Review
Feb 25, 2018, 11:37am

Fesyen Jubah Abaya Berkualiti Tinggi Dengan Harga Murah


  • 7
  •  
  •  
  •  
    7
    Shares

Pemakaian jubah kini bukanlah untuk ke masjid atau mengikuti aktiviti keagamaan semata-mata, malahan generasi sekarang hari ini dilihat berani menggayakannya ke majlis tidak formal mahupun bersantai bersama sahabat handai. Tampil dengan gaya moden dan terkini, jubah abaya dari Butik Nursuraya mula menjadi pilihan golongan wanita tidak kira faktor usia pada masa kini.

Butik Nursuraya Memperkenalkan Jubah Abaya Berkualiti Tinggi Kepada Pelanggan

Kelainan yang dibawa oleh Jubah Abaya keluaran Butik Nursuraya adalah mereka menawarkan jubah abaya yang 100% di import dari Jeddah. Disamping menggunakan fabrik yang diperbuat daripada kain kapas yang tahan lasak dan sesuai dengan cuaca panas di negara ini merupakan satu kelebihan utama penarik untuk orang mencuba jubah abaya ini.

fesyen jubah abaya berkualiti tinggi dengan harga murah

4 koleksi Jubah Abaya Nursuraya Mendapat Sambutan Tinggi

Antara 4 koleksi Jubah Abaya dari Nursuraya yang mendapat sambutan hangat adalah :

  • Jubah abaya straight cut ( potongan kain yang lurus berbentuk “A cutting” dari atas ke bawah Jubah abaya princess cut ( potongan cutting di tengah dan mengembang di bahgian bawah)
  • Jubah abaya kimono/boleh di jadikan cardigan ( Potongan slim fit yang bole digayakan secara full jubah dan di jadikan sebgai cardigan kerana mempunyai butang dari atas hingga bawah)
  • Jubah abaya butterfly / dikenali jubah kelawar ( mempunyai inner di dalam dan di luar mempunyai design kain seperti rama rama )
koleksi jubah abaya berkualiti tinggi dengan harga murah

Perincian Manik Dan Labuci Di Jubah Mencuri Tumpuan Ramai

Jubah kini semakin hebat dan menjadi pilihan hasil kreativiti pereka fesyen mengubah suai bahagian lengan agar tampak lebih kontemporari. Fesyen ini semakin mencuri tumpuan andai diserlahkan dengan perincian manik dan labuci terutama di bahagian leher, dada, lengan dan tepi bawah baju. Tentu anda kelihatan kemas dan berseri dengan senyuman terukir apabila menggayakan busana jubah abaya dari Nursuraya yang bercirikan kesopanan dan keselesaan.

fesyen jubah abaya berkualiti tinggi dengan harga murah dengan labuci dan manik

Rekaan Dan Pemilihan Warna Yang Menarik

Daripada segi rekaan dan pemilihan warna pula, kali ini anda boleh memilih rekaan yang tidak sekadar tertumpu kepada rekaan jubah atau fabrik berwarna gelap dan kusam semata-mata. Bahkan pemilihan fesyen yang menjurus kepada rekaan warna-warna cerah pasti memberi kesegaran kepada penampilan anda.

fesyen jubah abaya berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan warna

Jubah Dan Tudung Disertakan Sekali Untuk Memudahkan Pemadanan

Melengkapkan penampilan turut digaya dengan tudung daripada warna sedondon yang direka dengan sentuhan menarik dan unik yang pasti memberikan padanan yang sesuai dipakai bersama jubah. Anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari tudung yang sesuai dipadankan kerana di Butik Nursuraya, telah menyediakan sekali padanan yang sesuai dipakai bersama jubah.  Bagi yang mencari jubah abaya kontemporari daripada fabrik sifon, bolehlah mencuba koleksi daripada Nursuraya. Fabrik sifon yang digunakan jenis berat dan jatuh serta nampak cantik apabila dipakai.

fesyen jubah abaya dengan set tudung

Boleh di Pakai Ketika Solat Dan Mesra Wudhuk

Matlamat utama meraka di Butik Nursuraya adalah untuk mentarbiyah lebih ramai Muslimah di Malaysia memakai pakaian patuh syariah seperti jubah abaya ini. Selain itu, Menariknya jubah ini boleh digunakan sebagai telekung semasa solat kerana longgar dan labuh. Anda hanya perlu memakai stokin dan sudah boleh bersolat.

fesyen jubah abaya berkualiti tinggi dan mesra solat

Lebih menarik setiap koleksi dihiasi dengan manik kristal. Jubah ini sesuai digayakan bagi wanita yang menyusukan bayi selain mesra wuduk. Butik Nursuraya juga mengenengahkan potongan jubah yang longgar dan ala puteri untuk kesan kurus kepada si pemakai. Setiap jubah yang dijual di datangkan dengan tudung berbentuk half moon dan dua lapisan.

Boleh di Pakai Bersama Jeans, Palazzo dan Skirt

Jika dahulu pemakaian abaya mungkin tidak begitu meluas dalam kalangan Muslimah di Malaysia berbanding wanita di negara-negara Arab. Tetapi kini, fesyen jubah abaya mendapat permintaan yang tinggi sekali. Ini kerana fesyen jubah abaya terkini merupakan baju panjang ala jubah yang berbutang di depan atau boleh juga dianggap seperti kardigan labuh yang dibuat daripada kain sama jenis dengan jubah. Abaya dipakai sebagai baju luar sementara di bahagian dalam si pemakai boleh memakai apa sahaja fesyen pakaian seperti blaus bersama jean, skirt, palazzo, dress atau jubah sendiri.

fesyen jubah abaya dipadankan dengan pallazo dan jeans

Jubah Abaya Menampakkan Diri Ramping Dan Eksklusif

Dengan ciri-ciri menarik yang ada, sudah pasti anda tidak sabar untuk memilikinya. Anda boleh membuat pilihan bermacam-macam jenis warna yang anda minat seperti hitam, biru, merah, pink dan banyak lagi warna-warna jubah yang menarik. Ingin nampak kurus dan langsing, pakailah pakaian yang berwarna hitam. Justeru itu, ramai wanita kini yang lebih suka memakai pakaian hitam bagi menyembunyikan susuk tubuh yang berisi.

fesyen jubah abaya nampak langsing

Jubah Abaya Sesuai Di Pakai Ke Semua Majlis

Ramai wanita yang sedang mencari jubah untuk kegunaan peribadi seperti keluar jalan-jalan bersama keluarga, menghadiri majlis makan malam, menghadiri majlis kenduri kahwin dan macam-macam lagi. Sudah tentu anda mahu kelihatan cantik dan bergaya apabila berada dalam majlis-majlis penting kan?

fesyen jubah abaya berkualiti tinggi boleh pakai ke semua majlis

Meskipun jubah sebenarnya pakaian tradisional masyarakat Timur Tengah, tidak dinafikan dengan pemilihan fabrik yang sesuai dengan cuaca di negara ini, ia tidak janggal digayakan sesiapa saja baik sebagai pakaian santai mahupun ke majlis rasmi. Sesuai dengan budaya Melayu, busana ini amat menarik digayakan sama ada untuk menghadiri majlis-majlis atau keluar bersiar-siar bersama teman-teman. Tampil dengan rekaan unik dan berani jubah abaya tidak ketinggalan mendapat tempat di mata pelanggan.

Tampil Berkeyakinan Dengan Memakai Jubah Abaya Butik Nursuraya

Pemakaian jubah boleh mempengaruhi diri anda untuk merasa lebih yakin dan selesa apabila berhadapan dengan orang ramai. Pilihan jubah abaya begitu sesuai dan selesa dipakai oleh anda. Elakkan memakai jubah yang terlalu ketat dan jarang. Kerana yang paling penting pakaian jubah itu membantu anda menjaga dan menutup aurat dengan sempurna sebagai seorang wanita muslimah seperti jubah abaya ini.

jubah abaya yang selesa dipakai

Kelebihan Jubah Muslimah Butik Nursuraya Adalah Patuh Syariah

Koleksi jubah wanita muslimah kami ini dapat membantu anda bukan sahaja untuk cantik dan bergaya tetapi memenuhi syarat-syarat menutup aurat bagi seorang wanita muslimah. Dengan ini kami ingin memperkenalkan koleksi jubah plain wanita muslimah yang cantik dan yang paling penting patuh syariah! Walaupun menekankan pakaian yang patuh syariat, pada masa sama produk kami sentiasa tampil dengan koleksi Muslimah yang anggun, eksklusif dan mengikut trend.

testimoni joy reva tentang abaya nursuraya

“Aryan terpegun sangat ke tengok ibu? Tahu la ibu letops malam tadi hahaha!! Tapi last – last nangis tengok cerita ni..

Beli Jubah Abaya Berkualiti Tinggi Dengan Harga Murah

Sebenarnya anda tidak perlu berbelanja mahal pun untuk mendapatkan koleksi jubah abaya wanita yang cantik dan berkualiti. Harga jualan bagi jubah dari Butik Nursuraya ini adalah sangat murah dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Tidak kiralah anda telah bekerja ataupun masih seorang pelajar, anda tidak perlu risau dengan harga jubah yang mahal.

fesyen jubah abaya berkualiti tinggi dengan harga murah

Harga jualan yang mereka tawarkan sangatlah murah iaitu bermula serendah RM150 ke RM350 sahaja bagi sehelai jubah. Tertakluk kepada terma dan tawaran, kami memberikan pengeposan percuma di Semenanjung Malaysia dan sedikit tambahan kos ke Sabah dan Sarawak.

4 Jenis Material Kain Jubah Abaya Berkualiti Tinggi

Untuk pengetahuan anda, jenis fabrik bagi jubah wanita kami ini adalah Nida, Fursan, mos crep dan coco. Antara ciri-ciri menarik dan kelebihan yang ada pada jubah Butik Nursuraya adalah:

  • Kain sejuk dan selesa
  • Kain lembut dan berat
  • Kain tidak mudah ronyok
  • Tidak melekat pada tubuh
  • Leher baju kurung, tangan getah
  • Mudah untuk berwudhuk
  • Menutup aurat dengan sempurna
  • Mematuhi syariat islam
fesyen jubah abaya berkualiti tinggi yang mematuhi syariat

Kenapa Perlu Berkunjung ke Butik Nursuraya

  • Staff yang Mesra pelanggan
  • Mementingkan keselesaan pelanggan
  • Menyediakan ruang solat kepada pelanggan
  • Memberi ruang menunggu yang selesa
  • Kedai berhawa dingin
  • Menawarkan jubah abaya import 100% dari arab Saudi
  • Open pre order design baru untuk pelanggan (* tertakluk terma & syarat)
  • Kenalkan butik nursuraya pada kawan dapat harga istimewa
  • Pembayaran mudah melalui tunai,debit card dan credit card
  • Mengadakan promosi kejutan untuk pelanggan
butik fesyen jubah abaya berkualiti tinggi dengan harga murah

Keistimewaan Memiliki Jubah Abaya Di Butik Nursuraya

  • Kain lembut
  • Kain tak panas sesuai untuk cuaca di malaysia
  • Kain tidak melekat pda badan ( syariah compliance )
  • Kualiti kain daripada dubai
  • lebih 100 design corak tersedia di butik nursuraya (banyak pilihan)
  • Harga berpatutan dengan kualiti yg bakal anda miliki
  • Percume kotak design dari butik nursuraya yang cantic
  • Free postage untuk pembelian online (*tertakluk terma dan syarat)
fesyen jubah abaya berkualiti tinggi percuma penghantaran

Sungguh Cantik Lagi Bergaya, Itulah Kata Testimoni Pelanggan Butik Nursuraya

testimoni pemakai abaya nursuraya testimoni pemakai abaya nursuraya testimoni pemakai abaya nursuraya

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Jubah Muslimah Ini?

Jika anda berminat untuk mendapatkan koleksi jubah abaya wanita muslimah ini, anda perlu hubungi mereka di talian di bawah :

JUBAH ABAYA PATUH SYARIAH BY BUTIK NURSURAYA Hubungi: Tekan untuk WhatsApp (+966508744528) Facebook: NURSURAYA Instagram: @nursurayaofficial

 
Jom order Jubah Abaya Koleksi Nur Suraya SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom order Jubah Abaya Koleksi Nur Suraya SEKARANG!