Umum
Feb 21, 2012, 6:14pm

Filem Adnan Sempit 2


Filem Adnan Sempit 2 terbaru arahan Ismail bob Hashim merupakan sinambungan dari Filem Adnan Sempit. “Dimana ada Highway, Disitu Ada Tol” itulah tagline Filem Adnan Sempit 2 yang terbaru ini. Filem ini bakal ditayangkan serentak di seluruh pawagam pada 23 Februari 2012.

Adnan Sempit 2

Filem Adnan Sempit 2 dilakonkan oleh pelakon yang tak asing lagi iaitu Shaheizy Sam (Adnan) bersama Intan Ladyana (Nadia) dan Yana Samsudin (Wawa) dan juga Along Cham (Bobby). Filem Adnan Sempit 2 ini dengan durasi 89 minit bergenre Aksi dan Komedi. Tak sabar rasanya nak tonton telatah Adnan pada filem kali ini. Sebelum layan Filem Adnan Sempit 2 meh kita layan Sinopsis dan Trailer.

Sinopsis Filem Adnan Sempit 2

Adnan Sempit 2 mengisahkan mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? Semuanya akan terjawab dalam Filem Adnan Sempit 2.

Trailer Filem Adnan Sempit 2

ProfHariz : Tak sabar weh nak tengok gelagat Adnan speaking dan juga Haruslah Love Yana yang sangat comel 🙂

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: