Umum
Sep 7, 2010, 1:10pm

Filem Senario Asam Garam Raya Pertama


  •  
  •  
  •  
  •  
Salam Frends, Filem Senario Asam Garam bakal mengeletek u all di pagawagam pada hari raya pertama.. Sudah menjadi broadband dengan lappy kan.. Setiap musim perayaan pasti akan ada muncul filem melayu yang ditayangkan U all cuba tengok trailer filem ni dibawah.. Amacam? ada geletek ka perut u all? Baiklah dibawah ni.. Hariz sediakan sinopsis buat u all… Jom Usha… Sinopsis Senario Asam Garam
Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa / pejabat Pak Adam. tetapi usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati dengan Pak Adam kerana Pak Adam adalah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan. Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga warung kopi bersama anaknya Amin (10 tahun). Pergaduhan mereka lebih hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar proposal. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan proposal Pak Adam. Pak Adam adalah seorang yang jujur dan sering mendapat projek kerana kualiti kerja yang bagus. Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan Asam dan Garam adalah dengan mnculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam. Pak Adam mendapat tahu hal tersebut berusahah sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gadjetnya. Asam dan Garam akhirnya ditangkap pihak polis kerana selalu menipu dalam projek yang dilakukan syarika mereka dan terlibat dalam rasuah. pak Adam dan Cik Hawa akhirnya selamat ditunangkan.
WATAK DAN PERWATAKAN PAK ADAM – AZLEE JAAFAR Kontraktor binaan dan memiliki sebuah syarikat binaan. Berusia awal 40an. Berwajah sederhana, sentiasa ceria dan berhatimulia. Membuat semua kerja membina, membaiki dan pengubahsuaian rumah dan pejabat. Pak Adam seorang yang tidak kedekut, kuat bekerja dan sentiasa murah rezeki. ASAM – ZAIBO Berusia awal 40an, bertubuh sederhana besar. Seorang kontraktor yang sentiasa cemburukan kejayaan Pak Adam dan sentiasa mencari jalan untuk mengkhianati kerja-kerja Pak Adam. Iri hati dengan perhubungan Pak Adam dan Cik Hawa. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang isteri. CIK HAWA – JULIA HANA Tinggi lampai, cantik, kemas, garang dan tegas. Pandai memasak dan kuat bekerja. Membuka warung berhampiran rumahnya. Menjadi kegilaan jejaka-jejaka kampung termasuk Adam dan Asam. GARAM – LAN PET PET Pekerja Asam. Keadaan fizikalnya kurus dan tinggi. Berasal dari Seberang Perai dan bercakap loghat utara dan pekat. Mempunyai habit apabila bersin akan menjadi seorang yang lurus bendul dan akan menceritakan segala perkara yang baik dan buruk. TAM – SATHIYA Pekerja Pak Adam. Seorang yang mengikut perintah majikannya. Keadaan fizikalnya yang tidak sempurna kerana mempunyai masalah penglihatan kerana salah satu matanya tidak dapat digunakan sebaik mungkin. ODAH – NADIA MUSTAFA Anak sedara Cik Hawa. Belum berkahwin. TIdak gemar dengan sikap Asam yang cuba untuk memikat makcik saudaranya. YAH – ADELINE TSEN Berusia awal 20-an. Merupakan anak saudara Cik Hawa. Turut sama membantu perniagaan warung kopi Cik Hawa bersama Odah. AMIN – FIMIE DON Anak kepada Hawa berusia 12 tahun. BIjak dan suka mencipta gajet dari barangan terbuang. Cuba menyatukan ibunya dengan Pak Adam. Sumber Daripada : Sinemamalaysia dan Budiey.com ProfHariz : Jadi, Jangan lepaskan peluang untuk digeletek oleh Filem Senario Asam Garam dipawagam berhampiran bersama awek dan pakwe tercinta u allMuackkkksss kat u all semua..