasai dan dilihat sendiri di dalam video ini terlalu kuat dan tidak terkawal. Video ini diambil secara LIVE dari Masjid As Syuhada Denpasar yang terletak di Lombok Utara.

Pengalaman Warga Malaysia Mengalami Gempa Bumi di Lombok

Pengalaman Gempa Bumi Di Lombok 2018

Kejadian gempa bumi di Lombok ini bukan sahaja merungsingkan penduduk Lombok, tetapi warga Malaysia juga turut merasai kejadian gempa bumi yang sangat kuat ini.  Para pelajar Malaysia yang menuntut di Bali, Indonesia telah berjaya dihubungi oleh pihak Kedutaan Malaysia dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Orang Awam Warga Malaysia Ketiak Mendaki Di Gunung Rinjiani Pada Gempa Bumi di Lombok

Selain itu, orang awam yang telah mengalami kejadian gempa bumi di Lombok itu sendiri dengan melihat dan menyaksikan didepan mata mereka turut menyatakan kebimbangan dan ketakutan.  Tidak terkecuali salah seorang daripada warga Malaysia yang baru pulang dari Lombok.

Guunung Rinjani Gempa Bumi Di Lombok 2018

Dari Akaun Facebook Adda Uwais, beliau memuat naik gambar-gambar kejadian gempa bumi sepanjang beliau berada di Lombok dengan statusnya yang menyatakan syukur kerana telah selamat di bawa pulang ke Malaysia dan meminta semua orang mendoakan mereka yang berada di sana.

Malaysia Gempa Bumi Di Lombok 2018
“Masa saya sendiri berdepan dengan bencana gempa di Lombok tempoh hari….ini yang saya dan kawan2 tunggu untuk berdepan..namun alhamdulillah kami sempat dibawa pulang ke Malaysia. Hari ini sekali lagi Lombok dilanda gempa lagi dasyat dari yang saya alami….saya paham keadaan mereka saat ini….hanya menunggu bencana datang tanpa bisa berbuat apa apa. Saat saya menulis posting ini pun…mereka masih alami gegaran susulan. Kalian….mohon doakan mereka ya…jika bisa buat solat hajat terima kasih saya dahulukan.”

Seperti orang lain juga, beliau panik dan cemas ketika kejadian gempa bumi berlaku sewaktu beliau berada di Lombok. Untuk pengetahuan anda, Adda Uwais ke Lombok bagi menyelesaikan misi mendaki di Gunung Rinjiani bersama beberapa rakan yang lain.  Namun, ketika kejadian gempa bumi berlaku, mereka menyedari hal itu dan mengikut prosedur keselamatan untuk dibawa pulang semula ke Malaysia.

Gempa Bumi Di Lombok 2018 Yang Terkorban

Kerosakan rumah dan risiko berlakunya keruntuhan rumah serta perkara yang tidak diingini membuatkan penduduk Lombok ada yang berkumpul dan bermalam di luar.  Apatah lagi bagi mereka yang mengunjungi Lombok untuk melakukan aktiviti seperti mendaki, melancong dan berjalan-jalan. Keselamatan adalah perkara pertama yang wajib difikirkan saat ini.  Oleh itu, segala pendakian dan aktiviti diberhentikan serta merta dan mereka semua diselamatkan dan dibawa pulang.

Gempa Di Lombok 2018 Yang Terkorban

Sepanjang perjalanan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, beliau sempat mengambil foto keretakan jalan di sekeliling kawasan perjalanan serta kerosakan lapangan terbang yang telah berlaku.  Beliau dan kawan-kawan yang mengikuti misi mendaki Gunung Rinjiani bernasib baik kerana sempat dibawa pulang dengan selamat oleh kedutaan Malaysia.

“Ya Allah…saat aku di sana alami gempa…aku tidak rasa berdebar dan setakut ini…kenapa bila sudah selamat di Malaysia dan khabarnya gempa lagi dasyat di lombok sedang berlaku aku jadi bingung…menangis takut akan amarah mu ya Tuhan. Lindungi sahabat2 ku dan anak2 saudagar tahfiz di Lombok ya Allah. Mohon sahabat saya doakan Lombok tenang aja…amaran tsunami sudah dikeluarkan…gempa kali ini lagi dasyat dari yang menimpa saya tempoh hari…AllahuAkhbar”
Korban Gempa Di Lombok 2018 Yang Terkorban

Begitulah status yang dikemaskini oleh Adda Uwais setelah mengetahui kejadian gempa bumi kedua yang berlaku di Lombok pada 6 Ogos. Gegaran dan gempa bumi yang melanda pada kali ini amat dahsyat dibandingkan dengan sebelumnya. Beliau berharap ramai orang Malaysia dapat pulang dengan selamat dan mendapat bantuan dari kedutaan Malaysia. Semoga semua orang terlindung daripada bencana gempa bumi yang telah melanda di Lombok dan sekitarnya.

Pendaki Gunung Rinjiani Alami Gempa Bumi Lombok

Pendaki Malaysia Selamat Gempa Bumi Di Lombok 2018

Selain dari Adda Uwais, Siti Hidayah Zainuddin juga mengungkapkan rasa syukur kerana terselamat dalam kejadian gempa bumi yang telah berlaku di Lombok ketika dia mendaki di Gunung Rinjiani. Pendaki Malaysia ini bersama-sama dengan empat pendaki wanita yang lain adalah kumpulan pertama yang telah dibawa pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Malaysia Pendaki Gempa Bumi Di Lombok 2018

Siti Hidayah Zainuddin adalah antara 20 pendaki Malaysia yang terperangkap selepas gempa bumi pertama di Lombok. Mengikut sumber media, mereka berasa bergegar pada 6.57 pagi ketika sedang bersiap-siap untuk mendaki gunung. Dalam masa sebelumnya, gempa bumi yang kuat telah berlaku di wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok kira-kira pada 5.47 pagi. Kumpulan pendaki Malaysia itu berjaya dikeluarkan dari kawasan itu pada 4 petang setelah dibantu oleh pelbagai pihak.

Pendaki Gempa Bumi Di Lombok 2018

Namun kejadian gempa bumi di Lombok ini telah menyebabkan seorang pendaki Malaysia maut iaitu Siti Nur Lesmawida Ismail yang selesai menamatkan misi pendakian ke Gunung Rinjani. (Gambar di atas) Gambar kejayaan mendaki Gunung Rinjiani yang sempat diambil oleh Siti Nur Lesmawida Ismail sebelum pemergiannya.

Kejadian Di Lapangan Terbang Lombok

Keadaan di Lapangan Terbang Lombok menjadi kucar-kacir dan tidak terkawal apabila gegaran gempa bumi terasa dan menyebabkan terminal lapangan terbang itu bergoyang dan tidak stabil. Keadaan yang tidak disangka-sangka itu menjadikan ramai penumpang panik dan terganggu dengan gegaran itu.  Walaupun gegaran hanya seminit, ramai penumpang yang sedang menunggu pelepasan penerbangan menjadi sangat pucat, menangis dan trauma.

Airport Gempa Bumi Di Lombok 2018

Mereka yang berada di pelepasan lapangan terbang menjadi sangat trauma dan takut sehingga ada yang menjerit.  Ramai penumpang tidak dapat bertahan dengan gegaran gempa bumi hampir satu minit tersebut dan akhirnya ada yang jatuh dan terhimpit ketika semua orang berlari keluar dari terminal.  Semua menjadi lebih panik dan cemas lagi apabila tiba-tiba bekalan elektrik terputus dimana semua orang duduk dalam keadaan yang gelap gelita di dalam bangunan terminal lapangan terbang Lombok.

Hura Hara di Gempa Bumi Di Lombok 2018

Kesemua penumpang diarahkan turun oleh petugas lapangan terbang bagi mengosongkan terminal lapangan terbang dan berkumpul di landasan supaya lebih selamat dan tidak berlaku kemalangan serta kecederaan. Selepas 15 minit berlalu, keadaan di lapangan terbang Lombok kembali tenang dan terkawal namun tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan.  Perkara yang dialami hanyalah kerosakan bangunan lapangan terbang Lombok.

Perkara Penting Bagi Anda Yang Mempunyai Rakan Yang Berada di Lombok

Gambar Keadaan Gempa Bumi Di Lombok 2018

Kejadian gempa bumi yang menyayat hati dan mengorban mereka di Lombok ini haruslah menjadi iktibar dan perhatian kepada semua penduduk Malaysia dan seluruh negara.  Kita masih mampu membantu mereka yang masih berada dalam keadaan kucar-kacir dan ketakutan mengharungi gempa bumi di sana terutamanya rakan-rakan kita yang masih belum pulang dengan selamatnya.

Hubungi Keluarga Atau Ibu Bapa Rakan Anda

Korban di Gempa Bumi Di Lombok 2018

Anda boleh menghubungi ibu bapa atau keluarga rakan-rakan anda bagi mendapatkan maklumat yang jelas mengenai rakan anda sama ada sudah pulang atau masih berada di Lombok.  Keluarga dan ibu bapa selalunya mendapat berita awal sekiranya mereka telah selamat berada bersama kedutaan Malaysia.

Hubungi Kedutaan Malaysia Jika Terlibat Dengan Gempa Bumi Lombok

Anda harus peka dan prihatin tentang keberadaan kawan anda sama ada dia sudah diselamatkan atau masih berada di Lombok. Pihak kedutaan Malaysia akan membawa mereka pulang ke lapangan terbang setelah mereka diselamatkan.  Keselamatan adalah keutamaan mereka dalam menjalankan tugas.

Gempa Bumi Di Lombok 2018

Bagi mereka yang masih berada di Lombok dan belum pulang ke Malaysia, sama ada saudara mara atau kawan-kawan anda yang berada di Lombok, anda boleh menghubungi mereka bagi memberikan bantuan untuk menyelamatkan mereka.  Mereka boleh terus menghubungi terus nombor kedutaan Malaysia ini untuk tindakan selanjutnya. Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan dan keselamatan semua penduduk Lombok dan mereka semua yang berada di sana.

Bantuan Gempa Bumi Lombok

Bantuan Gempa Bumi Di Lombok 2018

Consular Assisstance:  +6281380813036

Facebook:  EmbassyMalaysiaJakarta

Twitter:  MYEmbJKT