Ella Bernikah 7 Julai 2012 – Rasanya sudah lama PH tak update entri mengenai Artis di Malaysia ini. Dan pada kali ini, PH terpanggil-panggil untuk berkongsi dengan pembaca PH mengenai Pernikahan Ratu Rock Malaysia iaitu Ella bakal bernikah pada 7 Julai 2012.
Ella Bernikah 7 Julai Sebelum itu mari kita tahu nama sebenarnya Norzila Aminuddin sudah mengesahkan bahawa beliau akan bernikah dengan seorang Juruterbang syarikat penerbangan komuniti, Firefly di kediaman keluarganya di Klang, Selangor. Bukan calang-calang juga cik Suami Ella ni ye.
Sebenarnya Ella ni merupakan salah seorang artis kegemaran PH. PH cukup meminati Ella sejak di bangku sekolah rendah. Masa tu lagu Ku Tahu Kau Rindu. Korang pun mesti ramai yang minat Ella kan? Ella yang kini sudah berusia 46 tahun dan akan bernikah dengan suami berumur 30 tahun. Betul ke? Takpe Umur bukan ukuran kan yang penting kita doakan Semoga Ella Bahagia bersama abang pilot.
Amacam serasi tak? ha, itulah Bakal Suami Ella bernama Azhar Ghazali Caption bekerja sebagai juruterbang beb di sebuah syarikat penerbangan komuniti Firefly. Dan apa yang difahamkan Suami Ella ini berasal daripada Muar, Johor. Ada orang muar yang kenal ?
Dengar-dengar juga pihak lelaki bersetuju untuk memberikan RM50,000 sebagai wang hantaran berserta 7 dulang berbalas 9 dulang hantaran. Tapi korang jangan lupa Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember depan.
PH doakan semoga semuanya Majlis Pernikahan Ella selamat dan berjalan dengan Lancar. InsyaAllah PH akan update Gambar Pernikahan Ella dengan Azhar Ghazali esok.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang