Review
May 21, 2017, 2:15am

Formula Jana Wang di Internet


Terdapat bermacam-macam cara untuk jana wang di internet. Dari menulis buku sehinggalah menjual tudung secara online. Untuk artikel ini, saya nak tunjukkan kepada anda bagaimana untuk menjana pendapatan online secara pasif dan menerima income dalam matawang USD.

Gunakan internet untuk menambah pendapatan

Cara ini bagi saya amat mudah jika anda baru nak menjinak atau baru nak menceburi diri dalam bidang perniagaan secara online dengan modal yang minumum. Bermula dengan satu website sahaja, anda dapat mengembangkan sehingga menjadi satu kedai online.

Caranya Adalah Bermula Dengan Menulis Sebuah Blog

Formula Jana Wang di Internet

Sesiapa sahaja boleh menulis dan blog adalah salah satu cara untuk jana wang di internet dengan modal yang kecil. Anda tidak perlu menggunakan bahasa yang tinggi untuk menulis, cukup sekadar tatabahasa yang betul dan boleh difahami oleh pembaca.

Anda boleh menggunakan platform percuma untuk bermula seperti Blogger. Tapi saya sarankan anda menggunakan platform berbayar dengan mendapatkan domain dan hosting sendiri. Kemudian gunakan aplikasi wordpress untuk tetapkan sebuah blog yang asas.

Tujuannya supaya anda tak terikat dengan terma dan syarat-syarat yang ketat yang dikenakan oleh platform percuma.

Bagaimana Nak Jana Wang Di Internet Melalui Blog?

Blog adalah salah satu punca yang mempunyai pelbagai rangkaian untuk menjana pendapatan pasif. Hanya dengan menulis anda boleh jana pendapatan dengan mempromosi produk digital atau produk fizikal.

Ia dikenali sebagai Pemasaran Affiliate.

Pemasaran affiliate (affiliate marketing) adalah satu jenis pemasaran berasaskan prestasi di mana syarikat akan memberi ganjaran dalam bentuk komisyen mengikut jumlah unit yang dijual. Jumlah komisyen ditentukan diantara 10 hingga 50% daripada harga jualan sesuatu produk.

Pendapatan affiliate menerusi blog

Terdapat banyak program affiliate yang ditawarkan. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menyertai program affiliate tersebut. Antara program affiliate tempatan yang anda boleh sertai adalah seperti Klikjer.com dan Onpay.my.

Jika anda ingin jana wang di internet dalam mata wang USD, anda boleh sertai program affiliate Clickbank, JVzoo, Amazon Associates dan banyak lagi program affiliate.

Sumber pendapatan pasif seterusnya, adalah meletakkan iklan di blog. Lebih spesifik, Google Adsense.

Adsense adalah perkhidmatan pengiklanan yang ditawarkan oleh Google. Program ini direkacipta untuk pemilik website yang ingin meletakkan iklan seperti paparan teks, video atau iklan bergambar dari Google.

Sebagai balasan, Google akan memberikan komisyen berdasarkan jumlah klik yang diterima oleh pelawat dari iklan yang dipaparkan. Biasanya 1 klik bernilai diantara 1 sen hingga 10 USD (kadang-kadang lebih dari itu) bergantung jumlah pelawat ke blog dan jenis niche blog.  Komisyen diberikan dalam matawang USD.

pendapatan-google-adsense

Terdapat ramai pemain-pemain Adsense tempatan menjana pendapatan sehingga 5 angka, tetapi itu untuk peringkat dan strategi yang lebih tinggi.

Sumber Pendapatan Pasif dari blog tidak berhenti setakat itu sahaja.

Kalau sebelum ini, anda mempromosikan produk dan perkhidmatan digital, kita beralih kepada pendapatan dari produk fizikal. Platformnya masih lagi menggunakan blog.

Membina Niche Blog

Niche blog adalah  adalah sebuah laman web yang memberi tumpuan kepada satu topik atau produk tertentu. Blog tersebut hanya mengandungi artikel berkaitan dengan topik tersebut dan mensasarkan golongan tertentu.

blog-sumber-pendapatan

Niche blog menghasilkan pulangan yang lumayan kepada penulis blog

Biasanya blog jenis ini berbentuk blog hobi dan minat, contohnya blog teknologi telefon bimbit terkini, blog diet & kurangkan berat badan, blog kecantikan dan tutorial makeup dan sebagainya.

Bagaimana Untuk Menjana Wang di Internet Melalui Niche Blog?

Caranya adalah menjadikannya sebagai sebuah kedai online. Apabila anda menggunakan aplikasi wordpress, anda boleh transformasikannya menjadi sebuah kedai online menggunakan plugin yang dinamakan “WooCommerce”.

WooCommerce membolehkan blog anda menjadi sebuah kedai online yang lengkap dengan sistem inventori, borang tempahan, pengurusan tempahan dan banyak lagi sistem penting untuk menguruskan sebuah kedai online.

Apabila anda sudah ada kedai online, langkah seterusnya adalah mengisi kedai anda dengan produk-produk niche.

Apabila bercerita mengenai kedai online, pastinya bermain di minda anda modal besar dan perlu simpan stok. Jangan bimbang.

Ini satu bisnes model yang tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dari wang simpanan atau melakukan pinjaman bank, malah anda boleh gunakan wang dari pembeli untuk membeli stok. Lebih menarik lagi, anda tidak perlu menyimpan stok.

Teknik Jana Wang Di Internet ini dikenali sebagai Dropshipping.

konsep-dropshipping

Dropshipping adalah satu kaedah perniagaan tanpa modal

Dropshipping adalah satu konsep yang berkaitan dengan e-dagang. Ia adalah satu kaedah di mana kedai online tidak menghasilkan atau menyimpan produk atau stok yang dijualnya.

Sebaliknya, anda meletakkan gambar, maklumat dan harga jual produk pada kedai online. Apabila terdapat pembeli, maka anda membuat tempahan terus dari dari pihak ketiga dengan harga yang lebih rendah dan pihak ketiga akan terus menghantar kepada alamat pelanggan.

Dropshipping adalah satu model perniagaan yang mudah  kerana anda hanya perlu tetapkan kedai online, membuat jualan dan mendapat keuntungan.

Anda tidak perlu bimbang tentang stok, inventori, pembungkusan, penghantaran atau pengendalian.

Ia adalah satu model perniagaan berskala besar bagi seseorang yang mempunyai wang modal yang sangat sedikit kerana anda tidak perlu membeli produk melainkan jika anda telah membuat jualan dan telah dibayar oleh pelanggan.

Jadi, pada dasarnya dalam model perniagaan ini anda menggunakan wang pelanggan untuk membeli produk dan membuat keuntungan tanpa melabur wang anda sendiri.

Anda boleh sasarkan pasaran tempatan atau pasaran antarabangsa.

Panduan dan Tutorial Lengkap Dropshipping Pasaran Antarabangsa

Sahabat saya, Rashvin Singh seorang yang pakar dalam bidang Dropshipping. Beliau mensasarkan pasaran luar negara.

Baru-baru ini, beliau telah membina sebuah kedai online dari zero awal 3 bulan lepas hanya menggunakan wordpress dan plugin woocommerce.

panduan-dropshipping-antarabangsa

Yang menariknya, beliau telah mencatat segala aktiviti, sumber produk (atau lubuk emas) dan strategi pemasaran di facebook dalam bentuk video tutorial yang anda boleh tonton dan dapatkan disini https://goo.gl/ZAOjHI

Anda akan belajar bagaimana untuk bina kedai online ini menggunakan platform WordPress dan WooCommerce.

Bukan itu sahaja, beliau akan tunjukan bagaimana nak bina bisnes dropship untuk pasaran tempatan dan pasaran luar negara.

Anda tak perlu fikir panjang produk apa nak jual dan sumber produk kerana Rashvin akan kongsikan dengan anda produk-produk yang laku dan juga sumber untuk dapatkan produk tersebut pada harga yang murah.

Dan yang paling penting, bagaimana untuk promosi kedai online anda di melalui Facebook. Tanpa promosi, kedai online anda tidak akan menerima pelawat dan akan gagal.

Jika anda berminat nak belajar dengan Rashvin, saya sarankan lanjut terus ke link ekslusif ini :

Panduan Kedai Online USD

ProfHariz :  Kini tiada lagi rahsia bagaimana untuk jana income $$$$ USD secara pasif setiap bulan

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: