Review
Aug 16, 2018, 4:58pm

Flora Cafe Tempat Terbaik Untuk Sambut Anniversary Di Kuala Lumpur


Lumrah apabila bercinta atau ingin menyambut hari penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir, atau sebagainya, anda akan cari tempat untuk meraikannya. Ada juga tempat yang paling menjadi kegemaran untuk berjumpa buat pertama kalinya. Ada juga restoran yang menjadi pertemuan pertama mereka. Selain itu ada juga tempat makan yang mereka sukai dan menjadikan tempat tetap untuk mereka bertemu.  Mencari tempat terbaik untuk sambut annivesary di Kuala Lumpur yang romantik? Jangan lari dan sila baca sampai habis.

tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur

Flora Kafe, Ampwalk Jalan Ampang, Kuala Lumpur

FLORA ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai FLORA Etceteras, sebuah syarikat milik tunggal yang diketuai oleh Abdul Razak Ahmad, Pengarah Urusan dan Ketua Pereka bagi FLORA Etcetera Sdn Bhd, syarikat induk FLORA Etceteras.

flora cafe tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur

Berkonsepkan Kafe Dalam Taman

Flora Kafe yang terletak di Ampwalk Jalan Ampang, Kuala Lumpur ini merupakan kafe tercantik yang bertemakan bunga. Reka bentuknya sangat unik kerana kafenya dipenuhi dengan flora yang cukup cantik. Flora Kafe ini telah pun menjadi tarikan hebat di sana lebih-lebih lagi untuk mereka yang ingin menyambut hari terpenting bersama pasangan.

tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur berpatutan

Menampilkan Suasana Romantik Dalam Kafe

Rimbunan bunga berwarna ungu berselang-seli dengan merah jambu menghiasi segenap ruang Flora Cafe di Ampang menerbitkan lagi suasana romantis buat pasangan untuk menjamu selera. Rostoran ini menampilkan hiasan bertemakan dalam taman itu terletak dalam pusat membeli-belah di jalan Ampang.

tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur romantis

Tatarias ruang Kafe iaitu menggunakan konsep ala taman yang biasa dilihat dalam majlis perkahwinan bagi menyuntik elemen romantis. Biasanya yang berkunjung ke kafe ini ialah pasangan yang mahu meraikan hari penting selain ada juga datang untuk mengimbas kisah cinta mereka. Biarpun hanya menggunakan bunga tiruan, ia sudah cukup untuk menyuntik aura segar malah keindahan gubahan bunga itu turut menghadirkan suasana romantis. Mungkin itulah sebabnya kebanyakan pelanggan kami gemar membawa pasangan masing-masing bagi menikmati makan malam di sini

Menerima Tempahan Pelbagai Majlis

Menariknya lagi, kafe ini juga menyediakan perkhidmatan pengendalian majlis seperti perkahwinan, sambutan harijadi dan sebagainya. Buat anda yang inginkan majlis perkahwinan yang berkonsepkan bunga, moden atau taman mungkin kafe ini pilihan yang tepat.

tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur romance

Menjamu selera di Flora Kafe pasti memberi kelainan kepada anda semua. Di sini, pelanggan bukan sahaja dihidangkan makanan yang menarik malah halwa telinga turut dihidangkan dengan alunan muzik yang awesome. Ini kerana, kafe ini turut mempunyai sistem radio yang menghiburkan anda ketika anda sedang berbual bersama teman-teman. Memang romantik habis!

Sesuai Juga Dijadikan Tempat Untuk Acara-Acara Rasmi

Menawarkan tiga ruang makan dengan konsep berbeza iaitu ruang makan berhawa dingin di sebelah dalam, ruang makan terbuka khas buat pelanggan yang mahu merokok di sebelah luar dan ruang makan bufet yang terletak di ruang legar, Flora Kafe bukan sahaja destinasi menjamu selera bersama keluarga mahupun rakan, bahkan ia juga sesuai dijadikan lokasi untuk acara-acara rasmi.

tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur menarik

Suasana yang mendamaikan di Flora Cafe sangat sesuai untuk orang ramai yang ingin mengadakan sebarang majlis. Boleh memuatkan 100 orang untuk ruang dalam dan 30 orang untuk bahagian luar ia boleh dipilih berdasarkan tema. Biasanya majlis yang kecil dan sederhana sangat sesuai seperti mesyuarat korporat, sambutan hari jadi, majlis koktel, pelancaran produk atau majlis-majlis khas dan makan malam peribadi.

Mempunyai Ruang Persendirian

Perincian dekorasi yang meriah selain mempunyai ruang persendirian jika mahukan privasi, restoran terbabit antara destinasi menjamu selera yang perlu dikunjungi bersama pasangan mahupun kenalan. Nikmatilah hari sambutan annivesary, birthday dan sebagainya tanpa gangguan luar.

tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur pilihan ramai

Hidangan Menu Masyarakat Johor

Dari segi penataan cahaya, lampu sangkar dengan limpahan cahaya kuning menyerlahkan lagi keanggunan seni reka dalaman premis tersebut. Uniknya, meskipun dekorasi kafe kelihatan seperti dalam taman Inggeris, ia menawarkan seleksi makanan tradisional Johor seperti mi bandung Muar, laksa Johor, asam pedas ikan jenahak dan mihun dakwat sotong. Menu hidangan sajian barat juga ada di Kafe ini.

tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur favourite

Justeru anak Johor yang rindukan sajian seperti mi bandung, asam pedas, laksa Johor boleh mencuba resipi warisan tutun temurun keluarga pemiliknya Fauzyah Razib. Resipi ini adalah warisan nenek pemilik yang diturunkan kepada ibu saudara dan saudara sebelah bapanya. Membesar dengan masakan nenek menjadikan pemilik mahu berkongsikan pula keenakan hidangan ini supaya lebih ramai dapat merasainya.

Harga Menu Flora Kafe Murah Dan Sedap

Kafe yang terletak di Plaza AmpWalk ini menyajikan hidangan makanan dan masakan melayu tradisional yang murah,enak dan hebat. Dekorasi bergaya urban dalam suasana santai menambahkan lagi keunikan persembahan secara keseluruhan. Flora Kafe juga menyediakan pakej hidangan yang boleh disesuaikan mengikut tema sama jika pelanggan mahu meraikan majlis tertentu.

tempat best untuk sambut anniversary di kuala lumpur

Selain itu, bagi yang tercari-cari menu minum petang, terdapat aneka kuih, bubur dan hidangan pencuci mulut yang disediakan. Paling digemari ramai ialah pisang sira dan ubi rebus bersama kelapa parut serta sambal tumis.

Ramai Pilih Flora Kafe Untuk Sambutan Majlis. Lihat Testimoni :

testimoni tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur testimoni tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur testimoni tempat terbaik untuk sambut anniversary di kuala lumpur

Nak Cari Tempat Terbaik Untuk Sambut Anniversary Di Kuala Lumpur? Hubungilah Flora Cafe Sekarang!

sambutan ulangtahun terbaik di kuala lumpur

Rasailah keenakan dan kelazatan masakan kami bak seperti hidangan masakan ibu di rumah. Kecantikkan dan keindahan dekorasi Flora Kafe ternyata luar biasa. Ramai yang sudah teruja dan merasainya. Apa lagi yang ditunggu ? Jom ke Flora Kafe.

FLORA CAFE | TEMPAT TERBAIK UNTUK SAMBUNG ANNIVERSARY
Hotline:Tekan untuk telefon (012-2070166) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:
Flora Cafe
Instagram: @florakafe
Website: http://floraetc.my/flora-kafE

Jom booking Flora Cafe SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom booking Flora Cafe SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom booking Flora Cafe SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: