Umum
Sep 7, 2010, 8:08pm

Datuk Sosilawati dilihat beli kerepek


  •  
  •  
  •  
  •  
Salam frends.. Baiklah disini Hariz nak update tentang Susulan Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati pada 30 Ogos yang lalu.. Bagi yang belum tahu tentang Datuk Sosilawati Hilang boleh lihat disini… Baru semalam polis berjaya menemui kereta dan peguamnya. Kali ini ada berita yang menyatakan Datuk Sosilawati dilihat beli kerepek, kuih untuk kakitangannya..

Jom kita lihat artikel daripada Bharian.. yang baru diupdate pukul 6.55PM Tadi..
KUALA LANGAT: Hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting di sini untuk diberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma sebelum dilaporkan hilang sejak seminggu lalu. Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise, kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu Khamis lalu. Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london. “Dari perbualan saya dengan Datuk (Sosilawati) ada beritahu kuih itu untuk kakitangannya, saya berbual kerana sebagai pekerja saya melayan Datuk selaku pelanggan. “Lebih-lebih lagi saya pengguna produk kecantikan yang diasaskan Datuk iaitu Nouvelle Visages,” katanya yang menambah Sosilawati memakai baju warna merah jambu dan seluar jenis legging hitam ketika datang ke kedai itu. Ina berkata, dalam perbualan itu, Sosilawati hanya memaklumkan beliau ada urusan perniagaan di pekan Banting. Katanya, Sosilawati dan lelaki yang dipercayai peguamnya itu beredar dari kedai berkenaan dua jam kemudian. Ahad lalu, Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak. Difahamkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya yang beliau mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini. Semalam, dua kereta mewah dipercayai milik Sosilawati dan seorang peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya. Kereta terbabit iaitu BMW X5, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana, USJ 1, Subang Jaya manakala BMW 5 siri dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan sebuah rumah teres berdekatan sebuah hotel di Subang Jaya. – BERNAMA
Tan Sri Musa mengatakan Datuk Sosilawati dan 3 rakan lelaki yang lain selamat pada buletin utama sebentar tadi... Prof Hariz :  Jom sambung kemas rumah.. Apa yang diharapkan pihak polis dapat menjawab tentang misteri kehilangan Datuk Sosilawati