Bisnes
Feb 14, 2019, 10:04am

Gara-Gara AirAsia Tiada Caj Tambahan, Kena Saman


Sikit sikit saman, sikit sikit saman. Hey apa ni? Dah tak ada cara lain ke untuk atasi sebarang masalah? Apakah semua perkara hanya boleh diselesaikan dengan cara saman menyaman semata-mata? Tetapi itulah sebenarnya hakikat yang sedang berlaku dan semakin berlaku di dalam kehidupan masyarakat korporat di dalam negara Malaysia yang amat kita cintai ini.

Tidak dinafikan, perkataan saman itu sendiri mampu membuatkan seseorang berasa resah dan gelisah tetapi tidak sebenarnya topik saman ini sudah menjadi satu perkara biasa untuk syarikat-syarikat besar dan di kalangan mereka yang punya nama dan kedudukan. Antara pihak yang telah di saman baru-baru ini adalah AirAsia.

airasia di saman mahb 1

Saman yang dikenakan terhadap AirAsia ini agak unik kerana ianya berlaku disebabkan gara-gara AirAsia yang tiada caj tambahan. Tidak beri caj tambahan kepada pelanggan juga turut dikenakan saman?

AirAsia Di Saman Kerana Tidak Mahu Mengutip Cukai Lapangan Terbang Daripada Pengguna Untuk Pihak MASSB

AirAsia di saman dengan alasan tidak berjaya menjalankan tugasan untuk mengutip  cukai lapangan terbang daripada para penumpang bagi pihak Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) sedangkan kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Bhd (AAB) yang bernama Riad Asmat, AirAsia sememangnya tidak bertanggungjawab untuk menjadi pengutip cukai lapangan terbang daripada para penumpang.

airasia di saman mahb 4

Menurutnya lagi, AirAsia enggan mengenakan caj tambahan terhadap penumpang bagi pihak MASSB disebabkan beberapa faktor. Antara faktor tersebut adalah rasa tidak puas hati dengan kadar caj yang dikenakan.

Sebagai contoh, para penguna untuk KLIA2 tidak dikenakan tahap kadar cukai lapangan terbang yang sama jumlahnya dengan pengguna Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ini kerana KLIA2 adalah terminal tambang rendah dengan tahap perkhidmatan yang disediakan kepada penumpang jauh lebih rendah berbanding KLIA, yang merupakan terminal perkhidmatan penuh.

airasia di saman mahb 5

“AirAsia sebelum ini membuat beberapa aduan rasmi berhubung infrastruktur dan akses di KLIA2 yang memberi kesan negatif terhadap prestasi operasi kami. Begitu juga dengan isu ketepatan masa, keadaan infrastruktur yang tidak memuaskan di klia2, kecacatan apron, kemurungan keadaan tanah di lapangan terbang itu dan banjir,” kata Riad Asmat selaku wakil rasmi AirAsia untuk menjawab persoalan mengenai isu ini.”

AirAsia juga mendakwa wujud masalah seperti saluran paip bahan api bocor serta tindakan penutupan pintu pagar yang berterusan serta lain-lain aduan lagi.

Tiada Caj Tambahan Pada Pengguna, AirAsia Terpaksa Tanggung Akibat?

MASSB pada Isnin menuntut tunggakan berjumlah RM36.1 juta bagi PSC yang tidak dikutip daripada AirAsia X Bhd (AAX) dan AAB. MASSB telah menyerahkan dua writ saman bagi menuntut RM26.71 juta dan RM9.39 juta, masing-masing kepada AAX dan AAB bagi PSC yang tidak dikutip di klia2.

“Kami telah mencuba beberapa kali dan tidak berjaya, untuk berbincang dengan MASSB mengenai isu ini. Malangnya, MASSB memutuskan membawa perkara ini secara terbuka dan mengambil tindakan undang-undang,” kata Riad Asmat lagi.

coo airasia

Menurut Riad Asmat juga, pihak AirAsia telah mengutip daripada pengguna bagi pihak MASSB untuk cukai lapangan terbang ini sebanyak RM50 daripada setiap penumpang antarabangsa bukan ASEAN yang berlepas dari KLIA2 sejak 1 Jan, 2017. Setakat ini, katanya AirAsia telah membayar cukai lapangan terbang sebanyak RM663,051,008.52 kepada MASSB. Akan tetapi, pada 1 Feb tahun ini, MASSB menaikkan cukai lapangan terbang yang dikenakan ke atas penumpang antarabangsa bukan ASEAN yang berlepas dari KLIA2 kepada RM73.

AirAsia Nekad Untuk Tidak Bayar Saman!

Langkah menaikkan cukai lapangan terbang penumpang antarabangsa bukan ASEAN kepada RM73 daripada RM50 menyamakan PSC antara KLIA2 dan KLIA dan disebabkan itu pihak AirAsia tidak lagi mahu bertanggungjawab untuk mengutip cukai lapangan terbang bagi MASSB.

airasia di saman mahb 6

Jika difikirkan secara teliti pastinya rata-rata akan bersetuju dengan tindakan AirAsia ini. Iyalah, mengapa perlu membayar saman sedangkan hakikatnya urusan untuk mengutip cukai lapangan terbang ke atas pengguna terbabit bukanlah tugas sebenar AirAsia. Mungkin pihak yang terbabit boleh mengarahkan pekerja di dalam syarikat mereka sendiri untuk menguruskan hal pengutipan cukai ini dari dulu hingga kini. Secara tidak langsung, tidak perlulah di minta pihak lain seperti AirAsia untuk menjadi si pengutip cukai.

Anda Janganlah Ikut Jejak Untuk Terlalu Cepat Saman Menyaman Kerana Itu Bukanlah Jalan Penyelesaian Untuk Semua Masalah

Mengapa saman? Inilah persoalan yang sering bermain di fikiran. Adakah semua masalah hanya boleh diselesaikan dengan cara saman menyaman? Sebenarnya masih ada jalan penyelesaian lain namun apabila melibatkan jumlah wang yang besar sehingga mencapai angka juta, inilah yang menyebabkan cara saman digunakan kerana dapat di bahas dengan cara yang lebih berprotokol.

Bagi anda yang ada sebarang masalah dan dirasakan tidaklah melibatkan jumlah wang yang besar nilainya, tidak usahlah menjerumuskan diri dengan cara saman menyaman ini. Tampak mudah tapi hakikatnya bukan dapat diselesaikan dengan cepat. Namun, siapalah kita untuk terus menghukum dan memberi buah fikiran mengenai AirAsia dan MASSB kerana masalah ini sama sekali tidak ada kena mengena dengan kita. Namun! Selaku salah seorang pengguna lapangan terbang, di harap segalanya dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan bagi pihak yang bertanggungjawab, moga dapat lebih bertolak ansur dengan lebih rasa prihatin untuk para pengguna lapangan terbang seperti kami ini.

airasia memacu penerbangan malaysia

Almaklumlah, kehidupan masyarakat sekarang tidak semewah dulu dan isu begini boleh membuatkan masyarakat berasa lebih berdukacita kerana sedar ataupun tidak, individu untuk membayar cukai lapangan terbang terbabit adalah di kalangan kita sendiri.

Pengguna perlu bayar cukai lapangan terbang ? Boleh saja jika itu yang diperlukan tetapi tolonglah juga jangan di ambil kesempatan dengan menetapkan kadar harga yang kurang relevan pada para penumpang! Takut nanti para penumpang pula yang akan tampil bersuara sehingga menyebabkan keadaan bertambah panas.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: