Review
Feb 16, 2018, 7:52am

Khidmat Ejen Hartanah Terbaik Untuk Menjual, Sewa atau Refinance


Anda ingin menjual rumah tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula, tidak mahu membayar kos yang tinggi, tidak tahu harga jualan terbaik untuk keuntungan optimum serta tidak mahu mengambil masa yang lama dan pastinya anda tidak mahu melalui pelbagai perkara yang memeningkan kepala.

khidmat ejen hartanah terbaik untuk menjual, sewa atau refinance

Bagaimanapun anda tidak perlu risau sekiranya bercadang untuk menjual rumah, tidak kira samaada menjualnya sendiri atau melalui ejen hartanah. Walau apapun pilihan anda setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri tetapi yang penting anda harus mengetahui prosedur berkaitan yang betul dan sewajarnya. Akan tetapi, adalah lebih memudahkan jika anda berurusan dengan ejen hartanah kerana mereka adalah lebih pakar dalam soal jual beli hartanah.

Elakkan Dari Berurusan Dengan Ejen Hartanah Tidak Berdaftar

Membeli rumah hakikatnya bukanlah seperti membeli ikan di pasar. Banyak perkara remeh yang perlu diberi penelitian. Malah, pemilihan ejen hartanah adalah antara perkara penting yang sering diambil mudah oleh ramai orang. Pastikan anda menyiasat terlebih dahulu setiap ejen yang ditemui bagi mengelak sebarang risiko penipuan. Walaupun dijanjikan kadar bayaran yang lebih murah, mengambil khidmat ejen tidak berdaftar ibarat anda mengundang petaka dalam urusan pembelian aset anda. Ini kerana banyak kes penipuan mengenai pembelian hartanah berlaku seperti yang dilaporkan kepada Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).

khidmat ejen hartanah terbaik untuk menjual, sewa atau refinance yang terbaik

Secara teknikal, ejen hartanah bertanggungjawab untuk menjual atau menyewa sebarang hartanah kepada pembeli pada kadar tertentu. Ini meliputi sama ada tanah kosong untuk pertanian atau pembangunan, rumah, bangunan pejabat, kilang serta gudang. Di samping itu, mereka juga berperanan mencari hartanah dengan spesifikasi tertentu yang dikehendaki oleh pembeli sama ada individu atau korporat. Antara risiko yang dihadapi adalah kehilangan wang pendahuluan untuk pembelian itu setelah ia dibawa lari oleh ejen ‘palsu’ yang ditemui. Apabila ini berlaku, ia tentu mengecewakan individu yang berhasrat untuk memiliki aset atau hartanah.

Pastikan Anda Mencari Ejen Hartanah Terbaik Yang Berdaftar (LPPEH)

Ejen hartanah berdaftar adalah pemegang lesen yang diberi kuasa untuk menjalankan urusan perniagaan melalui penubuhan syarikat/agensi atau secara individu berkaitan menguruskan proses jual, beli, sewaan mahupun pajakan berkaitan dengan hartanah. Lesen ini dikeluarkan oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Mereka ini tergolong daripada graduan universiti yang memiliki ijazah, diploma mahupun sijil yang berkaitan dengan hartanah.

khidmat ejen hartanah terbaik untuk menjual, sewa atau refinance yang berdaftar

Mereka perlu menyiapkan tugasan-tugasan dan ditemuduga oleh pihak LPPEH sebelum melayakkan mereka memperoleh lesen tersebut. Ini untuk memastikan individu tersebut kompeten dalam menjalankan urusniaga apabila memperolehi lesen kelak. Namun, lesen yang dikeluarkan boleh digantung atau ditarik semula dan dibatalkan jika pihak LPPEH mendapati standard yang ditetapkan tidak dipatuhi semasa menjalankan urusniaga.  Ejen Hartanah berdaftar dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Semua konsultasi Ejen Hartanah perlu mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH.

Kenapa Wujudnya Ejen Hartanah Berdaftar Dan LPPEH?

Untuk memastikan penipuan dan kerugian wang ringgit dapat dikawal dan dibendung. Dilaporkan, saban tahun kes penipuan dan kerugian wang ringgit yang melibatkan urusan berkaitan hartanah meningkat dari semasa ke semasa apabila berurusan dengan “orang tengah”. Gejala seperti ini susah hendak dibendung jika tidak mempunyai badan atau pihak berkuasa yang boleh bertindak. Oleh itu, bidang kerjaya ini merupakan bidang professional yang melibatkan urusan setiap lapisan masyarakat.

memilih khidmat ejen hartanah terbaik untuk menjual, sewa atau refinance

Perbezaan Antara Ejen Hartanah Dan Perunding Hartanah

  • Ejen Hartanah

Ejen Hartanah adalah mereka yang berkelulusan dalam bidang hartanah, melalui praktikal selama 2 tahun di syarikat atau agensi hartanah berdaftar, ditemuduga oleh Lembaga Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah, dan sekiranya lulus, mereka akan mendapat lesen Ejen Hartanah dan boleh mendaftarkan agensi hartanah mereka sendiri.

perbezaan ejen hartanah terbaik dan perunding hartanah

  • Perunding Hartanah

Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator/REN) adalah individu yang dilantik dan dilatih oleh ejen hartanah berdaftar. Slot yang dibenarkan oleh pihak LPPEH bagi setiap 1 lesen adalah seramai 30 orang sahaja bagi satu masa. Setiap perunding hartanah akan didaftarkan ke LPPEH dan akan diberikan  REN Tag untuk mereka gunakan sebagai kad kuasa apabila berurusan dengan pelanggan. REN tag tersebut lengkap butiran; nama penuh, nombor kad pengenalan, nama agensi dan nombor REN. Setiap perunding hartanah mempunyai nombor REN yang berbeza.

perbezaan perunding hartanah dan ejen hartanah terbaik

Encik Talha Ara Perunding Ejen Hartanah Terbaik untuk Menjual, Sewa atau Refinance

Apabila berbicara mengenai membeli dan menjual hartanah, lazimnya pemilik lebih cenderung untuk melantik ejen dan perunding hartanah bagi menguruskan perkara terbabit kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding melakukannya sendiri. Encik Talha Ara merupakan seorang ejen hartanah yang telah berpengalaman lama dalam urusan menjual, sewa mahupun refinance. Ramai telah menggunakan perkhidmatan dari beliau dan kesemua pelanggannye berpuas hati dengannya.

talha ara ejen hartanah terbaik

Profesional dan Ketulusan Encik Talha Ara Dalam Perunding Hartanah disanjungi

Saya percaya, untuk memilih ejen atau perunding hartanah terbaik, pemilik perlu mempertimbangkan beberapa perkara termasuk komisien, mudah berunding, berdaftar dengan pihak berkuasa dan memiliki pengalaman serta paling penting adalah ketelusan dan profesinalisme dalam menjalankan urus niaga terbabit. Encik Talha Ara telah lama dalam industri ini malah beliau juga tahu akan selok belok dalam urusan hartanah. Beliau akan membimbing anda dan memberikan pendapat yang terbaik setiap masa.

kredibiliti ejen hartanah terbaik]

Penerangan Proses Jual Beli yang Jelas

Anda sebagai penjual akan mendapat penerangan yang jelas dan telus tentang proses penjualan/ penyewaan hartanah anda. Anda boleh bertanya sebarang permasalahan dan kemusykilan dan akan dijawab sehingga anda berpuas hati. Proses jual rumah adalah proses yang sangat penting yang perlu difahami oleh ownerhartanah dan juga pembeli. Sekiranya tersilap atau cuai, akan bagi kesan besar kepada pemilik mahupun pembeli.

penerangan tentang jual beli hartanah yang jelas

Kenapa Anda Harus Berurusan Dengan Ejen Hartanah Terbaik  – Encik Talha Ara?

Jika rumah dijual atau dibeli tanpa guna ejen, owner dan pembeli mesti memahami sendiri prosedur jual beli rumah. Di samping nasihat pihak peguam. Namun, sekiranya menggunakan khidmat ejen hartanah seperti dari Encik Talha Ara, beliau akan jelaskan dan bimbing serta menjaga kepentingan (hak) pemilik dan pembeli sepanjang proses jual beli rumah.

berurusan dengan ejen hartanah yang profesional

Perkhidmatan Ejen Hartanah Pemudahcara Antara Kedua Belah Pihak

Servis dan khidmat ejen hartanah sangat penting. Bermula lantikan sebagai ejen sehingga pertukaran hak milik. Ejen hartanah akan membantu setiap pihak. Bertindak sebagai pemudahcara. Untuk memudahkan kefahaman orang awam, Ejen Hartanah yang dimaksudkan di sini ialah termasuk Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator – REN). Diikutkan hierarki, Perunding Hartanah adalah individu yang dilantik dan berada di bawah Ejen Hartanah.

ejen hartanah memudahkan urusan penjual dan pembeli rumah

Cara Memilih Ejen Hartanah Terbaik

#1 Cari Ejen Hartanah Yang Berdaftar

Jangan sesekali guna khidmat broker haram. Cara untuk kenal Ejen Hartanah berdaftar ialah mempunyai REN Tag dan REN Number. Mempunyai agensi yang berdaftar. Anda boleh meminta nombor REN Tag atau REN Number ejen hartanah untuk menilai sendiri sama ada benar ataupun tidak.

#2 Membuat Lantikan Rasmi bagi Penjualan Rumah

Ejen akan sediakan surat lantikan dan ditandatangani oleh pemilik. Surat itu sebagai lantikan sah ejen untuk penjualan rumah.

memilih ejen hartanah yang dipercayai dan membantu

#3 Pengalaman Yang Lama Dalam Bidang Hartanah

Pengalaman sebagai ejen hartanah adalah aset kami untuk anda. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 7 tahun dan insyallah bersedia membantu anda dalam urusan jual-beli atau sewaan. Menjadi keutamaan kami bagi memastikan objektif anda bagi jual-beli atau sewaan tercapai.

ejen hartanah berpengalaman dalam menguruskan hartanah bernilai tinggi

#4 Masa Dan Tenaga Dapat Dijimatkan Dengan Melantik Ejen Hartanah

Dengan melantik agen hartanah, anda dapat mengelakkan kelam-kabut dalam menguruskan penjualan rumah kerana kurang pengetahuan dan mungkin diganggu dengan banyak panggilan telefon di tempat kerja.  Saya juga membantu bagi yang tidak tahu lebih lanjut proses berkaitan tukarmilik dan tak perlu berulang-alik atau sibuk menguruskan masa anda untuk temujanji menunjukkan rumah kepada bakal pembeli kerana terdapat bakal pembeli yang hanya boleh melihat rumah anda ketika anda tidak berpeluang/tidak ada masa menunjukkan kepada pembeli.

ejen hartanah mempercepatkan proses jual beli rumah

Adalah lebih berbaloi jika anda melantik ejen Hartanah daripada menguruskan sendiri penjualan yang mungkin mengambil masa anda, kos pemasaran dan akhirnya hanya memberikan tambahan masalah kepada anda kerana terpaksa kelam-kabut dan seterusnya ianya hampir menyamai kos untuk melantik ejen Hartanah.

Kelebihan Menggunakan Ejen Hartanah Dari Encik Talha Ara

  • Pengetahuan Tentang Pasaran Hartanah Semasa

Penting untuk ketahui harga jualan yang bersesuaian dengan keadaan pasaranhartanah semasa. Dengan meletakkan harga jualan melebihi harga pasaran semasa (market vaue), ianya akan menyebabkan hartanah anda tidak akan terjual. Tetapi jika harga yang diletakkan terlalu rendah pula, ianya akan menghalang anda untuk mendapatkan keuntungan maksimum diatas penjualan tersebut.

ejen hartanah mestilah berpengetahuan tentang selok belok demand hartanah setempat

Pengetahuan tentang ilmu kewangan juga adalah faktor penting bagi memudahkan proses jual beli. Ejen hartanah mahir dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dari segi kedudukan kewangan berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak bank.

  • Jaringan Hartanah Sedia Ada Yang Luas

Rekod pembeli sedia ada adalah kelebihan utama ejen hartanah di mana ejen hartanah akan mempromosikan kepada jaringan pembeli sedia ada terlebih dahulu.

maklumat pembeli diuruskan dengan selamat

Penilai hartanah membantu ejen dapatkan nilai hartanah yang terbaik. Pegawai bank membantu ejen memastikan permohonan seseorang pembeli itu lulus. Peguam membantu ejen dalam menyelesaikan proses jual beli hingga selesai.

  • Transaksi Telus Dan Selamat

Wang deposit anda terjamin akan dipulangkan 100% sekiranya permohonan pinjaman anda tidak lulus. Maklumat peribadi anda diuruskan dengan telus, teratur dan professional.

urusniaga jualbeli yang telus

Servis Yang Di Tawarkan :

Insyallah Encik Talha Ara akan membantu anda sebaik mungkin. Berikut adalah sebahagian servis yang beliau tawarkan.

  1. Konsultansi kepada pemilik hartanah sama ada menjual, sewa atau refinance hartanah.
  2. Semakan harga pasaran hartanah semasa secara percuma untuk urusan jualan dan refinance.
  3. Menjadi sebahagian daripada jaringan senarai menunggu pembeli untuk dapatkan info tentang rumah untuk dijual bagi kawasan yang dipilih.

ejen hartanah di kawasan bangi kajang

Dapatkan Perkhidmatan Ejen Hartanah Terbaik Untuk Jual Beli Rumah Sekarang!

Jika anda nak dapatkan khidmat ejen, pilih ejen yang dipercayai dan komited. Jangan sesekali berurusan dengan broker. Hubungi terus ejen berdaftar yang bertauliah seperti En. Talha Ara dengan menghubungi beliau di talian di bawah :

Jom Cari Rumah Bajet 500K SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Cari Rumah Bajet 500K SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Cari Rumah Bajet 500K SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: