Review
Dec 3, 2017, 8:27pm

Doorgift Murah di Kuala Lumpur Dengan Biskut Bersalut Coklat Premium


Menganjurkan sebuah majlis perkahwinan bukanlah satu tugas mudah. Banyak benda yang perlu difikir dan uruskan. Salah satunya adalah berkenaan dengan doorgift untuk tetamu yang hadir. Kalau dahulu, para tetamu yang hadir ke sesebuah majlis perkahwinan hanya diberikan bunga telur beserta telur rebus sebagai doorgift. Tetapi kini, idea dalam menghasilkan doorgift untuk para tetamu yang hadir adalah lebih kreatif dan menarik sebagai tanda ingatan.

doorgift-kuala-lumpur

Bukan sekadar menghadiri majlis perkahwinan untuk meraikan kedua mempelai tetapi sebenarnya doorgift juga menjadi daya tarikan kepada para tetamu yang hadir.. Berapa harga sebenar cenderahati yang diterima oleh tetamu tidak menjadi persoalannya tetapi yang penting ianya dapat dijadikan kenangan.

Seperti sudah menjadi satu trend zaman sekarang di setiap majlis perkahwinan, pelbagai cenderahati perkahwinan akan diberikan kepada tetamu yang hadir. Sebenarnya, pemberian cenderahati perkahwinan bukanlah satu perkara yang wajib. Namun, tujuan utama wujudnya cenderahati perkahwinan adalah sekadar untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis dan meraikan pasangan raja sehari.

trend-doorgift-terkini

Pelbagai jenis doorgift yang terdapat dipasaran sekarang.. Ada juga yang terlebih kreatif dan ingin menikmati kepuasan dengan membuat sendiri doorgift untuk majlis perkahwinan mereka.. Doorgift juga bukan sekadar dibuat untuk majlis perkahwinan tetapi juga untuk majlis-majlis tertentu yang lain… Disini saya ingin kongsikan dengan anda beberapa idea doofgift yang trendy, unik dan menarik yang boleh anda jadikan inspirasi untuk menghasilkan doorgift anda sendiri.. Jom lihat satu persatu..

5 Idea Doorgift Yang Terkini Dan Menarik

1. Madu

doorgift-madu

Foto kredit : wedding.com.my

Comel kan… Ini adalah antara idea doorgift perkahwinan yang menarik.. Bukan sahaja untuk majlis perkahwinan malah untuk majlis-majlis lain juga yang bersesuaian.. Para tetamu juga pasti akan gembira mendapat doorgift sebegini.. Bukan sekadar doorgift, tetapi dalam masa yang sama boleh digunakan oleh si penerima.. Idea yang sangat bagus..

2. Potpourri

doorgift-potpouri

Kalau dulu-dulu, bunga rampai dijadikan doorgift dengan diisi di dalam balut kain net ataupun uncang net.. Sekarang, bunga rampai seolah-olah telah dilupakan dengan digantikan dengan potpourri sebagai pengganti haruman bunga rampai.. Potpourri didatangkan dalam pelbagai jenis dan bentuk serta haruman.. Jadi, anda boleh memilih haruman mana yang anda gemar dan boleh dihias dengan cantik mengikut kreativiti anda sekiranya anda ingin DIY potpourri anda sendiri..

3. Key Chain

doorgift-keycchain

Pernah dapat key chain tak sebagai doorgift? Jika pernah, itulah idea yang boleh anda ambil sebagai inspirasi untuk doorgift anda.. Mungkin anda lebih suka key chain dalam material kayu.. Nampak lebih menarik dan unik.. Jadi anda boleh memilih sendiri material yang anda suka.. Terdapat pelbagai jenis bentuk keychain yang boleh anda tempah di pasaran sekarang..

4. Gula-Gula Dan Cookies

doorgift-gula-gula-cookies

Idea yang paling sweet abad ini.. Hehe.. Pasti ramai yang suka kalau dapat doorgift berbentuk seperti ini kan.. Botol kaca yang comel didalamnya terisi cookies ataupun gula-gula.. Ada juga yang suka menghiasi botol kaca dengan lapisan kekacang berwarna warni.. Sangat kreatif.. Selain nampak menarik, ia juga dapat membangkit selera para tetamu untuk menghabiskannya.. Haha!!

Jangan tak tahu, selain makanan ada juga yang hanya meletakkan pasir pantai di dalam botol kaca sebagai doorgift.. Mungkin ada sentimentel value yang tersendiri bagi mereka yang memilih idea yang sebegitu..

5. Coklat

doorgift-coklat

Ini adalah idea paling eksklusif.. Pemilihan doorgift dalam bentuk coklat peribadi dengan bentuk dan perasa tersendiri, pasti membuatkan ramai tetamu yang hadir tersenyum lebar apabila membuka beg goodie mereka.. Nampak sangat eksklusif. Tambahan pula dilengkapi kotak yang menarik dan unik menjadikan doorgift ini tampak mewah.. Hadiah sebegini amat sesuai diinspirasikan kerana ianya sesuai untuk semua peringkat umur.. Harga juga berpatutan..

SIL Twix Menawarkan Doorgift Biskut Bersalut Coklat Premium Murah Di Kuala Lumpur

doorgift-kl-sil-twix

SIL Twix  memperkenalkan produk-produk makanan yang berasaskan coklat.. Ditubuhkan secara join partner bersama Sister in Law (SIL) iaitu Chef Hidayah dan Chef Farah pada bulan Ogos 2017 yang lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.. Ia juga merupakan 100% produk muslim bumiputera dan HALAL..

SIL Twix menawarkan perkhidmatan coklat dalam bentuk hantaran, doorgift, hamper, surprise birthday present, bouguet of flower dan sebagainya.. Mereka kini telah mempunyai 9 orang stokis dan 32 agen meliputi seluruh Malaysia bagi memastikan perniagaan mereka lebih berkembang dimasa-masa akan datang.. Mereka bukan sahaja menawarkan produk yang berkualiti tetapi juga perkhidmatan yang sangat bagus dan friendly.. Jadi, tidak hairanlah dengan hanya baru beberapa bulan ditubuhkan produk mereka telah mendapat sambutan yang hangat dari penggemar-penggemar coklat di Malaysia..

doorgift-termurah-kl

Produk SIL Twix

Terdapat 2 jenis produk dibawah SIL Twix iaitu SIL Twix Fingers dan SIL Twix Crunchy dimana masing-masing mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..

sil-twix-chocolate-finger

1. SIL Twix Fingers

Chocolate Twix Fingers adalah salah satu ciptaan mereka yang paling hebat dan menarik yang mempunyai 5 rasa yang berbeza iaitu original, oreo dan cream, double chocolate, oren dan peanut butter. Kelima-lima flavor ini akan memberi kelainan rasa yang pasti anda suka dan termimpi-mimpi.. Jom kita lihat satu persatu perisa yang ada.. Pasti anda teruja dengannya..

Double Chocolate Twix Fingers adalah flavor yang paling digemari dan merupakan produk jualan utama mereka.. Kelihatan hanya seperti biskut biasa tetapi bila anda menggigitnya, tekstur biskutnya berbeza dari koleksi SIL Twix Fingers yang lain.. Crunchy dengan Chocolate chips yang banyak membuatkan anda ketagih untuk menikmatinya lebih banyak..

double-chocolate-fingers

Original Twix Fingers mempunyai kekuatannya tersendiri.. Disalut dengan coklat dan dihiasi dengan taburan hirisan badam menguatkan lagi rasa enaknya meskipun ia hanya dari flavor original.. Penggemar perisa original harus mencuba Original Twix Fingers ini..

oreo-twix-fingersOreo & Cream Twix Fingers – Wah yang ni agak menarik.. Tersalut dengan coklat putih, tidak terlalu manis tetapi berkrim, kaya dengan oreo super lazat di dalam dan di atasnya.. Rasanya sangatlah sedap kerana tidak terlalu manis.. Kebiasannya jika biskut yang terlalu manis, pasti rasanya sedikit menghampakan…

orange-twix-fingersOrange Twix Fingers – Nampak menarik dan menyelerakan dengan salutan coklat dihiasi jaluran pink.. Kelihatan sangat berbeza dan rasanya juga sangat berbeza.. Anda tidak akan dapat merasanya di luar sana.. Perisa oren ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana rasanya yang luar biasa dan unik..

peanut-butter-txix-fingersPeanut Butter Twix fingers – perisa yang sentiasa dicari-cari dan menjadi pilih sebahagian peminat coklat kerana rasanya begitu mengasyikan dan lazat.. Satu gabungan yang sangat mantap.. Biskutnya disalut coklat dan ditemani krim peanut butter yang membangkitkan selera…

Chocolate Twix Fingers ini didatangkan dalam 3 saiz yang berbeza iaitu small box, big box dan chill Box.. Harga juga adalah berpatutan bagi setiap box tersebut.. Harga yang ditetapkan untuk setiap box adalah seperti berikut :-

Harga SIL Twix Fingers

Small Box  –  RM 13.00
Big Box  –  RM 20.00
Chill Box  –  RM 32.00

2. SIL Twix Crunchy

sil-twil-crunchy

SIL Twix Crunchy adalah kudapan ala-ala premium iaitu kacang badam bersalut coklat yang pasti membuatkan semua terangkat bila menjamahnya.. Coklat premium yang digunakan membuatkan kudapan ini tidak terlalu manis dan rasanya enak.. Crunchy ini kaya dengan kacang badam panggang dan kuaci premium yang disalut dengan 2 jenis coklat..

sil-twil-crunchy-2

Selain rasanya yang lazat, crunchy ini juga adalah makanan yang sihat, mudah dibawa kemana-mana, harga berpatutan dan paling ohsem ia adalah yang pertama diperkenalkan di Malaysia.. Majoriti yang mencubanya, mengatakan ianya sedap.. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang.. Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM 20.00 sahaja.. Murahkan!!

sil-twil-crunchy-3

Kepada peminat kekacang, saya yakin crunchy ini mampu memenuhi selera anda diluar sana.. Sambil kita makan sambil kita jaga kesihatan.. Tak gitu? Yelah, kekacang ni kan baik untuk kesihatan kita.. Jadi, tak rugi untuk anda craving terhadap crunchy ni.. Best tau.. Rugi tak cuba..!!

Testimoni Pelanggan SIL Twix Doorgift Murah di Kuala Lumpur

Ramai yang dah mencubanya dan sangat suka akan rasa yang ada pada setiap produk keluaran SIL Twix ni.. Ada yang berkali-kali repeat order.. Kalau anda tak percaya akan kelazatannya, jom kita lihat apa kata pelanggan SIL Twix ini..

testimoni-sil-twil-chocolate-doorgift-kuala-lumpur (1)

testimoni-sil-twil-chocolate-doorgift-kuala-lumpur (2)

testimoni-sil-twil-chocolate-doorgift-kuala-lumpur (3)

Bagaimana Untuk Tempahan Doorgift Murah di Kuala Lumpur ?

Mereka dah rasa.. Anda bila lagi? Jom dapatkan sekarang biskut bersalut coklat premium Sil Twix Fingers dan Sil Twix Crunchy dari SIL Twix ini sekarang juga.. Rasakan sendiri kelazatan dan keenakannya.. Ok, untuk mendapatkan 2 produk keluaran SIL Twix ini, anda boleh dapatkannya melalui maklumat seperti dibawah ini..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Jom Order Doorgift Coklat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order Doorgift Coklat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Doorgift Coklat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: