Umum
Jul 12, 2012, 11:38am

Didikan Ibu Bapa Masa Kini


  • 2
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares

Siapa tak sayang anak? Sebagai ibu bapa sudah tentu mereka mahu yang terbaik kepada anak-anak mereka dari segala aspek. Terkadang, adakah mereka sedar bahawa cara mereka menyayangi anak mereka boleh merosakkan anak mereka sendiri. Sayang yang bagaimana yang boleh dikategorikan sebegitu?

Didikan Ibu Bapa

Didikan Ibu Bapa

Cuba anda lihat anak-anak zaman kini, mereka terlalu menjadi kurang ajar. Pelajar melawan guru, Pelajar pukul polis, pelajar belasah ibu. Kenapa jadi begitu, bukankah mereka sebagai ibu dan bapa telah mendidik anak anak mereka dari kecil lagi. Apakah pengajaran dan didikan yang telah mereka berikan pada anak anak mereka selama ini. Adakah ini masih tidak mengcukupi?

Didikan Ibu Bapa Zaman Dahulu

Sebagai ibu bapa adakah anda masih ingat bagaimana anda di didik oleh ibu bapa pada zaman dahulu. Tentu anda tidak lupakan. Bagaimana caranya bila bertemu dengan orang yang lebih tua ? Rasa hormat sentiasa ada bersama diri sendiri bukan. Apabila ditegur kesalahan anda sudah pasti anda tak pernah ada hak untuk membela diri walaupun pada hakikatnya anda benar. Kenapa, adakah anda takut?

Pukul Anak

Kadang-kadang sudah semestinya didikan ibu bapa zaman dahulu membuatkan anak-anak merasa takut kepada mereka. Takut disini adalah hormat. Kerana pada zaman dahulu ibu bapa tak mahu mereka dituduh tak pandai mendidik anak. Jika dibandingkan zaman dahulu dan masa kini, anak-anak tahu menghormati dan menyayangi ibu bapa bukan itu sahaja malah jiran tetangga, guru-guru dan siapa sahaja yang lebih tua.

Kenapa Anak Muda Menjadi Kurang Ajar

Apabila melihat anak muda pada masa kini, Pasti persoalan yang sama berada di minda anda sebagai ibu dan bapa. Kenapa anak muda pada masa kini menjadi terlalu berani dan kurang ajar? Anak muda merempit sana sini. Belasah sini sana dan ada yang lebih teruk belasah guru, belasah ibu dan bapa kandung sendiri.

Anak Muda Kurang Ajar

Anak Muda Kurang Ajar

Cuba anda sebagai ibu dan bapa lihat anak-anak sekarang adakah mereka kenal siapa ibu bapa mereka? Tentu sekali mereka kenalkan. Tapi cuba tanya pada diri sendiri, Adakah rasa sayang dan hormat itu ada pada anak-anak anda? Sebenarnya apa yang ingin PH perkatakan disini, Kenapa anak muda pada masa kini menjadi kurang ajar !

  • Adakah kerana dibesarkan oleh pembantu rumah ?
  • Apakah kerana ibu bapa asyik dengan kerjaya sehingga tak tahu apa yang anak-anak buat?
  • Adakah sumber pendapatan yang diberikan kepada mereka tiada keberkatan?
  • Adakah kerana anda sebagai ibu bapa terlalu percaya kepada anak-anak?
  • Adakah anda terlalu sayang kepada mereka sehingga tidak nampak kekurangan pada diri mereka?
  • Adakah anda hendak menjadi ibu bapa yang sporting dan up to date mengikut peredaran zaman?

Apa yang boleh PH simpulkan disini, Sikap Ibu Bapa pada Masa Kini adalah terlalu sayang dan percaya kepada anak-anak mereka hingga merosakkan. Sehingga ibu bapa sanggup mempertahankan anak-anak mereka walaupun mereka tahu siapa anak mereka sebenarnya. Terkadang, ibu bapa pada masa kini, sanggup lakukan apa saja demi anak sehingga mereka terlupa cara itu merosakkan anak mereka.