Review
Mar 14, 2018, 11:03am

Fesyen Baju Muslimah Labuh, Lembut, Sejuk dan Tak Melekat di Badan


Fesyen berputar mengikut peredaran zaman. Setiap tahun ada saja rekaan serta potongan diketengahkan sehingga mendapat liputan meluas pelanggan. Dan pada hari ini, masyarakat kita semakin terdedah dengan kepelbagian pemikiran, budaya dan ekspresi diri termasuk dalam fesyen. Pelbagai fesyen baru datang bagi mengembangkan cara berpakaian dan industri fesyen wanita muslimah turut menerima tempiasnya.

Fesyen Baju Muslimah Terkini

Siapa kata gadis Muslimah tidak tahu tentang fesyen? Jika diperhati, mereka gemar mengikuti trend fesyen terkini malah fesyen jalanan atau hipster turut menjadi ikutan gadis-gadis sekarang dan menjadi alternatif bagi yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya penuh berketerampilan untuk apa sahaja tujuan, masa dan tempat.

Salma For You Menampilkan Koleksi Fesyen Baju Muslimah Mengikut Syariah Islam

Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian asalkan tidak melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan. Salma For You antara butik terkenal di mana mereka senantiasa menampilkan koleksi terbaru yang patuh syariah islam. Bagi mereka, pelbagaian gaya fesyen yang muncul berjaya meledakkan arus fesyen tanah air dan angin ketaksuban gaya tersebut turut terkena tempias kepada koleksi Baju Muslimah mereka yang menitikberatkan penjagaan aurat wanita.

Fesyen Baju Muslimah Labuh Ikut Syariat

Konsep Kasual Relaks Dalam Rekaan Setiap Rekaan Baju Muslimah Salma For You

Berkonsepkan kasual relaks dan digabungkan dengan elemen trendy terkini untuk golongan berhijab, setiap koleksi yang dihasilkan adalah 100 peratus direka sendiri. Tiada perincian yang berlebihan, manakala material yang digunakan setakat ini adalah dari jenis cotton bagi memastikan pelanggan selesa dengan penampilan yang dibawa. Bukan semua busana dengan potongan tertentu sesuai untuk kita walaupun kelihatan cantik, disebabkan itulah rekaan yang dihasilkan lebih bersifat universal dan sesuai digayakan oleh pelbagai bentuk badan.

Fesyen Baju Muslimah Labuh dan Selesa

Rekaan Ringkas Namun Cantik Mata Memandang

Rekaan moden, tapi minimalis tetap menjadi pilihan untuk wanita muda kerana di samping mahu tampil ringkas, busana sebegini sesuai dijadikan pilihan ke pejabat mahupun santai. Koleksi sedia dipakai rekaannya ringkas bersesuaian dengan gaya hidup wanita moden, malah rekaan itu berdasarkan matlamatnya iaitu sesuatu yang akan digayakannya sendiri dan diterima ramai dalam jangka masa panjang. Dengan menggunakan pakaian yang selesa dipakai, yang mudah tetapi masih kelihatan anggun dan elegan itu sudah sangat kelihatan dalam koleksi mereka.

Fesyen Baju Muslimah Moden

Fabrik Tidak Panas Dan Tidak Melekap Pada Badan

Fabrik memainkan peranan penting dalam pemilihan pakaian Muslimah lebih-lebih lagi jika ingin digayakan di negara yang bercuaca panas seperti Malaysia. Fabrik dari cotton menjadi pilihannya dalam kebanyakan rekaan Salma For You kerana selain ringan, ia menyerap peluh dan tidak melekap pada tubuh menjadikannya sesuai digayakan Muslimah. Salma For You juga akan memastikan setiap pemilihan dari segi jenis fabrik, rekaan dan potongan akan menepati kehendak syariat dan terletak cantik pada tubuh si pemakai.

Fesyen Baju Muslimah Labuh dan tidak melekap di badan

Baju Muslimah Labuh Menutup Aurat

Keistimewaan Islam sebagai cara hidup menyediakan panduan umatnya termasuk menggariskan etika berpakaian yang penuh keterampilan. Oleh itu, dalam memperkatakan mengenai fesyen sesuai untuk Muslimah, kita tidak sepatutnya mengongkong fikiran dengan menggambarkan pilihan yang terhad kerana sudah jelas Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian.

Fesyen Baju Muslimah Labuh menutup aurat

Oleh itu, sama ada berhijab atau tidak, potongan yang direka oleh Salma For You dipastikan supaya longgar, tidak melekap dan mempunyai ciri khas seperti mesra wuduk dan mesra penyusuan bayi. Setiap rekaan akan dilonggarkan di sesetengah bahagian seperti ketiak, punggung, dada, pinggang dan melabuhkan sedikit di bahagian lengan, tetapi dalam masa yang mempunyai flow supaya mereka yang menutup aurat masih dapat berfesyen.

Rekaan Saiz Baju Dari Saiz XS Hingga 3XL Dan Pelbagai Pilihan Warna

Selain itu, rekaan baju dari Salma For You akan memastikan semua wanita bertubuh kecil hingga besar dapat menggayakan pakaian ini dengan menawarkan saiz dari S hingga 3XL. Didatangi dengan pelbagai warna pilihan menarik seperti merah, biru, ungu, hijau, hitam, kelabu dan banyak lagi membuatkan pelanggan tidak perlu rungsing dengan pemilihan warna kegemaran mereka.

saiz Baju Muslimah Labuh

Salma For You Memastikan Koleksi Busana Mereka Menepati Syariah Islam

Perkembangan fesyen memang mempengaruhi cara wanita berpakaian dalam apa jua lapangan. Aspek yang penting dalam berpakaian ialah memilih fesyen yang kita suka dan memastikan ia tidak berlawanan dengan hukum syarak. Dalam membicarakan soal pakaian wanita kontemporari, Islam tidak menetapkan fesyen pakaian atau warna tertentu yang boleh dipakai wanita Muslim. Hanya yang ditetapkan ialah aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan telapak tangan. Pakaian wanita Islam perlu mengikut garis panduan syarak antaranya:

  • Pakaian itu hendaklah menutup aurat
  • Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
  • Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
  • Pakaian mereka dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.
  • Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah
  • Pakaian tidak menyerupai lelaki
  • Memakai pakaian menutup aurat, menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita yang penuh keterampilan

fesyen baju muslimah terbaik

Salma For You Menjadi Pilihan Baju Muslimah Berfesyen Mengikut Syariah Islam Terbaik Masa Kini

Dalam konteks di Malaysia, kemunculan dan perkembangan fesyen yang cukup pesat dengan pelbagai jenama busana Muslimah memang boleh dibanggakan. Perkembangan ini adalah suatu trend fesyen yang menjadi alternatif terbaik wanita Islam yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya yang penuh berketerampilan untuk pelbagai tujuan, masa dan tempat. Bentuk rekaan koleksi Salma For You begitu kontemporari tetapi labuh, longgar dan tidak jarang. Idea yang terkehadapan tetapi masih menutup badan, kreatif, praktikal, komersial dan sesuai dipakai oleh semua muslimah..

baju muslimah patuh syariah dan labuh

Kelebihan memakai Busana Salma For You

  • Rekaan ringkas dan cantik
  • Kain tidak perlu digosok
  • Mesra breast feeding – samada ada butang atau zip didada.
  • Mesra wudhuk –  lengan boleh singsing utk wuduk
  • Ada poket- samada di tepi atau depan baju. Boleh letak hp dan lain-lain
  • Kain sejuk- tidak panas dipakai dalam cuaca panas / aktiviti berpeluh (sukan)
  • Cutting labuh dan longgar- menutup aurat dengan baik, terutama longgar dipunggung

kelebihan baju muslimah by salma

Baju Muslimah Tertinggi Permintaan, Aisya Fina dan Aisya Bella

Antara koleksi dari busana Salma For You, 2 koleksi hebat mereka iaitu Aisya Fina dan Aisya Bella paling mendapat permintaan tinggi masa kini. Jom lihat mengapa 2 koleksi ini mendapat tempat di mata pelanggan.

Aisya Fina

Baju muslimah Aisya Fina menggunakan fabrik cotton supaya baju tidak mudah melekap pada badan. Sebanyak 6 warna pilihan menarik boleh dipilih mengikut citarasa sang pemakai seperti hijau, hitam, kelabu, merah, ungu, dan biru. Baju muslimah Aisya Fina ini juga amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ia dapat butang di bahagian hadapan untuk memudahkan penyusuan dan mesra wudhuk. Selain itu, di bahagian hadapan baju ini ada 2 poket bagi memudahkan menyimpan telefon bimbit dan jangan bimbang baju ini tidak panas dipakai sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.

warna baju muslimah terkini

Aisya Bella

Sekilas pandang kurung ini memang cukup menawan digayakan tidak kira apa jua majlis atau mengunjungi sanak saudara. Tidak keterlaluan jika Baju Muslimah Aisya Bella ini sama diulang pakai untuk memenuhi undangan rumah terbuka atau makan malam istimewa. Menggunakan fabrik cotton, baju Aisya Bella tampil menyerlahkan gaya elegan muslimah patuh syariah.

Potongan bajunya lebih labuh, tetapi masih elegan digayakan ke mana sahaja. Aisya Fina mempunyai 7 warna pilihan menarik.

Sesuai untuk Ibu Menyusu Dan Mesra Wudhuk

Adalah merupakan satu kelebihan jika sesuatu baju itu mempunyai ciri mesra wudhuk dan mesra breastfeeding. Ciri-ciri seperti ini sangat diminati oleh golongan ibu-ibu yang mahu tampil bergaya walaupun masih menyusukan bayi mereka. Tidak kira baju tersebut berbutang mahupun berzip di bahagian depan, pasti baju bercirikan ini dicari oleh ibu menyusu. Baju mesra wudhuk juga tidak ketinggalan dalam pemilihan wanita masa kini kerana memudahkan untuk menyinsing lengan baju ketika mengambil wudhuk. Bayangkan kalau pergelangan baju sempit dan tidak boleh ditarik sampai ke siku? Haa dah menyukarkan proses ambil wudhuk.

baju muslimah mesra wuduk

Harga Baju Muslimah Mampu Milik

Dijual pada harga mampu milik, setiap helaian koleksi rekaan Salma For You iaitu Aisya Bella atau Aisya FIna dijual pada harga RM50 sahaja. Tidak hanya mementingkan koleksi busana yang feminin dan bergaya tapi Salma For You juga sentiasa memastikan pelanggan mereka dapat bergaya dan memiliki koleksi baju muslimah mereka pada harga yang sangat mampu milik.

koleksi terbaik baju muslimah

Lihat Apa Kata Pembeli Salma For You di bawah

testimoni pembeli baju muslimah salma for youtestimoni pembeli baju muslimah salma for youtestimoni pembeli baju muslimah salma for you

Berminat dengan koleksi Salma For You? Dapatkan Segera Salma For You Sekarang!

Pakaian yang begitu cantik, elegant serta menutup aurat dengan begitu sempurna sekali. Berminat dengan koleksi Salma For You? Hubungi mereka segera di talian di bawah :

Jom Order Koleksi Baju Muslimah Salma For You SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Lot 13562- 1 Jalan Bukit Takar , Desa Solehah , Mak Chili, Kemaman 24000 Terengganu

   
Jom Order Koleksi Baju Muslimah Salma For You SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Koleksi Baju Muslimah Salma For You SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: