Review
Sep 26, 2018, 11:20am

Dapatkan Plan Perlindungan Pendapatan Untuk Jaminan Masa Depan


  •  
  •  
  •  
  •  

Perlindungan adalah satu bentuk perlakuan yang amat diperlukan bukan hanya ke atas kanak-kanak dan bayi malah untuk golongan remaja, dewasa dan warga emas juga. Dalam erti kata lain perlindungan ini adalah satu kewajipan yang perlu dipersiapkan oleh si ketua keluarga dan perlindungan ini terbahagi kepada banyak jenis seperti perlindungan peribadi, perlindungan pendidikan, perlindungan Takaful dan bermacam-macam lagi. Setiap plan perlindungan tidak sepatutnya hanya termaktub untuk diri peserta itu semata-mata malah ianya juga harus merangkumi ahli keluarga tanggungannya yang lain.

pelan perlindungan pendapatan suami

Apabila menyebut isu plan perlindungan sebegini,  tidak dinafikan rata-rata yang mendengar perkataan ini pastinya akan membayangkan plan perlindungan dalam bentuk insurans seperti insurans pendidikan, insurans kemalangan, insurans perlindungan jika berlaku kematian dan sebagainya. Namun, hakikat yang sebenarnya masih ada satu lagi plan perlindungan yang harus semua orang ketahui kerana plan ini sememangnya sangat-sangat penting sehingga sama sekali tidak boleh di pandang enteng dengan begitu saja. Plan perlindungan yang dimaksudkan ini adalah PLAN PERLINDUNGAN PENDAPATAN yang juga dikenali sebagai INCOME PROTECTION.

pelan income protection murah

Plan Perlindungan Pendapatan Sangat Penting Untuk Setiap Individu

Plan perlindungan pendapatan untuk jaminan masa depan bukan sekadar omong kosong sebaliknya ayat itu tersangatlah benar dek kerana kemampuan plan itu sendiri yang benar-benar dapat membantu memberi masa hadapan yang lebih terjamin baik untuk peserta itu sendiri mahupun untuk seluruh ahli keluarga yang berada di bawah tanggungjawabnya.

bagaimana plan perlindungan pendapatan

Plan perlindungan pendapatan ini dapat menolong memberi masa hadapan yang jauh lebih cerah sekiranya berlaku sesuatu musibah di dalam kehidupan seseorang itu terutama apabila di timpa malapetaka kewangan yang turut dikenali sebagai financial disaster sebagaimana yang terjadi pada ramai orang di kalangan masyarakat di negara ini. Terdapat 3 (tiga) sebab utama mengapa disebutkan sebagai malapetaka kewangan atau financial disaster itu. Antara tiga sebab utama tersebut adalah kerana :

  1. Apabila berlakunya situasi tersebut maka seseorang itu tidak akan dapat lagi berkerja seperti biasa sebagaiman yang boleh dilakukannya sebelum ini
  1. Apabila tidak berkerja maka sudah semestinya seseorang itu tidak akan dapat lagi menjana pendapatan untuk menampung kehidupannya dan juga kehidupan ahli keluarga yang perlu di saranya
  1. Meskipun tiada pekerjaan dan pendapatan namun kehidupan tetap perlu di teruskan jadi dari mana ingin mendapatkan sumber kewangan? Dan bagaimana pula untuk ahli keluarga itu untuk terus hidup seandainya secara tiba-tiba berlaku kematian ke atas ketua keluarga yang mencari pencari sumber pendapatan tersebut.
cara elak muflis

Sebagai seorang individu terutama jika memegang peranan sebagai ketua keluarga yang perlu membanting tulang mencari rezeki untuk menyara tangungan, individu ini wajib memikirkan lebih jauh ke hadapan terutama sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Bayangkan tanpa dapat lagi bekerja dengan tiada lagi sumber pendapatan, bagaimana untuk diri sendiri dan ahli keluarga perlu lakukan untuk teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan sama seperti sebelum ini demi untuk membayar sewa atau pinjaman rumah, makan minum, pakaian, persekolahan anak-anak, kos kenderaan termasuk hutang bank dan minyak, ubat-ubatan ketika tidak sihat dan lain-lain lagi. Situasi yang tidak diingini inilah yang disebut sebagai ‘financial disaster’ kerana ianya benar-benar akan memberi impak yang sangat besar sekiranya benar-benar berlaku kelak.

Pelan Perlindungan Pendapatan terbaik

Plan Perlindungan Pendapatan Solusi Terbaik Untuk Mengatasi Musibah Financial Disaster

Solusi atau jalan penyelesaian yang paling tepat semestinya adalah dengan memiliki plan perlindungan pendapatan di mana ianya bukan hanya dapat menjadi ‘pemberi’ pendapatan sama seperti saat seseorang itu masih bekerja malah ianya juga dapat menjadi pembantu terbaik untuk memberikan kehidupan yang sepatutnya di kala seseorang itu tidak lagi mampu untuk berkerja seperti dulu. Bahkan jika berlaku kematian ke atas ketua keluarga itu sendiri, plan perlindungan pendapatan ini akan menolong dengan menjadi pelindung dari segi pemberi pendapatan terhadap ahli keluarga yang telah ditinggalkan.

bagaimanat takaful mengimbangi pendapatan anda

Sebagai contoh gambar ilustrasi di bawah ini, bagaimana mungkin kad perubatan yang dimiliki oleh seseorang itu dapat menampung kehidupan keluarganya yang terpaksa ditinggalkan itu kerana kad perubatan hanyalah ketika memerlukan perubatan sahaja bukannya ketika telah tidak dapat menjana pendapatan tersebut itu lagi. Situasi beginilah yang patut difikir lebih kerana masih ramai individu yang kurang peka akan kelebihan dan tujuan sebenar yang ada pada plan perlindungan pendapatan ini.

pendapatan selamat dengan takaful

Jadilah Individu Yang Bijak Berfikir Dan Bertindak

Ini pula contoh ilustrasi yang menunjukkan takaful Income Protection untuk seorang peserta lelaki yang berusia 30 tahun dengan jumlah pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Percaya ataupun tidak, hanya dengan bayaran sebanyak RM100 sebulan yang bersamaan sebanyak 5% SAHAJA daripada gajinya itu, beliau akan mendapat lima manfaat yang sangat menguntungkan iaitu :

plan perlindungan pendapatan suami isteri

1. Hibah Sebanyak RM200,000 Sekiranya Berlaku Kematian Atau Lumpuh

Ia bersamaan dengan 100 bulan pendapatannya atau hampir 10 tahun pendapatan jika berlaku kematian dan lumpuh. Fungsi income protection adalah untuk menggantikan pendapatannya yang hilang akibat tidak mampu bekerja apabila berlaku kematian dan lumpuh ini pastinya sangat membantu seluruh keluarga meskipun ketua keluarga tidak dapat meneruskan mencari rezeki lagi.

rancang masa depan dari sekarang

2. Hibah Sebanyak RM100,000 Sekiranya Menghadapi Penyakit Yang Kritikal

Telah nyata bahawa 70% kematian penduduk Malaysia adalah disebabkan empat jenis penyakit kritikal yang utama seperti diabetis , serangan jantung, stroke dan juga kanser. Jadi manfaat ini perlu sebagai sokongan untuk plan Income Protection ini yg bersamaan dengan 50 bulan gaji beliau yakni hampir 5 tahun gaji.

waiver untuk kes kritikal

3. Waiver

Fungsi waiver ini sangat berguna apabila berlakunya musibah seperti peserta menghadapi penyakit kritikal yang sudah tentu tidak mampu lagi untuk bekerja. Jadi dengan manfaat ini meringankan beban beliau utk membayar caruman takaful selepas disahkan mengidap apa-apa penyakit kritikal.

plan perlindungan gaji

4. Manfaat Ini Dapat Memberi Perlindungan Sehingga 100 Tahun

Kenapa 100 tahun? Ini adalah berdasarkan teknologi kesihatan dan perubatan dunia di mana usia jangka hayat manusia semakin hari adalah semakin panjang. Jika hanya diberikan sehingga 60 atau 70 tahun sahaja maka ianya tidak lagi boleh dipanjangkan ke 100 tahun. Tetapi jika di ambil sehingga 100 tahun, maka apabila telah sampai pada usia 60 ke 70 tahun nanti, pengguna akan dapat membuat pilihan samada ingin meneruskannya ataupun ingin tamatkan setakat itu sahaja. Cara yang terbaik adalah dengan mengambil tempoh paling paling yakni 100 tahun tersebut.

tentukan pendapatan masa depan

5. Hibah 100% Tanpa Sebarangan Pengurangan

Seseorang peserta itu boleh menghibahkan segalanya kepada pasangannya untuk 100% manfaat yang ada itu sekiranya berlaku kematian. Inilah yang dikatakan sebagai hibah yang sebenar di mana ianya boleh diberikan sepenuhnya sebanyak 100% tanpa ada apa-apa pengurangan.

takaful menceriakan kehidupan sekeluarga

Caruman Paling Rendah Untuk ‘Coverage’ Paling Tinggi!

Inilah dia plan terbaik yang patut dimiliki oleh semua kerana ia dapat memberi covarage (perlindungan) di tahap paling maksima hanya dengan jumlah bayaran yang sangat rendah! Terdapat begitu banyak plan HIBAH yang lebih nilai di luar sana tetapi mengapa perlu menyusahkan diri untuk membayar lebih hanya untuk mendapatkan tahap manfaat yg sama? Jika masih berasa was-was boleh bandingkan dengan plan HIBAH lain yang ada di pasaran.

coverage tertinggi dengan caruman rendah

Segera Dapatkan Plan Perlindungan Pendapatan Paling Bermanfaat Yang Boleh Melindungi Anda Dan Keluarga Sehingga 100 Tahun Ini !

Dengan adanya perlindungan sebegini segalanya akan terasa lebih selamat dan terjamin demi untuk menempuhi hari-hari mendatang yang sama sekali tidak boleh dibayangkan dari awal. Kerana itu saat ini semakin hari semakin ramai individu mengambil keputusan bijak dengan menjadi salah seorang peserta yang memiliki Plan Perlindungan Pendapatan ini. Anda bagaimana? Sudahkah anda memulakan langkah dengan memiliki Plan Perlindungan Pendapatan untuk jaminan masa depan anda sendiri ini? Jika YA, apa lagi yang sedang di tunggu tu? Dapatkan segera hari ini kerana masa sedang terus berjalan tanpa berhenti untuk menunggu anda!

infaq consultancy takaful

Sila hubungi wakil yang sah untuk maklumat lanjut di :

AFYAN CONSULTANCY | PLAN PERLINDUNGAN PENDAPATAN Hotline: Tekan untuk telefon (011-11235025) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: https://www.facebook.com/afyan.ifp Website: http://afyan.com

Address: INFAQ Consultancy Sdn Bhd No A, 2-1, Jalan Medan Selayang 1, Medan Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

Jom Dapatkan Plan Perlindungan Pendapatan Paling Bermanfaat SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Plan Perlindungan Pendapatan Paling Bermanfaat SEKARANG!