Review
Jan 25, 2018, 11:03am

Gambar, Punca dan Kaedah Rawatan Kanser Usus


Kanser merupakan salah satu pembunuh yang paling utama di dalam jenis – jenis penyakit yang boleh membawa maut. Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh merebak ke bahagian – bahagian organ dalaman anda dan seterusnya boleh membawa maut. Antara kanser yang merbahaya adalah kanser usus. Ia adalah penyakit yang kedua tertinggi untuk menyerang kaum lelaki di Malaysia. Kanser usus pada umumnya adalah penyakit yang menyerang pada usus besar iaitu bahagian kolon, rektum dan juga anus.

kaedah-rawatan-kanser-usus

Kanser usus boleh dirawat sekiranya ia ditemui di peringkat pertama dan ia boleh meningkatkan kemandirian hidup selama 5 tahun sebanyak 90%. Namun begitu, anda juga masih mempunyai peluang untuk hidup walaupun kanser anda telah mencecah tahap empat sekiranya anda menjalani rawatan seperti yang disarankan. Jadi, ianya amat penting bagi anda untuk mengetahui simptom – simptom dan juga cara merawat kanser usus dengan baik agar anda dapat menjaga kesihatan anda dengan sempurna.

rawatan-membuang-kanser-usus

Definisi Kanser Usus

Usus besar anda merupakan salah satu organ yang menyerap air agar najis yang terbentuk tidak akan cair yang boleh menyebabkan cirit – birit. Ia bermula dari bahagian kanan yang bernama ‘caecum’ dan berakhir dengan ‘rektum’. Kanser usus terjadi apabila sel – sel kanser menyerang bahagian kolon, rektum, dan juga anus. Kanser ini terjadi apabila polip usus iaitu daging kecil yang boleh menyebabkan kanser disebabkan oleh keradangan.

rawatan-kanser-usus-yang-dibuang

Antara sebab utama penyebab kanser usus adalah masalah penghadaman yang tidak teratur. Kesihatan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan kanser usus.

Apakah Tanda – Tanda Anda Mempunyai Kanser Usus?

Kanser adalah pembunuh senyap di mana ramai yang tidak sedar mereka mempunyai penyakit ini jadi ianya adalah penting untuk anda sentiasa cakna dengan simptom – simptom yang menunjukkan anda mempuyai penyakit ini. Jadi, saya akan kongsikan tanda – tanda kanser usus agar anda dapat mencegah ataupun merawat penyakit tersebut sebelum ia membahayakan nyawa anda.

tanda kanser-usus dan rawatan

  • Najis BerdarahIni merupakan salah satu simptom yang sering dipandang remeh oleh ramai orang. Najis yang berdarah ataupun najis yang berwarna hitam seperti kopi merupakan salah satu tanda awal kanser usus
  • Abdomen Yang Tidak Selesa Sekiranya anda selalu mempunyai masalah perut kembung dan juga sentiasa kejang di bahagian abdomen anda, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan kanser usus agar anda dapat mencegah penyakit ini dengan lebih awal
  • Sembelit Yang Diselangi Dengan Cirit Birit Sembelit adalah disebabkan najis yang keras yang tidak dapat melalui bahagian usus anda dan kemudian bakteria yang berkumpul akan menyebabkan air diserap dan melembikkan najis tersebut. Jadi, anda akan mengalami cirit birit lebih dari 5 kali sehari dan ini boleh menyebabkan terjadinya kanser usus.
  • Tiada Najis Yang Keluar Anda rasa seperti mahu membuang air besar, tetapi apabila anda berada di dalam tandas, tiada najis yang keluar. Ini boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai sel kanser yang aktif di bahagian rektum. Sel kanser ini boleh menjadi ketumbuhan dan anda akan rasa seperti najis sudah memenuhi rektum anda walaupun ianya adalah ketumbuhan sahaja.
  • Tidak Membuang Air Besar, Kentut Atau MuntahJika anda tidak melakukan salah satu dari perkara ini dalam masa beberapa hari, ini telah menunjukkan bahawa usus anda telah tersumbat 100%. Jadi, anda perlu mendapatkan bantuan doktor dengan segera.

Cara Pemeriksaan Kanser Usus

Kanser usus boleh disaring dengan menggunakan kaedah FOBT (Fecal Occult Blood Test). Pesakit akan memberikan sampel najis untuk ujian darah (mikroskopi). Antara perkara yang boleh menyebabkan ujian FOBT anda positif adalah:

pemeriksaan rawatan kanser-usus

  • Polip usus – daging-daging kecil yang boleh menjadi punca barah usus atau disebabkan oleh keradangan.
  • Angiodysplasia – saluran darah kecil yang tidak normal yang boleh luka di dalam usus lalu menyebabkan pendarahan.
  • Diverticulum – poket di dalam usus disebabkan oleh otot usus yang lemah (faktor usia, sembelit)
  • Ulser perut – ini juga boleh menyebabkan kehadiran darah mikroskopi.

jenis kanser usus serta cara rawatan

Kemudian, ujian kolonoskopi akan diberikan di mana tiub plastik yang mempunyai kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian dubur pesakit untuk melihat keadaan usus besar dan mengenalpasti sel – sel kanser yang aktif di dalam usus anda dan seterusnya mengambil biopsi. Setelah biopsi dilakukan, anda boleh menjalankan pemeriksaan selanjutnya seperti CT Scan untuk mendapatkan tahap kanser usus anda dan juga tahap sel – sel kanser tersebut merebak.

Bagaimana Cara Merawat Kanser Usus?

Anda tidak perlu hilang harapan meskipun anda telah mendapat penyakit kanser usus kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Anda hanya perlu rajin dan juga konsisten dalam mendapatkan rawatan yang dijadualkan dan juga mencuba alternatif lain untuk merawat penyakit ini. Di bawah adalah cara – cara untuk merawat penyakit kanser usus:

keadaan usus yang terkena kanser

1) Detoksifikasi Bahagian Usus

Ini adalah khas untuk anda yang mempunyai penyakit kanser usus pada tahap awal ataupun pada peringkat pertama. Anda boleh mengambil pil detoks ataupun melakukan cara – cara detoksifikasi yang boleh mencuci kolon anda. Seringkali cara yang terbaik adalah dengan meminum jus detoks ataupun mengambil pil detoks agar usus anda dapat dicuci dari bahagian dalam. Elakkan guna cara ini sekiranya ketumbuhan kanser anda telahpun merebak ataupun di tahap tinggi kerana bimbang akan berlaku pendarahan yang banyak.

detoksifikasi untuk rawatan kanser usus

2) Mengambil Supplemen

Orang yang mempunyai penyakit adalah digalakkan untuk mengambil supplemen secara harian kerana tubuh badan mereka tidak mampu lagi mengeluarkan nutrien – nutrien yang diperlukan untuk melawan penyakit ini. Ia adalah termasuk untuk pesakit kanser usus di mana mereka memerlukan supplemen yang boleh mengeluarkan antibodi dan enzim untuk pankreas anda. Antibodi dan enzim ini adalah bertujuan untuk membunuh protein – protein sel kanser sebelum ia merebak di dalam tubuh badan anda.

suplimen rawatan kanser usus

3) Mengambil Makanan Yang Berakali

Pesakit kanser usus memerlukan tahap alkali yang tinggi di dalam tubuh badan mereka. Ianya bertujuan untuk membunuh sel – sel kanser dengan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai tahap alkali yang tinggi. Tahap PH bagi alkali adalah 7 sehingga 9 di dalam tahap PH. Jika anda tidak mampu untuk makan makanan yang tinggi alkalinya, anda boleh mendapatkan supplemen yang mempunyai kesan yang sama seperti memakan dan juga meminum bahan yang mempunyai tahap alkali yang tinggi.

pemilihan makanan elak terkena kanser usus

4) Menjaga Corak Pemakanan

Segala makanan yang anda masukkan ke dalam perut akan melalui bahagian usus sebelum ia dapat dicerna jadi ia amat penting untuk anda menjaga corak pemakanan anda. Makanan yang sihat seperti daging, buah – buahan dan juga sayur – sayuran adalah lebih mudah dicerna dan juga kandungan serat yang tinggi boleh membuatkan anda lawas dengan lebih cepat. Manakala, makanan yang diproses pula adalah lebih susah dicerna dan akan memberikan beban kepada usus anda jadi anda perlu cakna dengan corak pemakanan anda.

jaga pemakanan sebelum rawatan kanser usus

5) Pembedahan

Untuk anda yang telah menghidapi barah usus di tahap yang lebih tinggi, anda perlu melakukan pembedahan untuk membuang sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa untuk mengelakkan sel – sel tersebut dari merebak ke bahagian lain. Ada sesetengah pesakit yang perlu melakukan kolostomi di mana usus mereka akan dikeluarkan untuk membuang najis. Kesan sampingan yang akan dialami termasuklah sakit dibahagian yang dibedah dan juga sembelit dan cirit – birit untuk sementara waktu.

kaedah pembedahan rawatan kanser usus

6) Terapi Radiasi

Sel kanser boleh dibunuh dengan menggunakan terapi radiasi yang tinggi. Terapi ini mungkin digunakan sebelum anda menjalani pembedahan bagi mengecutkan ketumbuhan – ketumbuhan tersebut agar ia dapat dibuang dengan lebih mudah. Kesan sampingan termasuklah loya, cirit birit, kerosakan pada kulit pada tempat yang diberikan rawatan radiasi dan juga pendarahan di dalam najis.

kaedah radiasi rawatan kanser usus

Policy Street [ Insuran Yang Mudah dan Juga Mampu Milik Untuk Pesakit Kanser]

Policy Street yang dipegang oleh Polisea Sdn Bhd merupakan rakan kongsi pemasaran dan teknologi untuk pembekal insuran. Mereka menggunakan industri insuran dengan memperkenalkan insuran yang lebih mudah dan relevan pada masa kini. Policy street juga boleh mencari insuran untuk anda, harta anda dan juga orang tersayang dengan cara yang mudah dan juga mampu milik. Mereka bertapak di Cyberjaya tetapi anda masih boleh menggunakan perkhidmatan mereka walaupun di mana sahaja anda berada.

policy street penyedia insurans kanser

Untuk anda yang mengalami penyakit kanser usus, anda boleh menggunakan insurans Policy Street yang boleh membantu anda untuk mendapatkan perlindungan insurans dengan wang untuk rawatan kanser anda.

AXA 200 Cancer Care Dari Policy Street

Produk AXA 200 Cancer Care menawarkan perlindungan insurans khas untuk para pesakit kanser. Penyakit kanser ini telah menyerang ramai orang dan insurans ini diwujudkan khas untuk anda memerangi penyakit ini. AXA 200 Cancer Care akan memberikan bayaran secara serta – merta berjumlah RM 30,000 dan juga bayaran secara tahunan bagi anda yang mahu mendapatkan rawatan untuk penyakit kanser.

pelan AXA life untuk rawatan kanser usus

Kenapa Anda Perlu Memilih AXA 200 Cancer Care Sebagai Pelindung Insurans Peribadi Anda?

Dalam pelbagai insurans yang ditawarkan, anda perlu memilih Policy Street sebagai pihak insurans pilihan anda kerana ia boleh memberikan pelbagai manfaat kepada anda sekiranya anda mempunyai penyakit kanser dan mereka juga mempunyai kelebihan – kelebihan yang membuatkan mereka berbeza dari syarikat insurans yang lain. Antara sebab – sebab anda perlu memilih produk AXA 200 Cancer Care dari Policy Street adalah:pelan AXA 200 policystreet lindungi rawatan kanser usus

  • Dijamin Oleh AXA Affin Life

Policy Street adalah syarikat insurans yang dijamin oleh AXA Affin Life dimana pembayaran untuk insurans yang anda pilih adalah dijamin dan mereka juga merupakan syarikat yang sah di sisi undang – undang. Jadi, anda pasti akan diberikan bayaran yang dijanjikan sekiranya anda disahkan menghadapi penyakit kanser.

insurans axa affin rawatan kanser usus

  • Pendapat Doktor Pakar Secara Percuma

Sekiranya anda bakal menjalani rawatan untuk kanser yang dihidapi, anda akan menerima pendapat kedua daripada doktor ataupun doktor pakar sebelum anda menjalani pembedahan. Ini dapat memberikan anda peluang untuk membuat keputusan yang terbaik sebelum anda bertarung nyawa di bilik pembedahan.

pendapat doktor pakar percuma

  • Harga Yang Berpatutan

Produk AXA 200 Cancer Care merupakan produk yang tidak memerlukan komitmen bulanan yang tinggi dari anda. Dengan hanya RM45/ bulan, anda boleh menerima minimum RM 30,000 sekiranya anda didapati menghadapi penyakit kanser. Anda juga bakal menerima RM 6,000 setiap tahun untuk anda menjalani rawatan kanser.

pelan insurans untuk rawatan kanser usus

  • Tidak Memerlukan Pemeriksaan Kesihatan

Anda tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan perlindungan insurans daripada AXA 200 Cancer Care. Anda hanya perlu mendapatkan bantuan daripada team insurans Policy Street untuk mendapatkan wang yang boleh membantu anda untuk mendapatkan wang rawatan kanser.

pelan insurans tanpa medical checkup

  • Pemeriksaan Kesihatan di Beacon Hospital

Jika anda tidak mampu menjalani pemeriksaan kesihatan, anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Beacon Hospital yang bernilai RM599 sekiranya anda mendaftar untuk AXA 200 Cancer Care. Jadi, anda boleh mendapatkan status tentang penyakit kanser anda dengan cepat dan efektif dan menjimatkan kos.

beacon hospital axa affin untuk pelan insurans rawatan kanser usus

Lindungi Diri Anda Dan Juga Yang Tersayang Dengan Insurans Policy Street

Anda boleh menekan link di bawah untuk mendapatkan insurans Policy Street bagi melindungi anda dari kanser dan juga menjalani kehidupan anda dengan lebih sihat dan sempurna;

Jom Ambil Policy Street SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

L-07-01, Level 7, Block L, Solaris Mont Kiara, No. 2, Jalan Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur, 50480, Malaysia

   
Jom Ambil Policy Street SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Ambil Policy Street SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: