Review
Dec 3, 2017, 4:48pm

Fakta Dan Mitos Vitamin C Yang Anda Perlu Tahu Untuk Kesihatan


  •  
  •  
  •  
  •  

Orang kata, nak cantik makan vitamin C.  Nak sihat makan vitamin C.  Nak cergas dan ceria pun makan vitamin C.  Hebat sungguh vitamin C ni, kan?  Mari kita tinjau apa kebaikan vitamin C serta fakta dan mitos mengenai vitamin C.

Kebaikan Vitamin C

kepentingan-vitamin-c

Vitamin C adalah vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk mengekalkan kesihatan.  Ia adalah salah satu daripada vitamin yang larut dalam air (asid askorbik) dan tidak dihasilkan oleh tubuh badan.  Oleh itu kita perlu mendapatkan vitamin C daripada sumber luar, iaitu makanan yang mengandungi vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.  Vitamin C berperanan penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menangkap radikal bebas.  Vitamin C memberi kebaikan berikut kepada tubuh badan manusia:

lelaki-sihat

Membantu pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan tisu-tisu badan termasuk ligament, otot, tendon dan tulang rawan.

Antihistamin semulajadi yang mengurangkan simptom demam dan mengawal alergi yang menyebabkan selsema.  Ia juga membantu menyembuhkan demam dengan lebih cepat jika diambil dalam dos yang besar.

Penawar bagi masalah kulit yang membantu mengembalikan keremajaan kulit, membuat kulit nampak berseri, mengurangkan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit.  Gabungan vitamin C dan E akan menghasilkan kulit yang cantik.

Membantu dalam penyembuhan luka di mana badan menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka dengan lebih cepat.

menyembuhkan-luka

Melindungi dari penyakit yang diakibatkan oleh tekanan dengan melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami.

Membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah, dengan membantu menukarkan kolestrol kepada bile salts yang lebih mudah dibuang dari badan.

Melancarkan peredaran darah dengan cara membantu salur darah mengembang dengan baik terutama bagi yang sering sakit dada, ada masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

Mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung kerana vitamin C adalah antioksidan yang menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri dan melindungi kolestrol daripada teroksida dalam aliran darah.

elakkan-masalah-sakit-jantung-dan-darah-tinggi

Mengurangkan simptom asma di mana sebagai antioksidan dan antihistamin vitamin C membantu fungsi paru-paru dan salur pernafasan.

Membantu mengurangkan simptom artritis kerana vitamin C diperlukan untuk membentuk kolagen dan dengan itu membantu mengurangkan kesakitan, keradangan dan sakit sendi penghidap artritis.

Fakta dan Mitos Mengenai Vitamin C

fakta-dan-mitos-vitamin-c

Di sebalik kebaikan yang dibawakan oleh vitamin C, banyak salah faham tentang vitamin ini.  Jom kita intai mitos dan fakta sebenar tentang vitamin C.

Mitos Fakta
Vitamin C dapat menyembuhkan demam selsema Salah.  Vitamin C hanya membantu menjaga kekebalan tubuh.  Ambil 200mg vitamin C setiap hari untuk menjaga kekebalan tubuh.
Jarang terjadi kekurangan vitamin C dalam tubuh Yang ini betul.  Jarang sekali berlakunya kurang vitamin C dalam tubuh kita.  Jika ia benar-benar terjadi, ia akan menimbulkan komplikasi seperti gusi berdarah, sendi bengkak dan kulit kering.  Untuk mencukupkan keperluan vitamin C, wanita memerlukan 75mg manakala lelaki 90mg sehari.
Buah limau adalah sumber terbaik vitamin c Salah.  Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih tinggi kandungan vitamin C.  Antaranya ialah brokoli, kiwi, strawberi, betik, nanas dan jambu batu.
Tubuh tidak dapat menyimpan banyak vitamin C Betul, lebihan vitamin C tidak bermanfaat kepada tubuh lalu dikeluarkan melalui air kencing
Vitamin C membantu melangsingkan tubuh Betul, vitamin C dapat membantu penurunan berat badan.  Ia mempengaruhi kemampuan tubuh untuk menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

Fakta Menarik Mengenai Vitamin C Yang Anda Perlu Tahu

Untuk mendapat manfaat optimum dari vitamin C, makan makanan yang mengandungi vitamin C ketika segar dan mentah.  Memasak makanan yang mengandungi vitamin C dengan terlalu lama akan mengurangkan kadar vitamin C yang terkandung dalam makanan itu.  Sebab itu jangan memasak sayur hingga lecur dan buah-buahan elok dimakan mentah sama ada dimakan terus atau dibuat jus.

fakta-vitamin-c-strawberri

Vitamin C mempengaruhi berat badan.  Kekurangan vitamin c pada aliran darah boleh mempengaruhi kemampuan tubuh membakar lemak.  Orang yang mengambil vitamin C secukupnya mampu membakar lemak sehingga 30 peratus lebih banyak berbanding mereka yang kekurangan vitamin C.

Bagi orang dewasa, jumlah pengambilan vitamin C yang disarankan ialah 65 – 95 mg sehari.  Had maksimum pengambilan vitamin C sehari ialah 2000 mg.  Walaupun pengambilan vitamin C secara berlebihan umumnya tidak berbahaya kepada tubuh, ia boleh mengakibatkan masalah berikut:

  • Cirit-birit
  • Loya
  • Muntah
  • Pedih ulu hati
  • Kembung
  • Sakit kepala
  • Insomnia
  • Batu karang
kesan-kekurangan-vitamin-c

Orang yang merokok lebih cenderung untuk mengalami masalah kekurangan vitamin C dalam tubuhnya.  Ini disebabkan oleh radikal bebas yang dihasilkan oleh asap rokok.  Rokok akan menyebabkan tubuh menggunakan vitamin C dengan lebih banyak dan lebih cepat.  Sebatang rokok mampu menghapuskan 50 mg – 100 mg vitamin C.  Selain daripada merokok, keresahan juga mempercepatkan penyusutan vitamin C manakala pengambilan kontraseptif dan pil penahan sakit menyusutkan vitamin C dengan banyak.

orang-merokok-kehilangan-vitamin-c

Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri.  Contohnya, arnab mampu menghasilkan 18,000 mg (18 gm) vitamin C.  Tetapi Vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh manusia.  Kita perlu mendapatkan vitamin C dari sumber luar, terutamanya dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vitamin C larut air jadi lebihan vitamin C juga tidak disimpan oleh tubuh badan manusia, sebaliknya dibuang melalui air kencing.  Atas sebab ini kita perlu mengambil vitamin C setiap hari.  Vitamin C tidak memberi kesan toksik kepada tubuh manusia.

Si Cantik Manis Strawberi

buah-strawberry-vit-c

Kalau disebut strawberi, tentu yang terbayang di fikiran ialah strawberi ialah buah lambang cinta. Bentuk dan warnanya yang cantik, aromanya yang harum dan rasanya yang manis-masam menyebabkan ia disukai ramai sebagai penghias kek atau dicelup dalam coklat cair.  Tahu tak selain dari rupanya yang cantik, buah strawberi adalah salah satu makanan yang mengandungi vitamin C lebih tinggi daripada kandungan vitamin C sebiji oren?  Secawan strawberi mengandungi 84.7 mg vitamin C, di samping folat dan kompaun-kompaun nutrien lain yang berperanan membantu kesihatan jantung.

strawberry-shortcake

Dari segi kesihatan, kandungan nutrisi dalam buah strawberi sangat baik untuk membantu menyembuhkan beberapa penyakit, antaranya ialah:

Artritis – unsur antioksidan dalam strawberi akan menentang penyempitan otot yang berlaku kepada penghidap artritis.

Kanser – tidak dinafikan unsur antioksidan dalam strawberi membantu memerangi dan mencegah perkembangan sel kanser.

Mata – antioksidan dalam strawberi dapat memerangi radikal bebas dan memperlahankan proses penuaan yang mempunyai impak kepada kesihatan mata.

Kerosakan fungsi otak – vitamin C dan fitonutrien dalam buah strawberi dapat membantu mencegah kerosakan fungsi otak.

Tekanan darah tinggi – kandungan potasium dan zat besi yang tinggi dalam strawberi dapat membantu menekan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan tekanan darah.

Sakit jantung – kandungan serat, vitamin C, folat dan antioksidan dalam strawberi membantu mengurangkan kadar kolestrol dan seterusnya dapat mencegah penyakit jantung.

Vitamin C Strawberi, Fungsi dan Manfaatnya Kepada Tubuh dan Kulit

kebaikan-strawberi-vitamin-c

Sekarang produk vitamin C strawberi sudah banyak di pasaran.  Selain daripada memberikan banyak manfaat dan khasiat, rasanya juga lebih sedap.  Vitamin C strawberi menjalankan fungsi-fungsi berikut untuk tubuh badan:

  • Memutihkan kulit muka dan badan secara sekata
  • Membekalkan vitamin C pada tubuh badan
  • Melambatkan proses penuaan supaya kekal awet muda
  • Melembutkan kulit muka dan badan
  • Merawat jerawat, menghilangkan parut jerawat serta mengecilkan pori
  • Mengekalkan dan menegangkan keanjalan kulit
  • Melancarkan proses pencernaan dan membuang toksin dalam badan (detox)
  • Sebagai antioksidan dan menentang radikal bebas

antioksidaan-vitamin-c

Di antara kebaikan vitamin C strawberi adalah:

  • Mencantikkan kulit
  • Mampu melawan alergi
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
  • Menurunkan tekanan darah, kadar kolestrol dan risiko sakit jantung
  • Mempercepatkan penyembuhan demam selsema

Kepada kulit, vitamin C strawberi memberikan kebaikan-kebaikan berikut:

  • Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya
  • Memperbaiki keadaan kulit yang kusam dan pucat
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Menghalang proses pigmentasi akibat sinaran UV B
  • Meningkatkan penghasilan kolagen sebagai antioksidan
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit
wanita-tercantik

Siapa yang perlukan Vitamin C strawberry?

Jika anda :

  • menghadapi masalah jerawat batu yang teruk
  • mengalami jerawat berparut dan parutnya susah kering
  • mengalami masalah sinus
  • banyak jerawat di wajah dan tubuh badan
  • mempunyai kulit yang kering, kusam atau berjeragat

maka anda memerlukan vitamin C strawberi untuk mengatasi masalah kulit seperti yang di atas.

Selain dari itu vitamin C strawberi juga baik untuk mereka yang mengalami masalah resdung, selsema dan masalah alergik yang teruk.  Kalau tak ada masalah kesihatan pun, boleh saja ambil vitamin C strawberi kerana ia membekalkan banyak khasiat dan manfaat kepada tubuh badan seperti yang dinyatakan di atas.

Harga Vitamin C strawberi Untuk Kulit dan Kesihatan

harga-vitamin-c-strawberry

Sebotol vitamin C strawberi berharga RM30 saja.  Murah, kan?  Kalau dibandingkan harga dengan kebaikannya, memang sangat berbaloi kerana sebotol vitamin C strawberi mengandungi 100% ekstrak strawberi asli.

Testimoni Pengguna Vitamin C Untuk Kesihatan

Ramai yang dah mencuba vitamin C strawberi dan mereka sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi selepas mengambil vitamin C strawberi.  Ramai yang repeat order, beli lagi selepas botol pertama yang dibeli habis.

testimoni-pengguna-vitamin-c-strawberi (1) testimoni-pengguna-vitamin-c-strawberi (2) testimoni-pengguna-vitamin-c-strawberi (3)

Jom Dapatkan Vitamin C Strawberi Untuk Kesihatan Anda Sekarang!

Ingin mendapatkan vitamin c strawberi?  Boleh hubungi seperti di bawah ye.

VITAMIN C STRAWBERRI

Hubungi: Tekan untuk telefon (1800-88-3771) | Tekan untuk WhatsApp

Facebook: Penawar Resedung di jamin 3 hari berkesan Instagram: @vitamincstrawberry

Jom dapatkan Vitamin C Strawberri SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan Vitamin C Strawberri SEKARANG!