Umum
Oct 25, 2010, 5:05am

Drama Ulek Mayang – Slot Lagenda TV3


  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum,

Drama Ulek Mayang slot lagenda terbaru TV3 diterbit dan diarahkan oleh Rashid Sibir daripada Rashbir Media Sdn Bhd, iaitu 20 episod mengantikan Slot Lagenda Siti Kelembai.. Memang tak lari dari kaca tv bila tibanya 4.30 petang untuk menonton Siti Kelembai dan rasanya Drama Ulek Mayang pun pasti akan dinanti-natikan oleh peminat Slot Lagenda TV3 seperti saya. Hehehe

Drama Ulek Mayang - Slot Lagenda TV3

Drama Ulek Mayang yang diadaptasikan daripada mitos Ulek Mayang bakal menemui para peminat Slot Lagenda mulai Isnin ini iaitu 25 Oktober 2010, Drama Ulek Mayang ini akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga khamis pada jam 4.30 petang di TV3.

Drama Ulek Mayang ini membariskan pelakon-pelakon tanahair handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali. Berdasarkan apa yang saya google. Elly Mazlein akan mempersembahkan tarian Ulek Mayang yang sudah pasti menjadi tarikan kita kan?

Sinopsis Drama Ulek Mayang – Slot Lagenda TV3

Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau. Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati. Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan. Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?
Lagu Tema OST Drama Ulek Mayang dinyanyikan oleh Elly Mazlien iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”

Sumber : Budiey.com dan CikguDahlia