Diet Plan
Apr 17, 2014, 1:56pm

Diet Atkins Malaysia Berbahaya !


  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai yang masih risau dan tidak yakin dengan Diet Atkins Malaysia. Mereka kata diet atkins adalah tidak berkesan dan diet yang boleh bawa kepada penyakit berbahaya.

Diet yang hanya makan telur ! Diet tidak makan nasi ! Diet yang gila ! Diet yang boleh menyebabkan kelaparan melampau !

Dan ada yang email dan PM saya di Facebook.

Hariz betul ke kenyataan mereka mengenai Diet Atkins itu?

Saya cuma mampu tersenyum dan terkadang rasa macam. Err depa ni dah ada ilmu ke belum? Sudah study ke belum mengenai Diet Atkins itu apa? Dah cuba ke belum? Yang buat kenyataan yang melampau itu. Bila saya tanya depa,

Tahu tak kenapa Diet Atkins tak makan nasi dan rendah karbohidrat?

Tak tau pula nak jawab, sebab kebanyakkan yang buat kenyataan macam tu cuma “Dengar orang kata“. Tidak buat kajian sebelum lemparkan kenyataan.

Sumber gambar : Kevin Zahri

Fakta Diet Atkins Malaysia

Terus terang saya cakap, saya memang pengamal diet atkins dalam masa yang sama saya pun ada pengalaman dalam Diet Seimbang dan hasilnya berjaya menurunkan berat badan 17kg selama 2 bulan. Kedua-dua diet ini ada kelebihan dan kekurangannya. Tetapi perlu ingat, sebelum anda buat apa-apa diet anda wajib study dulu dan faham betul-betul baru buat. Jika minta pendapat saya, Diet Atkins berbahaya ke?

Diet atkins akan berbahaya bila anda tidak ada ilmu dan tidak ikut Peringkat Diet Atkins dengan betul !

Jika berminat boleh baca Diet Atkins Peringkat 1 Induction atau follow blog saya selalu kerana saya selalu mencari ilmu mengenai Diet Atkins. Bagi yang ada duit dan tak sabar nak ada ilmu Diet Atkins boleh dapatkan ebook Kurus Dengan Diet Atkins (Atau PM di FB) .

Berikut adalah fakta diet atkins malaysia berbahaya yang telah berhasil oleh rakan-rakan saya.

  • Berat turun cepat
  • Kurang Lapar
  • Kulit bertambah cantik

Nak gambar? Sila follow instagram.

Sumber gambar : hellawella

Diet Atkins Tidak Sesuai

Berikut adalah Diet Atkins Berbahaya dan Tidak sesuai jika anda

  • Pesakit buah pinggang
  • Ibu Menyusu
  • Ibu Mengandung

Diet Atkins Untuk Darah Tinggi

Ada yang tanya “Saya ini sakit darah tinggi boleh ke amal Diet Atkins tak bahaya ke

Bahaya jika darah tinggi anda melampau atau kronik. Sebaiknya buat pemeriksaan doktor dulu. Bagi yang ada darah tinggi dan nak cuba juga diet atkins tiada masalah dengan syarat anda perlu patuhi tips di bawah.

  • Kurangkan penggunaan garam
  • Kurangkan makanan berminyak
  • Elakkan makanan berdarah iaitu daging
  • Tingkatkan aktiviti senaman cardio
  • Makan dalam kuantiti sederhana tetapi kerap
  • Elakkan stress

InshaAllah saya akan sertakan ujian tekanan darah sebelum dan selepas dalam masa sebulan diet atkins kepada anda sebab saya punya ada darah tinggi.

Diet Atkins Untuk Kencing Manis

Ramai rakyat malaysia yang menghidap penyakit kencing manis dan mereka tanya saya boleh ke amalkan diet atkins ni? Saya tak berani cakap boleh atau tidak sebab saya bukan pakar cuma sedang belajar. Tetapi inshaAllah berikut adalahn teori dan fakta diet atkins.

Program Diet Atkins ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula.

So, tidak salah untuk mencuba kan? Tetapi sebaiknya anda boleh minta nasihat doktor dahulu dan ada juga rakan saya yang buat Diet Atkins, alhamdulillah memang turun kencing manis dia tu 🙂

Sumber gambar : lolimage

Rasanya sudah jelas serba sedikit mengenai Diet Atkins kan? Berbahaya atau tidak? Nasihat saya buat anda adalah

Perlu ingat ! Kita nak diet ni biar serasi dengan objektif, keperluan dan cita-rasa diri. Baru enjoy dan happy Diet anda dan berjaya
Nak tahu lagi tips kurus? Teruskan membaca di Diet Plan #JomKurusPH dan anda pasti berminat dengan #JomKurusPH bantu menurunkan berat badan ! Jangan lupa follow saya di Instagram dan Facebook untuk mengikuti perjalanan diet menurunkan berat badan 20kg.