Review
Nov 9, 2017, 5:42pm

Durian Crepe di Kuala Lumpur 100% Durian Mentah Musang King / D24


  •  
  •  
  •  
  •  

Durian Crepe pernah popular satu masa dulu di Malaysia dan pernah menjadi viral seketika. Akan tetapi fenomena durian crepe semakin suram selepas beberapa ketika dan penjualan durian crepe semakin pupus dari hari ke hari. Ramai peniaga tutup kedai disebabkan terlalu banyak persaingan. Bagi mereka yang meminati durian crepe sudah semestinya berasa kecewa kerana tiada peluang lagi untuk menikmati Durian Crepe yang enak.

durian-crepe-sedap

Bagi yang belum mengenali Durian Crepe, Durian Crepe adalah sejenis makanan yang berasaskan buah Durian. Durian Crepe boleh disamakan seperti ‘pancake durian’ iaitu isi buah durian dibalut dengan sejenis kulit iaitu lempeng yang diperbuat daripada tepung. Jadi, gabungan kedua-dua bahan ini menjadi Durian Crepe.

Selain Durian Crepe, terdapat beberapa jenis lagi buah-buahan yang dijadikan isi crepe seperti strawberi, blueberri, mangga, pandan dan banyak lagi. Akan tetapi segala jenis buah ini tidak dapat menandingi rasa durian crepe yang sentiasa sedap dan digemari ramai tanpa mengira usia.

Strawbery crepe

Pembuatan Durian Crepe dikatakan sangat mudah untuk dibuat. Pembalutnya iaitu kulit crepe dibuat dadar daripada tepung gandum dan di tambah pewarna kuning atau pewarna lain mengikut kesukaan masing-masing. Yang menjadi susahnya adalah untuk mendapatkan isi buah durian yang betul-betul segar dan sedap untuk di jadikan isi krepe tersebut. Dan buah durian pula jenis buah-buahan tempatan yang bermusim dan tidak sentiasa ada.

Disebabkan faktor tersebut juga ramai peniaga hanya menjual durian crepe dalam tempoh yang singkat. Penjualan Durian Crepe juga di anggap perniagaan bermusim hanya ketika musim buah durian sahaja kerana stok durian yang sentiasa ada dan harganya juga murah. Akan tetapi bila habis musim durian, harga durian akan menjadi semakin mahal kerana sukar didapati.

harga-musangking

Sungguhpun begitu, masih ramai peniaga yang masih menjalankan perniagaan Durian Crepe mereka walaupun bukan mengikut musim buah durian. Ini kerana minat yang mendalam dalam pembuatan krepe dan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang tidak putus-putus inginkan Durian Crepe yang sedap terutamanya Durian Crepe yang dibuat oleh Alifaiman Homemade Bakery di Kuala Lumpur.

Alifaiman Homemade Bakery

Alifaiman Homemade Bakery di asaskan oleh Puan Amylia Zahari yang merupakan seorang guru sekolah menengah. Beliau menjalankan perniagaan Durian Crepe serta beberapa menu kuih muih yang lain di rumah kerana gemar memasak dan ingin memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari Durian Crepe. Secara tidak lansung, ianya dapat menambah pendapatan sampingan beliau.

cikgu-amelia-di-sekolah

Puan Amylia seorang yang pakar dalam bidang memasak. Selain memasak untuk hidangan lauk pauk di rumah, beliau juga arif dalam memasak pelbagai jenis kuih muih, kek dan sebagainya. Tidak hairanlah mengapa jualan Durian Crepe Alifaiman Homemade Bakery sentiasa laris dan mendapat permintaan daripada kebanyakkan ramai pelanggan yang gemarkan Durian Crepe.

Keistimewaan Durian Crepe Alifaiman Homemade Bakery

Alifaiman Homemade Bakery sentiasa memastikan setiap Durian Crepe dan makanan lain yang dijual di hasilkan dengan bahan-bahan yang terbaik dan sentiasa enak untuk dimakan oleh pelanggan mereka. Kepuasan pelanggan adalah kemestian bagi Alifaiman Homemade Bakery. Antara keistimewaan Durian Crepe yang dihasilkan oleh Alifaiman Homemade Bakery ialah :

1. Filing daripada durian mentah D24 @ musang king

Bagi menghasilkan Durian Crepe yang sangat sedap, Alifaiman Homemade Bakery tidak teragak-agak untuk menggunakan buah durian premium iaitu Durian Musang King.

durian-d-24

Isi buah durian musang king dikatakan isi durian paling enak dan sedap untuk dijadikan isi durian mentah di dalam durian crepe yang dihasilkan.

2. Kulit yang lembut

Untuk menjamin rasa Durian Crepe yang sedap, Alifaiman Homemade Bakery sentiasa memastikan kulit crepe terbaik untuk membaluti isi buah durian yang premium.

kulit-durian-crepe-lembut

Crepe yang dihasilkan merupakan kulit yang bertekstur lembut sangat lembut. Tekstur yang lembut ini sangat sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.

3. Kualiti Rasa Yang Terjamin Sedap

Disebabkan Alifaiman Homemade menggunakan isi buah durian Musang King, sudah tentu ianya akan memberikan rasa yang sedap pada Durian Crepe tersbut.

rasa-durian-crepe-yang-lazat

Apabila isi durian mentahnya sedap, secara automatiknya keseluruhan hidangan Durian Crepe itu sendiri akan menjadi sedap.

4. Murah

Walaupun Alifaiman memilih untuk menggunakan isi mentah buah durian musang king yang agak mahal juga harganya, akan tetapi harga Durian Crepe tidak semahal yang anda sangka.

harga-berpatutan

Harga jualan masih mengikut harga biasa di pasaran. Sudah tentu lah ramai yang berebut-rebut membuat tempahan kerana ingin menikmati rasa Durian Crepe yang sedap itu.

5. Boleh Tempah Dalam Kuantiti Yang Banyak

Sekiranya anda ingin menjadikan Durian Crepe atau kuih muih lain sebagai hidangan di dalam sebarang majlis atau untuk dinikmati oleh ahli keluarga yang ramai, Alifaiman Homemade bakery sedia membuat tempahan di dalam kuantiti yang banyak dengan syarat perlu membuat tempahan awal.

durian-crepe-catering-kl

Selain daripada Durian Crepe yang sedap, AlifAiman Homemade Bakery ada menjual dan mengambil tempahan menu-menu lain seperti Brownies kedut, sandwich tuna mayo, kuih nona manis pandan, kuih keria gula melaka, sagu gula melaka, kek karamel, beef lasagna, chicken lasagna, kuih tart, aiskrim nutella yogurt dan pelbagai perisa ais krim malaysia.

cheese-tart
kek-coklat-moist

Cara Simpan Durian Crepe Supaya Kekal Sedap

Durian crepe sangat sedap dimakan setelah disejukkan di dalam peti ais dan tidak sesuai di simpan di luar. Tidak sesuai dibiarkan di luar dan dalam suhu yang panas kerana di khuatiri durian crepe akan mengeluarkan bau masam seperti bau tempoyak dan rasa akan menjadi tidak sedap.

cara-simpan-durian-crepe-tahan-lama

Perlu diingatkan kepada penggemar Durian Crepe, untuk mengekalkan rasa Durian Crepe yang sedap, seeloknya simpan dalam peti sejuk selepas anda membelinya. Jika anda simpan dengan baik di dalam peti ais, Durian Crepe boleh kekal tahan sedap lebih kurang dalam masa 3 sehingga 4 hari.

Testimoni Durian Crepe di Kuala Lumpur Dari Alifaiman Homemade Bakery

Durian Crepe Alifaiman Homemade Bakery sentiasa mendapat pujian daripada setiap pelanggan mereka. Ramai yang memberi pujian sedap apabila memakan durian crepe daripada Alifaiman Homemade Bakery. Alifaiman juga mempunyai pelanggan yang tetap di mana mereka akan sentiasa membuat tempahan kerana ingin menikmati Durian Crepe yang sedap dan berbaloi membelinya.

testimoni-pelanggan-alifaiman-homemade-bakery-1 testimoni-pelanggan-alifaiman-homemade-bakery-2  testimoni-pelanggan-alifaiman-homemade-bakery-3

Dapatkan Durian Crepe Paling Sedap di Kuala Lumpur Sekarang!!!

Sekiranya anda teringin untuk mencuba rasa Durian Crepe yang sedap atau sedang mengidam Durian Crepe, tak tahu nak dapatkan Durian Crepe yang sedap dimana? Anda boleh membuat tempahan sekarang dan rasakan sendiri keenakan Durian Crepe daripada Alifaiman Homemade Bakery ini. Terjamin sedap!

alifaiman-homemade-durian-crepe

ALIFAIMAN HOMEMADE BAKERY | DURIAN CREPE KUALA LUMPUR (Puan Amylia Zahari)

Telefon: 0132757150 | Link WhatsApp Instagram: @amyliazahari

Disarankan anda buat tempahan awal untuk memastikan Durian Crepe yang sedap dapat dihasilkan dengan berkualiti.