Insurans
May 6, 2018, 12:46pm

Faktor Yang Perlu Diteliti Sebelum Membeli Insurans Nyawa


  •  
  •  
  •  
  •  

Terdapat banyak situasi dalam hidup membuatkan anda tertanya-tanya, adakan anda telah melakukan pilihan yang betul. Beberapa kemungkinan ianya melibatkan keputusan pengurusan kewangan. Memilih insurans nyawa atau insuran hayat bukan kerja yang mudah dan terdapat perkara penting yang boleh diambilkira untuk memudahkan proses ini. Ada banyak sebab kenapa anda mesti berfikir untuk membeli insurans nyawa.

Antara Membeli Insurans Nyawa

Sesiapa yang mempunyai kemahuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada keluarga, sepatutnya memikirkan mengenai insurans nyawa. Dengan lambakan syarikat insurans gergasi dan sederhana, mereka menawarkan pakej insurans dalam kuantiti yang besar dan kecil. Kita sedia maklum, insurans adalah pelaburan masa depan. Keadaan ini membuatkan anda susah untuk memutuskan polisi insurans nyawa yang mana patut dibeli. Lanjutan itu, kami akan membantu anda untuk mengenal pasti apakah faktor yang perlu diteliti sebelum membeli insuran nyawa.

Pemilihan syarikat insurans

Ini adalah faktor paling utama. Dapatkan ulasan daripada pihak ketiga tentang kestabilan kewangan syarikat insurans sebelum anda melakukan pembelian. Sebaiknya, dari badan agensi bebas. Melalui laporan mereka, kita dapat mengetahui kemampuan syarikat untuk membayar. Sebaik mana pun polisi yang anda perolehi, ianya akan jadi sia-sia jika syarikat  tidak mampu melakukan pembayaran sepatutnya.

Contohnya agensi penarafan (rating agency) iaitu RAM Holdings Group dan Malaysia Rating Corporation Berhad (Sekadar menamakan beberapa agensi). Setiap agensi mempunyai proses penarafan yang berbeza. Dapatkan ulasan daripada beberapa rating agency untuk satu syarikat insurans. Pastikan juga anda hanya membeli insurans nyawa dari syarikat yang bereputasi.

Selain Membeli Insurans Nyawa Selain daripada itu, anda boleh mendapatkan maklum balas mengenai tahap perkhidmatan yang diberikan melalui blog, forum atau laman sosial. Kini orang ramai lebih mudah memaparkan pengalaman mereka dalam talian. Daripada perbincangan dan luahan mereka itu, kita dapat mengetahui macam-macam mengenai syarikat tersebut termasuklah seperti punca-punca tuntutan mereka ditolak, kecekapan perkhidmatan,  perkhidmatan selepas jualan dan kejujuran agent syarikat semasa menerangkan polisi.

Menilai keperluan insurans

Apa sumbangan anda kepada keluarga dan berapa orang yang bergantung kepada kewangan anda. Adakah sesiapa ahli keluarga yang mampu mengantikan tempat anda, untuk melakukan perbelajaan bulanan termasuklah membayar hutang setelah pramasa anda? Jawapan kepada pertanyaan ini membantu menentukan berapakah jumlah pelindungan yang anda perlukan.

Ada Membeli Insurans Nyawa

Insurans nyawa adalah pelaburan berasaskan keperluan. Insurans nyawa adalah pelindungan hidup untuk keluarga setelah ketiadaan anda. Oleh yang demikian, jumlah itu sepatutnya 10 kali ganda dari pendapatan tahunan anda sekarang.

Cara Membeli Insurans Nyawa

Jika anda mempunyai anak dan merancang untuk menghantar mereka ke University, lakukan kiraan anggaran keperluan perbelanjaan untuk setiap seorang daripada mereka.  

Ini penting untuk mengelakkan mereka mengalami masalah kewangan setelah ketiadaan anda.

Kemampuan kewangan anda

Sungguhpun begitu, ukur juga keupayaan kewangan anda untuk mendapatkan insurans nyawa. Lakukan rancangan yang teliti dan pilih polisi yang permium tetapi masih dalam kemampuan anda untuk membayarnya pada jangkamasa yang panjang. Membeli insurans nyawa dengan nilai yang betul dan tidak terlalu banyak adalah salah satu cara untuk mengurangkan kos.

Terdapat Cara Membeli Insurans Nyawa

Semasa melakukan semakan profile kewangan, anda perlu mengambil kira sebarang komplikasi perubatan, rancangan lain contohnya plan persaraan atau pinjaman harta sebelum memutuskan untuk mendapatkan insurans nyawa. Perancangan kewangan anda perlu seimbang dan berasaskan keperluan.  Oleh yang demikian, anda bolehlah memutuskan untuk membeli insurans nyawa yang akan membantu memenuhi keperluan anda di masa hadapan.

Penawaran Polisi

Insurans nyawa dan insurans kemalangan adalah dua perkara berlainan. Insurans nyawa hanya akan dibayar apabila berlaku kematian sahaja. Terdapat beberapa aspek yang penting untuk anda teliti ketika melakukan penilaian terhadap polisi insurans nyawa yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat. Antaranya adalah jumlah pelindungan, jangkamasa tempoh pelindungan, pemulangan wang jika pembatalan insuran dilakukan dan jenis kematian.

Antara cara Membeli Insurans Nyawa

Adakah polisi insurans nyawa itu termasuk dalam kes kematian serangan pengganas ? Adakah polisi insurans nyawa  terpakai jika anda melakukan aktiviti lasak seperti sukan bermotor, terbang kelawar (flying fox), pelayaran layang-layang (kite surfing) dan jelajah gua (caving) ?

Bagaimana pula jika kematian anda berpunca daripada kesan katak beracun ?

Sungguhpun insurans nyawa hanya dibayar apabila berlaku kematian, di luar sana ada polisi yang sama (iaitu insurans nyawa) tetapi memberikan pampasan jika berlaku kecacatan kekal. Pilihlah polisi yang dapat memenuhi keperluan tetapi masi dalam kemampuan.

Selain cara Membeli Insurans Nyawa

Polisi syarikat boleh diperhalusi dengan mendapatkan nasihat daripada agen insuran. Biasanya mereka memberikan penerangan tanpa sebarang bayaran. Pastikan apa yang mereka terangkan, mesti tertulis pada dokumen polisi dan anda faham akannya secara terperinci.

Kemudahan tuntutan dengan cepat

Jika anda melihat iklan komersial memaparkan pembelian insuran yang terlalu mudah dan pelindungan insuran yang tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kesihatan, kemungkinan syarikat tersebut menawarkan insuran yang diketegorikan sebagai “simplified issue”.

Selain anda Membeli Insurans Nyawa

Insurans nyawa jenis ini hanya memerlukan anda menjawab beberapa soalan yang terdapat dalam borang berhubung sejarah perubatan. Tiada dokumen pengesahan pemeriksaan kesihatan daripada doktor diperlukan.

Kebiasannya, insurans nyawa seperti ini memerlukan tempoh menunggu yang lama sebelum mereka membayar 100% jumlah yang sepatutnya diterima oleh waris. Ada yang mengambil tempoh 1-2 tahun untuk mendapatkan pembayaran penuh.

Tempoh Membeli Insurans Nyawa Disebapkan hal itu, sekiranya anda tidak mempunyai simpanan tunai yang mencukupi untuk tanggungan, anda perlu mendapatkan perlindungan hayat segera. Pilihan insurans nyawa jenis seperti ini tidak sesuai.

Tawaran harga

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, insurans nyawa adalah pelaburan masa depan. Ketika memutuskan membeli insurans nyawa, dapatkan sebut harga daripada beberapa syarikat penyedia insurans dahulu. Wajar untuk anda meneliti harga untuk setiap polisi yang diperlukan. Terma polisi adalah untuk jangka masa panjang (boleh jadi sehingga 10-30 tahun)  dan bukannya sekejap,

Anda Membeli Insurans Nyawa

Untuk mendapatkan sebut harga, anda disyorkan untuk anda lakukannya secara online sahaja. Lagi mudah jika anda hantar melalui email kepada syarikat atau broker yang menjual banyak polisi. Pantas, mudah dan menjimatkan masa. Anda boleh bertanya, jika diberikan diskaun atau mungkin dapat premium pakej jika membeli banyak polisi. Siapa tahu, selepas ini mungkin anda akan membeli lebih dari satu insurans nyawa.

Dapat Membeli Insurans Nyawa

Pada keseluruhannya, semua insurans kematian memberikan kebaikan kepada waris. Apa yang kami senaraikan ini adalah sedikit faktor penting atau faktor utama yang perlu diteliti sebelum membeli insurans nyawa. Kami harapkan dengan penjelasan ini akan memudahkan urusan anda untuk memilih polisi insurans nyawa yang sesuai. Lakukan pembelian dengan segera, jangan tunggu sehingga setahun lagi. Kerana kadar yang akan anda bayar akan meningkat pada setiap tahun. Semakin cepat anda beli insurans nyawa, peluang semakin baik untuk anda penuhi tahap perlindungan yang anda perlukan. Sungguhpun begitu, elakkan melakukan keputusan terburu-buru kerana itu kelak mendatangkan keburukan.