Bisnes
Feb 26, 2019, 11:38am

Fitnah Siber – CEO Lamanweb Rappler Ditangkap Polis!


Selaku salah seorang rakyat Malaysia, anda mungkin belum kenal dengan nama RAPPLER. Untuk pengetahuan anda, Rappler ini merupakan sebuah lamanweb portal berita yang agak popular di Filipina. Hebatnya lamanweb Rappler ini sehingga sering dijadikan tempat bacaan ramai pengguna online adalah disebabkan kelantangan website terbabit yang sering menulis cerita panas sensasi dari masa ke semasa.

Fitnah Siber 1

Malangnya baru-baru ini CEO portal berita Rappler ini telah ditangkap oleh pihak polis. Bertempat di Manila, Ketua Pegawai Eksekutif laman web berita tersohor dengan nama Rappler itu telah ditangkap oleh pihak polis serta merta di ibu pejabatnya sendiri disebabkan oleh sebuah status yang dikatakan adalah sebuah ‘FITNAH’!

Fitnah Siber 3

Jangan Mudah Tulis Sebarang Status Online Tanpa Bukti Kukuh

Ketua Pegawai Eksekutif laman web Rappler yang bernama Maria Ressa itu ditahan atas dakwaan ‘fitnah siber’ susulan laporan Rappler yang menceritakan tentang hubungan antara seorang ahli perniagaan dan seorang bekas hakim. Apabila melibatkan seseorang yang punya jawatan berkaitan sesebuah negara maka kerajaan Filipina turut sama masuk campur dengan digambarkan sebagai sebagai suatu cubaan oleh kerajaan untuk menyekat portal media tersebut.

Fitnah Siber 7

Presiden Rodrigo Duterte turut menafikan bahawa dakwaan terhadap Maria Ressa itu bermotifkan politik. Tambahan pula, Maria bukanlah calang-calang orang. Buktinya, Maria telah pernah dianugerahkan sebagai ‘Person of the Year’ oleh Time Magazine pada 2018 atas sumbangannya dalam melaporkan propaganda dan pembunuhan bawah kerajaan Presiden Duterte, terutamanya berkaitan dengan kempennya untuk memerangi dadah.

Fitnah Siber 5

Fitnah Siber Adalah Jenayah Yang Boleh Diambil Tindakan Undang-Undang

Fitnah siber yang melibatkan pihak Rappler terhadap ketua pegawai eksekutif itu sebenarnya telah lama. Kes tersebut difailkan di bawah undang-undang fitnah siber  yang mula dikuatkuasakan sejak September 2012.

Segalanya bermula daripada salah sebuah laporan Rappler tujuh tahun yang lalu apabila artikel tersebut dengan beraninya mengaitkan seorang ahli perniagaan dengan seorang bekas hakim di Mahkamah Tertinggi Filipina. Namun walau sudah lama berlaku tetapi sehingga kini kes ini masih lagi belum selesai.

Fitnah Siber 4

Rakyat Filipina rata-rata masih lagi terus mengikuti kisah ini dari awal dan jika Maria didapati bersalah maka beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 12 tahun.

AWAS !! Tulisan Status Secara Online Boleh Dijadikan Bahan Bukti Yang Kukuh

Mungkin ada yang berpendapatan, setiap akuan yang didaftarkan atas nama sendiri di media massa itu adalah hak individu masing-masing untuk di tulis dengan apa saja status. Namun hakikatnya itu semua tidak benar. Memang anda boleh menulis apa saja yang anda suka tetapi janganlah sehingga ke tahap makan diri sendiri. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak menulis status boleh mengundang padah.

Fitnah Siber 2

Tulisan secara online samada di Facebook, Instagram, Twitter mahupun blog dengan mudah boleh di screenshot oleh orang lain. Dan itu semua boleh dijadikan bukti yang sukar untuk disangkal. Jika anda rasa anda benar-benar berminat untuk menjadi seorang keyboard warrior yang hanya tahu menulis membabi buta, silakanlah. Tetapi awas, sekali anda tulis dan jika ditakdirkan tulisan anda itu boleh membuatkan pilihan lain terkesan maka anda sememangnya dengan sengaja ingin menempah maut!

Jangan Jadi Bodoh, Tulislah Secara Hati-Hati Dan Bijak

Nasihat ikhlas fikir dulu bukan hanya sekali tetapi berpuluh-puluh kali sebelum ditulis apa yang tidak patut ditulis. Jika kebetulan ada sesetengah perkara yang dirasakan benar-benar tidak berpuashati anda boleh gunakan saluran yang lain dan media sosial ini bukanlah tempat paling baik dan selamat untuk ditukarkan kepada medan pertempuran.

Fitnah Siber 6

Kan tak pasal-pasal ada isu di tangkap polis sehingga boleh tercetus adegan saman menyaman yang akan melibatkan jumlah duit sehingga berjuta-juta ringgit.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: