Review
Jul 9, 2013, 4:32am

Denaihati.com Review


  •  
  •  
  •  
  •  

Sebagai blogger malaysia yang baru berjinak-jinak untuk melemparkan blog hariz lebih maju setapak kehadapan dengan menerima dan menawarkan advertorial daripada sesiapa yang berminat. Jadi dalam kesempatan ini saya cuba untuk menghasilkan sebuah artikel review tentang paparan baru blog Denaihati.

denaihati

Apa yang bakal direview ini adalah berdasarkan apa yang saya lihat dan fikir. Jika cadangan dan komen saya ini tidak betul dan salah sila perbetulkan dan seandainya review ini dapat meningkatkan kualiti blog denaihati maka saya amat berbesar hati untuk terus menerus memberi idea baru yang boleh dilaksanakan kepada rakan blogger dan sesiapa saja berminat untuk direview.

Indexing Issues

Menurut plugin SEO Doctor 1.6.2 (Sebuah plugin mudah untuk diagnosis SEO) halaman home page denaihati.com mengalami masalah PAGE INDEXABLE.

Review Denaihati Page Indexable

Cadangan : Menambah remove_action (‘wp_head’, ‘rel_canonical’); di Theme Functions (functions.php)

Footer

Jika dilihat pada halaman Footer sangat menarik untuk membuka mata pelawat dan juga pengiklan. Apa yang ada di footer? Terdapat lebih daripada 10 jenama syarikat-syarikat besar malaysia dan luar yang pernah bekerjama dengan denaihati.

Review Denaihati Footer

Cadangan : Jika boleh cuba saudara eizil centerkan logo Jenama Bersama Denaihati supaya nampak lebih segak.

Social Media

Social media merupakan salah satu faktor untuk cipta branding. Kepujian diberikan kepada Eizil dengan meletakkan satu ruang Denaihati di social media disini akan dapat menarik pembaca untuk turut sama mengikuti perkembangan Denaihati di laman sosial seperti facebook dan google plus.

Review Denaihati Social Media

Cadangan : Jika dilihat kelebaran “inner” adalah 1149. Supaya tidak membazir ruang saya cadangkan cuba tambah badge twitter dan instagram atau keek ?

Kategori

Artikel mengikut kategori merupakan nafas baru buat homepage denaihati. Jika saya pelawat baru saya akan tertarik untuk mengetahui “blog denaihati ini cerita tentang apa?” Jadi, mereka boleh tahu “ohh, ini rupanya blog denaihati yang selalu disebut-sebut keluar tv apa semua tu

Review Denaihati Category

Cadangan : Melalui alexa.com golongan yang kerap melawat denaihati adalah lelaki berumur lingkungan 35-44. Saya rasa boleh besarkan saiz font dari “11px kepada 15px”. Cuba lihat gambar font bersaiz 15px dengan warna yang saya cadangkan “#CE4F00” kiranya sesuai untuk golongan begitu.

Review Denaihati Category

Jika masih mahu kekalkan dengan warna tersebut boleh lihat paparan berikut dengan font bersaiz 15px

Review Denaihati Category

Sekarang bagaimana? Segak dak?. Bagi pandangan peribadi saya. Jika orang tanya apa itu blog denaihati ? Saya akan menjawab adalah “blog denaihati adalah hidup untuk memberi banyak anjurkan contest” jadi saya mahukan kategori “contest” terus berada di ruangan artikel mengikut kategori ! Selain itu saya merupakan pengikut setia “Kisahnya Secebis Hati” jadi saya pun mahukan kategori kisah kehidupan berada disitu ? Saya mahu orang lain pun tahu bahawa blog denaihati ada menganjurkan contest dan artikel berepisod.

Pages

Saya menghabiskan masa selama 8jam diblog denaihati untuk menyajikan artikel ini jadi saya ada perasan apa yang orang lain tak perasan mungkin. Jika di lihat pada ruangan pages 2, 3, 4 sehingga 165 boleh rujuk sini atau gambar di bawah. Border dan Inner bertindih.

Review Denaihati Page

Cadangan : Saya rasa eizil boleh buangkan <div class = “border”> <div> supaya kelihatan lebih segak seperti berikut

Review Denaihati Page

Sidebar

Susunan sidebar sangat menarik iaitu ruangan iklan, Entri Terkini dan Travelog denaihati. Semuanya memfokuskan kepada pembaca untuk terus bersama denaihati. Satu lagi kepujian buat eizil. Tetapi disitu ada satu kelemahan yang saya dapat kesan adalah seperti di ruangan kategori juga iaitu

Review Denaihati Sidebar

Cadangan : Saya cadangan besarkan sedikit saiz font daripada 11px kepada 15px

Review Denaihati Sidebar

Baru saya rasa pakcik-pakcik yang membaca di blog denaihati akan klik dengan senangnya.

Contact

Seperti semua sedia maklum ruangan contact merupakan elemen utama bagi sebuah website dan blog bagi memudahkan pelawat dan pengiklan untuk hubungi kita. Saya tertarik untuk menggunakan ruangan contact denaihati. Dan saya dapati ruangan contact denaihati bermasalah. Berkemungkinan saudara eizil tidak perasan atau terlepas pandangan. Cuba lihat paparan berikut masalah yang dihadapi.

Review Denaihati Contact

Review Denaihati Contact

Cadangan : Boleh cuba contact form seperti http://www.problogger.net/contact/ . 

Alhamdulillah, itulah serba sedikit hasil 8 – 9 jam tilik blog denaihati dan menghasilkan artikel Denaihati.com Review. Theme baru yang dicustomkan 100% oleh eizil dan kerjasama Denaihati Network adalah sangat segak dan menarik ! Jika saya ada duit saya pun mahu menukar theme blog profhariz.com ini kepada yang lebih simple dan bergaya seperti denaihati. Tetapi masih belum rezeki. Tidak mengapa hold dahulu dan terus pakai cubismo selagi boleh pakai. hehehe

InshaAllah. Semoga bermanfaat dan jika ada sebarang tambahan dan komen boleh tinggalkan komen anda diruangan di bawah ! Ehem-ehem, teringin sangat-sangat nak review buffet ramadhan dan produk kecantikan. Rasa-rasa boleh tak ? Hiks