Islam
Apr 18, 2018, 12:37pm

Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Tafsir Serta Fadhilatnya


Solat fardhu merupakan amalan yang wajib dikerjakan oleh umat Islam tidak kira di mana sahaja mereka berada. Hal ini kerana, ia merupakan perkara pertama yang akan dihisab apabila dbangkitkan kembali dari alam kubur.

Solat fardhu Doa Selepas Solat Fardhu

Solat fardhu juga menunjukkan bahawa setiap umat yang menganut agama Islam mematuhi perintah Allah SWT. Solat yang dijalankan 5 kali sehari tidak mengambil masa yang lama malah sesiapa yang mengerjakan solat 5 waktu, mereka akan diberikan pelbagai kelebihan dari Allah SWT.

cara solat fardhu dengan betul dan Doa Selepas Solat Fardhu

Setiap solat pasti akan didatangi dengan doa. Doa merupakan pelengkap kepada ibadah anda dan juga menunjukkan bahawa anda bergantung kepada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang untuk menunaikan permintaan anda.

Doa Selepas Solat Fardhu yang mudah

Jadi, doa selepas solat fardhu adalah diperlukan agar anda sentiasa mengingati Allah setiap kali anda selesai menunaikan solat. Jika anda masih baru belajar, doa selepas solat fardhu bersama tafsir dan fadhilatnya akan dikongsikan di bawah.

Doa Selepas Solat Fardhu

1. Doa Cara Pertama

Doa Selepas Solat Fardhu yang boleh diamalkan

Bacaan Doa Tulisan Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil muraslin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud Doa:

Doa Selepas Solat Fardhu dan maksud

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

2. Doa Cara Kedua

Doa Selepas Solat Fardhu yang panjang
Bacaan Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.
Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.
wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.
Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.
Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Makna Doa:

Doa Selepas Solat Fardhu berjemaah

Dengan nama Alah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kam agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

3. Doa Cara Ketiga

Doa Selepas Solat Fardhu yang wajib dihafal

Maksud Doa:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh Alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikkanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon kepadaMu segala kebaikan sama ada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya sama ada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat – sahabat Baginda.

Fadhilat Doa Selepas Solat Fardhu

Fadhilat solat dan Doa Selepas Solat Fardhu
Setiap doa yang diamalkan pasti akan mempunyai fadhilat terhadap kesejahteraan hidup anda di dunia dan juga di akhirat. Doa selepas solat fardhu juga mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Antara kelebihan – kelebihan doa selepas solat fardhu termasuklah;

1. Diberikan Petunjuk

Fadhilat dalam Doa Selepas Solat Fardhu

Doa selepas solat ini seringkali berkaitan dengan meminta petunjuk dari Allah SWT di mana anda akan berdoa untuk diberikan petunjuk dan hidayah. Jika anda berasa sesat atau tidak dapat membuat keputusan dengan baik, maka anda boleh mengamalkan doa selepas solat fardhu untuk mendapat petunjuk dari Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Anda mungkin menerima pentunjuk tersebut dari mimpi atau pelbagai cara yang lain.

2. Diampunkan Dosa

Doa Selepas Solat Fardhu diampunkan dosa

Di dalam doa selepas solat fardhu juga terdapat beberapa kalimah yang bermaksud kita sedang meminta ampun dari Allah SWT dan meminta agar Allah SWT yang Maha Pengampun mengampuni dosa kita. Kadangkala kita tidak sedar bahawa kita sedang melakukan dosa, dan kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada dosa tidak kira sama ada dosa yang kecil ataupun dosa besar. Maka, kita boleh mengamalkan doa selepas solat untuk mendapatkan keampunan dari Allah SWT.

3. Kesejahteraan Hidup

Doa Selepas Solat Fardhu menjamin kesejahteraan

Setiap manusia yang hidupnya berpaksikan Tuhan, nescaya akan mendapat hidup yang sejahtera. Apabila kita berdoa, kita sedang meminta tolong dari Allah SWT agar kita dikurniakan hidup yang sejahtera. Dengan kuasa Allah SWT, hidup kita akan bebas dari belenggu masalah yang boleh membuatkan kita tertekan dan juga tidak mampu untuk meneruskan perjuangan. Kembalilah pada Allah dengan mengamalkan doa ini, inshaAllah tiada apa yang boleh menghalang anda dari mendapatkan kesejahteraan hidup.

4. Dilapangkan Dada

Doa Selepas Solat Fardhu untuk lapangkan dada

Kita juga sememangnya tidak dapat lari dari masalah, tetapi cara kita menyelesaikan masalah tersebut menunjukkan bahawa kita merupakan manusia yang sentiasa mementingkan kesejahteraan diri. Amalan doa selepas solat fardhu boleh membantu anda untuk sentiasa tenang ketika menjalankan urusan hidup dengan izin Allah SWT. Jangan lupa untuk sentiasa mengamalkan doa ini sebagai rutin harian hidup anda dan inshaAllah, dada anda akan sentiasa terasa lapang meskipun didatangi oleh pelbagai ujian.

Doa Selepas Solat Fardhu dan fadhilat

Amalan doa akan sentiasa memberikan anda pelbagai kelebihan yang akan membuatkan hidup anda akan sentiasa sejahtera dan bahagia. Malah, anda juga telah dijanjikan untuk mendapat tempat di kalangan yang beriman dan beramal soleh sekiranya anda menjalankan perintah Allah SWT dengan baik dan ikhlas. Selamat beramal.

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: