Review
Jun 26, 2018, 10:00pm

Dapatkan Khidmat Perundingan Harta Pusaka di Selangor


  •  
  •  
  •  
  •  
Perundingan Harta Pusaka Rumah

Kematian dan pembahagian harta pusaka sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tambah-tambah lagi apabila harta tersebut melibatkan aset-aset yang dipegang oleh bank-bank atau institusi kewangan dan sebagainya. Semuanya memerlukan prosedur yang tersendiri untuk pewaris menerimanya dengan mudah.

Perundingan Harta Pusaka Mahkamah

Kebelakangan ini, terdapat pelbagai masalah yang melibatkan harta pusaka dalam kalangan umat Islam seperti sikap waris yang tidak berpuas hati dan tidak mahu memberi kerjasama, tidak tahu dan tidak faham hukum faraid, tidak tahu mengurus serta tidak ada kesepakatan dan sebagainya lagi.  Kebanyakan harta pusaka mempunyai masalah yang sukar diselesaikan dan akhirnya aset beku umat Islam makin hari makin bertambah, iaitu terdapat RM66 billion aset beku pada tahun 2014.

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Harta Pusaka

Perundingan Harta Pusaka Emas
  • Langkah-langkah dan cara-cara yang betul mengikut aliran pengurusan harta pusaka umat Islam
  • Aset harta yang ditinggalkan oleh seseorang yang sudah meninggal dunia mungkin akan mengalami pembekuan dan perlu diuruskan dengan betul.
  • Pihak waris boleh berurusan dengan pihak ketiga bagi menyelesaikan harta pusaka mengikut peringkat setelah selesainya pengurusan jenazah.
  • Anda harus mengenali para waris serta semua ahli keluarga.
  • Setiap waris perlu mengetahui tanggungjawab mereka serta hukum faraid supaya harta yang diamanahkan diagihkan dengan telus dan jujur.
  • Senarai semua aset dan harta serta hutang yang belum dilangsai perlu disimpan atau difailkan sebagai rujukan.
  • Pemilik harta harus menggunakan perkhidmatan pakar dalam menguruskan harta mereka supaya semua berjalan lancar dan juga pemilik harta perlu menyediakan dana yang cukup.

Kenapa Perlu Perunding Harta Pusaka?

Perundingan Harta Pusaka Wasiat

Perunding harga pusaka adalah mereka yang bertanggungjawab menyelesaikan urusan pembahagian dan pengurusan semua harta peninggalan si mati kepada waris mereka melalui beberapa fasa dan prosedur penting sebelum menyerahkan aset tersebut kepada waris yang berhak.

Perundingan Harta Pusaka Jongkong
  • Tidak perlu turun naik dan call sana sini untuk membuat proses tuntutan
  • Hutang dan harta pusaka diuruskan dengan mudah dan cepat
  • Harta dimanfaatkan oleh waris dan orang tersayang dengan selamat
  • Waris tidak termakan hak atau harta orang lain kerana pembahagian yang tepat akan dibuat
  • Waris akan mendapat manfaat daripada harta yang ditinggal dan diwariskan.

Wasiyyah Shoppee |  Perunding Harta Pusaka

Perundingan Harta Pusaka Logo

Wasiyyah Shoppee adalah sebuah syarikat perunding hartanah yang menguruskan pengurusan harta pusaka dan perancangan harta secara syariah di Selangor.  Mereka membantu anda menguruskan harta pusaka sejak dari proses penama harta sehinggalah sehingga waris mendapatkan harta. Seluruh proses akan diuruskan sehinggalah semuanya selesai.  Perunding harta pusaka dari Wassiyah Shoppe Berhad akan membantu anda menguruskan semuanya.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Wasiyyah Shoppe Berhad

1. Perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka

Perundingan Harta Pusaka Kunci

Wasiyyah Shoppe Berhad membantu waris melalui langganan perkhidmatan Al-Wasitah secara percuma di mana ia adalah‘propreitory’ dan ia hanya ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad sahaja kepada masyarakat. Pelanggan Al-Wasitah juga boleh menyediakan Dokumen Perlantikan Wasi dan Wasiat secara percuma tanpa sebarang kos.

2. Hibah

Perundingan Harta Pusaka Keluarga

Mereka juga menyediakan perkhidmatan hibah iaitu kaedah pewarisan harta yang ditulis di dalam Hukum Syarak. Masyarakat Islam Islam boleh menentukan siapakah yang bakal mewarisi harta mereka. Harta pusaka yang telah dihibah mengikut dokumentasi dan disertakan syarat dan rukun yang lengkap akan diasingkan dan tidak akan diagihkan mengikut hukum faraid.  Sebagai contoh harta yang boleh dihibah adalah hartanah, kenderaan, barang kemas, tabung haji, akaun pelaburan amanah saham, saham syarikat dan lain-lain lagi.

3. Harta Sepencarian

Perundingan Harta Pusaka Perjanjian

Kedua-dua suami isteri boleh menuntut harta sepencarian antara satu sama lain.  Dokumen Perjanjian Harta Sepencarian boleh dibuat ketika masih hidup bagi mengesahkan tuntutan dan hak masing-masing.  Dalam kes ini, harta sepencarian juga akan diasingkan sebelum harta pusaka diagih mengikut hukum faraid.

4. Pewarisan Perniagaan

Perundingan Harta Pusaka Cepat

Bagi si mati yang memiliki perniagaan, sudah pasti saham syarikat merupakan salah satu harta pusaka yang ingin diwariskan. Namun, kemungkinan si mati tidak ingin mengikut hukum faraid kerana sudah mempunyai individu tertentu untuk diwariskan dan telah dilatih,  Wasiyyah Shoppe Berhad menyediakan kaedah Pewarisan Perniagaan At-Tijarah Wasiyyah Shoppe Berhad untuk menjayakan matlamat ini.

5. Al Mutahabbah

Perundingan Harta Pusaka Wang

Tidak semua waris yang inginkan harta pusaka 100% dibahagikan antara mereka tetapi ramai yang inginkan sebahagian sahaja harta pusaka diwarisi kepada mereka manakala sebahagian lagi boleh digunakan untuk pelaburan dan dibangunkan serta diuruskan dengan teliti dan professional. Dengan Al Mutahabbah Wassiyah Shoppe Berhad, anda boleh menikmati harta pusaka dalam masa yang sama memberi manfaat kepada waris-waris nasab keturunan pada masa akan  datang.

6. Perkhidmatan Penyelesaian Harta Pusaka

Perundingan Harta Pusaka Lelaki

Bagi anda yang merupakan rakyat Malaysia yang telah mengalami kematian ahli keluarga dan ingin menuntut harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh si mati, anda boleh mendapatkan perkhidmatan berkaitan harta pusaka di Wasiyyah Shoppe Berhad.  Wassiyah Shoppee menawarkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka bagi kes Pejabat Pesaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil pada caj yang kompetitif dan tidak mengikut nilai harta pusaka yang ditinggalkan.

Sebab Wassiyah Shoppe Dipercayai Dan Menjadi Pilihan Ramai

Perundingan Harta Pusaka Tandatangan

Selari dengan misi dan visi Wassiyah Shoppe dalam menjadikan syarikat ini sebagai Personalized Service atau perunding harta pusaka mengikut syariah telus, tepat dan mudah kepada semua, ia juga amat berpatutan dari segi kos dan proses.  Terdapat pelbagai sebab kenapa Wassiyah Shoppe dipercayai dan sering menjadi pilihan ramai.

Perundingan Harta Pusaka Pantas
  • Wassiyah mempunyai pendirian bahawa penglibatan mereka dalam industri perancangan harta dan pengurusan harta pusaka secara Syariah adalah sebahagian dari ibadat Fardhu Kifayah.
  • Proses dan pelaksanaan mereka dijamin akan dilakukan dengan cekap dan pantas.
  • Wassiyah sangat amanah dan komited dalam menjalankan segala urusan pelanggan mengikut konsep syariah.
  • Wassiyah sentiasa memastikan maklumat yang telus dan tepat akan diberikan kepada pelanggan bagi mengelakkan masalah yang berlaku.

Kelebihan Mendapatkan Perunding Wassiyah Dalam Merancang Harta Pusaka

Perundingan Harta Pusaka Cepat

Perunding harta pusaka dari Wassiyah akan membantu anda menguruskan apa sahaja yang anda perlukan berkaitan pembahagian harta pusaka supaya tidak ada masalah yang akan berlaku sepanjang proses tuntutan harta pusaka dilakukan. Selain itu, terdapat banyak kelebihan dengan mengambil perunding Wassiyah dalam merancang harta pusaka anda.

Perundingan Harta Pusaka Berbaloi
  • Tidak termakan harta anak yatim dan saudara yang lain
  • Proses pembahagian harta dan tuntutan harta pusaka dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah
  • Harta boleh diwasiatkan untuk amal jariah anda sendiri sekiranya berminat
  • Harta pusaka tidak dibekukan dan dapat dimanfaatkan oleh waris dan mereka yang tersayang.
  • Anda tidak terbeban dengan kos pengurusan harta pusaka yang akan ditetapkan.
  • Segala proses pengurusan akan menjadi lebih lancar dan dijalankan secara profesional.

Jom Dapatkan Khidmat Perunding Wassiyah Sekarang!

Jangan bertangguh lagi. Dapatkan segera Khidmat Perunding Harta Pusaka Wassiyah Sekarang. Anda harus menggunakan perkhidmatan perunding Wassiyah bagi membantu memudahkan pengagihan harta pusaka anda dan keluarga.  Jom dapatkan khidmat perunding Wassiyah yang mudah, cepat dan aktif di Selangor!

Perundingan Harta Pusaka Profesional

PERUNDING WASSIYAH | DAPATKAN KHIDMAT PERUNDINGAN HARTA PUSAKA DI SELANGOR

ARMITAFIZATI MOHD ZIN Ketua Perunding Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad

Hotline: Tekan untuk telefon (013-2165305) | Tekan untuk WhatsApp