Umum
Nov 18, 2011, 2:12am

Filem Ombak Rindu


Ombak Rindu yang diadaptasikan dari sebuah novel cinta nukilan novelis terkenal,Fauziah Ashari akan diarahkan oleh sutradara terkenal Osman Ali. Jika sebelum ini Sharad Sharaz sudah berjaya mengangkat Novel Lagenda Budak Setan ke filem, itulah juga yang cuba dilakukan oleh Osman Ali apabila dia menghasilkan karya terbarunya Filem Ombak Rindu.

Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu bakal menemui penonton pada 01 Disember 2011 di seluruh pawagam tanahair. Filem Ombak Rindu diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae. Ombak Rindu juga turut dibintangi oleh Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai. Sebelum layan Filem Ombak Rindu Full Movie mari kita layan Sinopsis dan Trailer Ombak Rindu.

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem Ombak Rindu ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi. Dah baca sinopsis? Jom layan Trailer Filem Ombak Rindu.

Trailer Filem Ombak Rindu

ProfHariz : Nampak tak “Kisah seorang gadis bernama Izzah dan Hariz“. Oh Kompem Hariz tengok punya Filem Ombak Rindu pada 3 Disember 2012. Hehehe

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: