Review
Oct 8, 2017, 4:37pm

Dapatkan Tudung dan Selendang Terkini


Tudung merupakan salah satu pakaian yang para wanita gunakan bagi menutup kepala mereka agar mereka dapat mencukupi syariat agama Islam dan tudung juga telah mengalami pelbagai perubahan dari segi bentuk, jenis dan nama. Seringkali tudung yang dikaitkan dengan wanita akan mempunyai corak, reka bentuk dan cara pemakaian yang baharu untuk mendapatkan tarikan wanita – wanita yang mahukan kelainan di dalam fesyen tudung mereka.

tudung-instant-shawl-hijau

Bawal Kanggaroo, Bawal Pucci, Shawl Diamond dan Shawl Arab merupakan jenis – jenis tudung yang dikenali ramai dan menambat hati para peminat tudung – tudung moden dan ramai juga artis – artis yang mengeluarkan jenama tudung tersendiri seperti Neelofa, Hanis Zalikha dan juga Nora Danish.

shawl-terkini

Bagi peminat selendang pula, banyak shawl yang terkini dikeluarkan khas untuk anda. Antara shawl terkini adalah shawl Butterfly, shawl Neelofa dan juga shawl Zara Zya. Di dalam populariti selendang yang digayakan, kita juga perlu tahu tentang cara – cara pemakaian selendang yang mudah supaya ianya lebih cepat siap dan tidak menyusahkan anda untuk menjalankan kehidupan seharian.

Bayangkan anda terlewat bangun pada hari anda bekerja, anda pasti mahukan selendang yang tidak memerlukan penggunaan yang terlampau sukar. Tambahan pula pin – pin serta kerongsang yang suka hilang menyusahkan anda untuk bersiap dengan lebih awal. Mari saya kongsikan cara pemakaian selendang yang mudah serta cepat supaya anda sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.

Jenis dan Selendang Yang Mudah Dipakai

Cara Pemakaian Selendang Mudah No. 1

Selendang ini adalah yang paling mudah dipakai kerana ia tidak memerlukan banyak pin dan juga kerongsang. Cara pemakaian ini diperkenalkan oleh artis tempatan kita iaitu Hanis Zalikha. Ianya sangat sesuai bagi anda yang mahukan pemakaian shawl yang cepat.

Tutorial Selendang Mudah No. 1

tutorial-selendang-1

  1. Samakan kedua – dua bahagian selendang di kiri dan kanan.
  2. Gunakan kerongsang untuk pin di bahagian dagu anda.
  3. Lilitkan bahagian kiri selendang anda di sekeliling tengkuk anda.
  4. Pinkan kedua – dua bahagian untuk tampak lebih kemas

Cara Pemakaian Selendang Mudah No. 2

Jenis pemakaian ini amat sesuai bagi anda yang mahukan pemakaian selendang yang lebih labuh tetapi masih juga mudah untuk diuruskan pada pagi hari anda yang sibuk.

Tutorial Selendang Mudah No. 2

tutorial-selendang-mudah-2

  1. Pastikan selendang anda lebih pendek di sebelah kanan.
  2. Pinkan selendang anda di bahagian bahu.
  3. Bawa selendang bahagian kiri anda ke atas kepala dan lilit sekali sehingga hujung selendang anda kembali ke bahagian kiri.
  4. Kemaskan dan pin bahagian yang diperlukan.

Cara Pemakaian Selendang Mudah No. 3

Cara pemakaian selendang ini adalah untuk anda yang mahukan penampilan yang elegan dan sesuai untuk apa jua majlis mahupun untuk ke pejabat. Ia memudahkan anda untuk tampil bergaya meskipun caranya begitu simple.

Tutorial Selendang Mudah No. 3

tutorial-selendang-mudah-3

  1. Pakai inner neck untuk memastikan tiada bahagian yang terdedah.
  2. Pinkan bahagian kiri di bahagian telinga anda dan biarkan bahagian kanan anda lebih panjang.
  3. Bawa  selendang di bahagian kanan tadi dan lilit sekali di keliling kepala anda.
  4. Pinkan lebihan selendang anda di bahu kanan.

Cara Pemakaian Selendang Mudah No. 4

Bagi anda yang berwajah bujur, cara pemakaian ini adalah yang paling sesuai kerana ia akan menyerlahkan lagi wajah anda yang berbentuk bujur.

Tutorial Selendang Mudah No. 4

tutorial-selendang-mudah-4

  1. Pakai inner neck anda.
  2. Masukkan selendang bermula dari bahagian dagu.
  3. Pastikan bahagian kiri anda lebih panjang.
  4. Pinkan bahagian kanan di atas kepala.
  5. Tarik bahagian kiri supaya ia melitupi bahagian yang anda pinkan tadi dan letakkan pin untuk kemasan terakhir.

Cara Pemakaian Selendang Mudah No. 5

Gaya terakhir mungkin adalah gaya yang paling mudah bagi anda. Namun, teknik ini agak mencabar bagi anda yang tidak mengamalkannya selalu. Jadi, anda boleh mencuba gaya ini beberapa kali sebelum anda menggunakan cara ini.

Tutorial Selendang Mudah No. 5

tutorial-selendang-mudah-5

  1. Pakai inner neck anda.
  2. Ikat hujung selendang anda supaya ia menjadi bulatan.
  3. Masukkan selendang dan pastikan bahagian yang diikat berada di belakang.
  4. Pusingkan selendang yang berada di bahagian hadapan.
  5. Masukkan selendang yang dipusing tadi diatas kepala.
  6. Gayakan dan pin mengikut keselesaan anda.

Selendang Schals – Selendang Yang Versatil dan Mudah

logo-schals

Sebagai wanita yang bekerjaya, anda pasti mahukan selendang yang membolehkan anda tampil cantik dan bergaya tetapi anda juga mahukan sesuatu yang mudah untuk diri anda yang sibuk dan tidak mahu membuang masa untuk mengenakan tudung sahaja. Tudung dan selendang terutamanya memerlukan anda menggunakan pelbagai pin dan juga brooch untuk menjadikan ia kemas dan juga bergaya.

koleksi-tudung-ryanees-1

Jika anda tidak mahu menggunakan sebarang pin ketika mengenakan selendang, Schals adalah jawapannya. Selendang ini diperbuat daripada bahan knitted shawl yang tidak panas agar kepala anda dapat bernafas dan tidak berpeluh meskipun anda terpaksa bekerja dan juga berjalan di bawah matahari yang terik. Selendang Schals adalah free size yang dapat memuatkan saiz XS sehingga L dan harganya bermula dari RM 59.00 hingga RM 69.00.  

Selendang ini juga didatangkan dengan 11 pilihan warna yang berbeza dan corak iaitu;

  1. Iris
  2. Daisy
  3. Mimosa
  4. Petunia
  5. Rose
  6. Peony
  7. Orchid
  8. Lily
  9. Dahlia
  10. Aster
  11. Tansy

Kenapa Anda Perlu Memilih Selendang Schals ?

Selendang Schals adalah selendang yang amat mudah digunakan kerana ia tidak memerlukan sebarang pin untuk dipakai. Bahan knitted shawl yang digunakan bukan sahaja tidak panas, malah anda tidak perlu menyeterika selendang anda. Jadi, terus sarung sahaja dananda boleh jalankan hari anda seperti biasa tanpa perlu risau akan penampilan anda. Kain selendang ini tidak jarang jadi anda tidak perlu memakai inner neck yang tebal untuk menutup bahagian tengkuk anda.

koleksi-shawl-schals

Selain itu, anda juga tidak perlu risau sekiranya anda seorang yang bergaya kerana selendang Schals ini didatangkan dengan pelbagai corak dan warna. Pilih sahaja mana yang anda berkenan di hati kerana setiap corak yang dibuat oleh selendang ini amat memikat hati sesiapa yang melihatnya. Ia sesuai bagi anda yang selalu melancong kerana kainnya tidak berat dan anda boleh membawa selendang yang berlainan ketika anda melancong bagi mendapatkan swafoto yang menarik untuk dimuatnaik ke Instagram anda.

schals-elegant
schals-sporty-1

Testimoni Pelanggan Selendang Schals

Mari kita lihat apa kata pelanggan yang menggunakan selendang Schals.

testimoni-tudung-schal-1

Seperti yang pelanggan ini katakan, no pin, no brooch, no iron. Dengan kain yang selesa dan tak panas pula tu.Terus sarung sahaja, memang mudah tetapi anda masih tampak elegan bersama shawl Schal.

testimoni-shawl-ryanees-2

Pelanggan ini pula siap buat koleksi shawl Schal pula. Jangan lupa, selendang Schal menyediakan pelbagai warna dan juga jenis jadi anda juga boleh buat koleksi anda yang tersendiri.

testimoni-tudung-schal-2

Nampaknya ada lagi seorang pelanggan yang bersetuju bahawa pemakaian selendang Schal ni adalah mudah dipakai dan juga selesa. Tidak perlu disiterika, tidak perlukan pin mahupun brooch.

Tudung Raqtive – Selendang Untuk Gadis Yang Aktif

tudung-raqtive

Bersukan adalah baik untuk kesihatan dan juga memberikan anda tenaga yang banyak untuk anda menjalani kehidupan seharian. Sekiranya anda adalah seorang wanita bertudung yang gemar bersukan, anda pasti pernah mengenakan tudung dan ketika anda membukanya, banyak peluh yang tidak diserap dan ini menyebabkan anda tidak selesa untuk bersukan dalam waktu yang lama. Tudung yang anda pakai mungkin tidak dibuat untuk anda bersukan kerana kebanyakan tudung menggunakan kain nylon ataupun satin di mana kainnya agak berat dan tidak sesuai digunakan untuk anda yang aktif bersukan.

model-tudung-raqtive

Tudung Raqtive dicipta untuk para wanita yang menggemari sukan dan juga menjalani hidup yang aktif. Ia diperbuat daripada bahan micro fibre di mana ia tidak jarang tetapi dapat membantu menyerap peluh ketika anda bersukan. Selendang ini juga tidak memerlukan pin dan cara pemakaiannya adalah sangat mudah sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk menggayakan tudung anda.

Kenapa Anda Perlu Memilih Tudung Raqtive Sebagai Selendang Anda Untuk Bersukan?

tudung-raqtive-wanita-aktif

Tudung Raqtive adalah dikhaskan untuk wanita yang menggemari gaya hidup yang aktif. Meskipun hidup yang aktif adalah digalakkan, wanita yang mengenakan tudung seringkali berpeluh dan menyebabkan pelbagai masalah yang lain. Tudung Raqtive yang diperbuat daripada bahan micro fibre dapat menyerap peluh dan juga boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Peminat – peminat marathon juga boleh menggunakan selendang ini kerana ia sangat ringan dan tidak membebankan anda ketika anda berlari. Penggunaannya yang tidak menggunakan sebarang pin membolehkan anda terus menyarungnya tanpa membuang masa. Tudung Raqtive didatangkan dengan saiz yang pelbagai iaitu dari saiz M sehingga XL jadi anda tidak perlu risau akan kekurangan saiz. Harga tudung Raqtive adalah RM 69.00

Testimoni Pelanggan Yang Menggunakan Tudung Raqtive

Tudung Raqtive telah mendapat tempat di hati pelanggan yang menggunakannya disebabkan ia mudah digunakan dan juga kainnya yang ringan dan serap peluh. Mari kita lihat testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan penggunaan tudung Raqtive ketika mereka bersukan;

testimoni-tudung-raqtive-1

Pelanggan yang menggunakan tudung Raqtive untuk marathon ini memuji keselesaan tudung ini dan dia ada menyatakan bahawa tudung ini adalah tudung kegemaran beliau untuk bersukan kerana ianya amat ringan dan mudah untuk dipakai.

testimoni-tudung-raqtive-2

Pelanggan ini pula baru sahaja mendapat tudung Raqtive beliau dan beliau tidak sabar untuk mencuba sendiri keajaiban tudung Raqtive ini. Anda pula bagaimana?

Tudung Raqtive berjaya menambat hati pelanggan ini dengan keselesaan tudungnya yang dipakai ketika bersukan. Sudah ramai yang berpuas hati dengan penggunaan tudung Raqtive ini, kini giliran anda pula untuk mencubanya.

Dapatkan Selendang Schals dan juga Tudung Raqtive Sekarang!

Sekiranya anda berminat untuk menempah Selendang Schals yang bergaya ataupun Tudung Raqtive agar anda sentiasa bersemangat untuk bersukan, anda boleh menghubungi penjual tudung ini di talian ataupun akaun media sosial seperti berikut:

red-orkeed

 

Jom dapatkan Shawl Ryanees @ Tudung Raqtive SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom dapatkan Shawl Ryanees @ Tudung Raqtive SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan Shawl Ryanees @ Tudung Raqtive SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: