Review
Apr 12, 2018, 12:51am

Cuci Karpet Rumah Murah di Johor Bahru


Cuci karpet rumah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan masa dan tenaga untuk anda lakukannya. Karpet rumah yang penuh dengan kotoran, debu dan bakteria akan mengambil masa yang lama untuk bersih sepenuhnya sekiranya dicuci sendiri oleh anda sendiri.

cuci karpet rumah murah di johor bahru

Hal ini mungkin kerana cara cucian anda yang tidak sempurna atau tiada alatan cucian yang lengkap. Betul kan? Namun begitu, masalah anda boleh diselesaikan dengan mudah, pantas dan berkesan tanpa ada kotoran sedikit pun dengan adanya perkhidmatan cucian karpet rumah. Terdapat banyak perkhidmatan mencuci karpet rumah yang boleh anda dapatkan di serata negeri. Apa yang membezakan antara semua perkhidmatan yang terdapat dalam pasaran adalah kualiti perkhidmatan cucian dan juga harganya. Oleh itu, anda harus memastikan khidmat cucian karpet yang digunakan sangat murah, berbaloi dan dalam masa yang sama mempunyai kualiti kebersihan yang tinggi. Dimanakah terdapat perkhidmatan cucian karpet rumah yang murah dan berkualiti?

khidmat cuci karpet rumah murah di johor bahru

Di Johor Bahru, terdapat perkhidmatan mencuci karpet rumah yang sangat murah dan berpatutan yang wajib anda gunakan. Perkhidmatan cucian karpet tersebut dikatakan telah lama bertapak di Johor dan telah banyak membantu penduduk Johor bagi membersihkan karpet-karpet rumah mereka. Selain harga yang ditawarkan oleh mereka sangat murah dan berpatutan, mereka juga memudahkan urusan anda dengan cara anda tidak perlu ke mana-mana kerana mereka akan datang ke tempat anda sendiri bagi mengambil karpet dan akan menghantarkannya kembali kepada anda setelah selesai proses cucian dilakukan. Mudah bukan?

nak cuci karpet rumah yang terbaik

Untuk anda yang tidak mempunyai kenderaan, tiada masa dan mempunyai kekangan waktu untuk mencuci karpet rumah anda walaupun pada hari minggu dan cuti kerja, ataupun ingin jimat kos minyak atau tambang, anda boleh menggunakan perkhidmatan cucian karpet yang diperkatakan di Johor Bahru.

Clean4U Penyedia Servis Cucian Karpet Johor Bahru

clean4u perkhidmatan cuci karpet rumah murah di johor bahru

Perkhidmatan cucian karpet di Johor Bahru yang dikatakan itu adalah Clean4U. Clean4U merupakan servis atau perkhidmatan cucian karpet yang diyakini berkualiti dan mendapat sambutan ramai. Mereka terdiri daripada pasukan yang pakar, mahir, terlatih dan professional dalam perkhidmatan cucian karpet. Bagusnya, Clean4U bukan sahaja menawarkan servis cucian karpet rumah, tetapi ia juga menawarkan cucian untuk karpet kusyen kereta, sofa rumah, tilam dan macam-macam lagi. Kesemua kos untuk perkhidmatan cucian ini adalah sangat berpatutan dan murah yang tidak mungkin anda jumpa di mana-mana di luar sana. Untung jadi penduduk Johor Bahru, nak cuci karpet pun senang tak perlu ke mana-mana, tak perlu bayar mahal-mahal tetapi apabila dapat karpet nanti dah jadi cantik dan bersih, pastinya anda akan berpuas hati dan teruja. Untuk pengetahuan anda, Clean4U adalah perkhidmatan cucian yang disediakan oleh syarikat DKR SERVICE & SUPPLY SDN BHD. Syarikat DKR Service & Supply menawarkan pelbagai perkhidmatan dan salah satunya adalah perkhidmatan mencuci karpet, tilam, sofa dan sebagainya.

Perkhidmatan Dan Harga Cucian Karpet Clean4U

antara perkhidmatan cuci karpet rumah murah di johor bahru

Terdapat banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh Clean4U dan kesemua perkhidmatan cucian ini mempunyai harga yang berbeza mengikut cas pengiraan berdasarkan keluasan kaki persegi karpet yang ingin dicuci. Anda boleh rujuk contoh pengiraan yang disediakan. Clean4U bukan sahaja menawarkan perkhidmatan cucian karpet, tetapi juga perkhidmatan cucian sofa, tilam, kerusi kereta dan pelbagai lagi.

1. Perkhidmatan Cucian Karpet

kerja cucian karpet di johor bahru

Perkhidmatan utama yang dilakukan oleh Clean4U adalah perkhidmatan cucian karpet. Bagaimana pula dengan harga dan cas nya? Cas pengiraan karpet adalah berdasarkan keluasan kaki persegi = Rm1.30/kaki persegi. Ia bermaksud keluasan dan saiz karpet anda akan mempengaruhi harga perkhidmatan cucian ini. Anda boleh mengira kos dengan menggunakan formula seperti ini.

Contoh pengiraan:
Panjang x Lebar x RM1.30

Contoh:
Panjang = 10′, Lebar = 5′
10′ x 5′ x 1.30 = RM65

2. Perkhidmatan Mencuci Sofa

perkhidmatan mencuci sofa dan karpet di johor

Harga cucian untuk sofa di kediaman anda sangat berbaloi sekiranya dicuci dalam bilangan yang banyak. Semakin banyak sofa, semakin berbaloi anda. Untuk cucian 1 sofa yang berharga serendah RM30 manakala untuk sebanyak 7 sofa ianya berharga RM145. Anda sudah dapat menikmati penjimatan sebanyak RM65. Mencuci sofa bukanlah mudah tambah-tambah kalau kotoran yang melekat pada tilam sofa sangat degil dan susah untuk hilang.

  • 1 seater – RM30
  • 2 seater – RM50
  • 3 seater – RM70
  • 4 seater – RM90
  • 5 seater – RM110
  • 6 seater – RM130
  • 7 seater – RM145

3. Perkhidmatan Mencuci Tilam

perkhidmatan mencuci tilam rumah

Perkhidmatan mencuci tilam juga merupakan salah satu kepakaran Clean4U yang anda perlu gunakan. Harga untuk perkhidmatan cucian tilam sangat murah iaitu serendah RM30. Ia juga terbuka kepada semua jenis tilam seperti tilam single, double dan king. Tilam yang dibasuh oleh Clean4U pastinya akan memberikan hasil yang sangat memuaskan anda dengan wangian serta kebersihan tilam yang sangat memukau anda.

  • Single – RM30
  • Double – RM45
  • King – RM60

4. Perkhidmatan Mencuci Kerusi Kereta

cuci dan kilatkan sofa kereta di johor

Selain daripada perkhidmatan mencuci karpet, tilam dan sebagainya,  Clean4U juga menawarkan perkhidmatan mencuci kerusi kereta. Agak-agak kotoran kerusi kereta anda terlalu degil, anda boleh terus mendapatkan khidmat cucian daripada Clean4U. Harga bagi perkhidmatan cucian kerusi kereta ini juga bergantung kepada saiz kerusi iaitu kecil, sederhana dan besar. Selain itu, ia juga termasuklah dengna SUV dan MPV berdasarkan bilangan tempat duduk kerusi dalam kereta.

  • Kecil – RM80
  • Sederhana – RM90
  • SUV – RM100
  • MPV (7 seater) – RM130
  • MPV (9/11 seater) – RM170

5. Perkhidmatan Mencuci Kerusi

servis cuci perabot rumah

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Clean4U untuk mencuci kerusi. Untuk harga kerusi, ia juga berdasarkan kepada saiz kerusi iaitu kecil, besar dan sederhana.

  • Kecil – RM15
  • Sederhana – RM25
  • Besar – RM30

pilihan cucian karpet murah di johor bahru

Perkhidmatan cucian karpet, tilam, kerusi, kerusi kereta dan sofa yang disediakan sememangnya sangat berkualiti dari segi cucian, cara kerja, proses serta para pekerjanya dan tidak lupa juga dengan harganya atau kosnya yang sangat murah. Di samping itu, anda harus menggunakan perkhidmatan cucian dari Clean4U ini kerana terdapat banyak kelebihan dan sebab yang akan membuatkan anda benar-benar berpuas hati.

Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Clean4U

kelebihan servis cuci karpet johor bahru

Antara kelebihan perkhidmatan cucian karpet yang anda boleh alami melalui Clean4U servis adalah mereka sangat mesra pelanggan dan berpengalaman, proses cucian dan bahan cucian yang selamat digunakan, perkhidmatan yang berkualiti, harganya pula yang sangat berpatutan, murah dan berbaloi, mendapat jaminan kepuasan dan penyingkiran bau 100%. Selain itu, terdapat banyak lagi sebab-sebab kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan cucian karpet daripada Clean4U.

1. Mesra Pelanggan

cucian karpet mesra pelanggan johor bahru

Clean4U sangat mesra pelanggan dan mudah dirunding. Anda boleh menghubungi mereka pada bila-bila masa dan bertanya soalan, mereka sentiasa bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Pekerja Clean4U sangat mesra dan ramah dalam melayani para pelanggan. Mudahnya berurusan dengan mereka. Ada juga pelanggan yang memberi respon yang sangat positif seolah-olah mereka telah dilayan seperti VVIP.

2. Proses Cucian Dan Bahan Cucian Yang Selamat

proses cucian karpet murah di johor bahru

Clean4U juga menjadi pilihan ramai penduduk Johor Bahru kerana mereka akan mencuci karpet anda dengan bahan cucian yang selamat dan tiada penggunaan bahan kimia yang berbahaya. Anda tidak perlu risau dan bimbang akan keadaan karpet anda yang dicuci kerana Clean4U 100% sangat selamat dan diyakini ramai. Selain itu, proses cucian karpet yang digunakan juga sangat selamat dan tiada risiko. Bahan-bahan penggunaan semulajadi serta prosesnya yang efektif dan sistematik menjadikan Clean4U pilihan ramai.

3. Berkualiti

hasil cucian karpet murah johor bahru berkualiti

Perkhidmatan Clean4U dilihat sangat berkualiti kerana pekerja yang melakukan kerja adalah mereka yang sangat terlatih dan berpengalaman serta mereka menggunakan alat-alat yang bertaraf industri bagi menjalankan proses pencucian karpet, sofa, kerusi dan lain-lain lagi. Oleh itu, hasil cucian sangat berkualiti dan bersih adalah jaminan kepada anda yang ingin mencuci di Clean4U. Kelebihan inilah yang menjadi faktor Clean4U menjadi perkhidmatan yang terbaik di Johor Bahru.

4. Harga Berpatutan

cucian karpet harga berpatutan di johor bahru

Seperti yang anda dapat lihat, harga dan kos yang ditawarkan oleh Clean4U sangat berpatutan. Di Johor Bahru, harga perkhidmatan Clean4U servis sangat murah berbanding perkhidmatan lain. Anda tidak harus melepaskan peluang keemasan ini. Takkanlah anda mahu lepaskan peluang untuk mendapatkan harga yang jjimat, murah, berpatutan dan berbaloi?

5. Jaminan Kepuasan

jaminan kepuasan cucian karpet di johor bahru

Clean4U sentiasa memastikan anda berpuas hati dengan perkhidmatan cucian yang mereka sediakan. Kepuasan anda dijamin dan selaras dengan misi syarikat DKR Service dan Supply Sdn Bhd iaitu ‘Kepuasan Anda Matlama Kami’, begitulah jaminan kepuasan yang anda akan terima! Hebatkan? Pendek kata, anda akan berpuas hati dengan hasil perkhidmatan mereka.

6. Penyingkiran Bau 100%

cucian karpet hilangkan bau hapak di johor bahru

Perkhidmatan mencuci karpet daripada Clean4U berjaya menyingkirkan 100% bau karpet yang tidak disenangi. Bau-bau haiwan dan kotoran degil akan hilang sepenuhnya dan anda tidak perlu risau sekotor mana dan sebusuk mana pun karpet anda, Clean4U akan uruskan dengan baik dan berkesan. Bau dan kotoran tidak akan kelihatan sepenuhnya lagi.

Jom Gunakan Perkhidmatan Clean4U & Co

tukang mencuci karpet murah di johor bahru

Clean4U & Co sangat terkenal dengan kepakaran cucian karpet yang akan menjadikan karpet anda bersih, cantik, kemas dalam erti kata lain perkhidmatan cucian mereka sangat berkualiti tinggi. Ramai yang telah menggunakan perkhidmatan Clean4U dan sangat berpuas hati serta memberi respon yang sangat positif. Anda juga boleh menggunakan khidmat cucian Clean4U & Co untuk membersihkan karpet, sofa, kerusi kereta atau tilam anda dan sudah semestinya anda akan berpeluang merasai kebersihan dan kecantikan karpet anda. Caranya mudah sahaja, anda boleh terus menghubungi mereka melalui Whatsapp, facebook atau laman sosial mereka. Jom gunakan perkhidmatan Clean4U & Co!

Testimoni Mereka Yang Menggunakan Perkhidmatan Clean4U & Co

testimoni pelanggan servis cuci karpet murah johor bahru

Testimoni-testimoni yang ditunjukkan ini merupakan testimoni daripada mereka yang telah menggunakan perkhidmatan cucian Clean4U. Mereka semua benar-benar teruja dengan perkhidmatan cucian Clean4U dan menjadi pelanggan tetap untuk masa yang akan datang. Bagaimana pula dengan anda? Jom gunakan perkhidmatan cucian mereka sekarang.

CLEAN4U & CO | DKR SERVICE & SUPPLY SDN BHD
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-7121855) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Clean4u & Co
Instagram:
@clean4u.com.my
Website: http://clean4u.com.my
Email: clean4u.my@gmail.com

Alamat:
Clean4u & Co
No 25 , jalan Indah 22/5 Taman Bukit Indah 81200 Johor Bahru Johor

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: