Review
Sep 16, 2016, 4:59pm

Cuci Karpet Pejabat, Masjid dan Sekolah di Kuala Lumpur


  •  
  •  
  •  
  •  

Rasa terpanggil untuk menulis tentang ini. Sebabnya, mungkin ramai yang tak tahu atau tercari-cari servis untuk mencuci karpet rumah, pejabat, sekolah premis niaga di Kuala Lumpur ni.

Di rumah sendiri pun, karpet dan sofa dah berdebu dan kotor sebab sibuk dengan kerja. Kan best dan mudah kalau ada servis yang ‘trusted’ untuk setelkan hal ni.

capture

Eh, dengar cerita ada team yang best untuk setelkan hal ni. Servis tip-top dan caj pun berpatutan. Siapa? Abang Mie suka cuci-cuci la. Disebabkan Abang Mie suka sangat mencuci jadi jangan ingat dia hanya boleh cucikan karpet sahaja, dia punya servis boleh pergi ke skala lebih besar tau!. Cuci karpet surau atau masjid, karpet pejabat, premis perniagaan dan karpet sekolah pun dia boleh cuci. Kalau nak cuci tilam pun boleh. Abang Mie kan suka cuci-cuci.

Pernah atau tidak anda mengalami situasi-situasi sebegini:

4Situasi 1 : Masjid atau Surau.

Anda pergi berjalan-jalan lepas tu masuk waktu solat. Nak solat kat rumah, tapi lambat lagi nak balik, tak sempat. Jadi, anda pun pergilah mencari masjid atau surau yang berdekatan. Tak sampai 100-200 meter jumpa masjid. Rasa lega bukan main, laju ja masuk ke masjid tu.

Dah siap berwudhuk, masuk-masuk ja dalam masjid, alamak. Karpet berdebu, ada tahi cicak pula.Secara tak langsung, fokus anda masa solat terganggu sebab anda solat dalam keadaan tidak selesa. Pernah alami tak? Saya percaya bagi anda yang pernah mengalami situasi macam ni pernah terfikir, tak ada orang ke yang jaga surau ni? Tak ada orang ke yang tolong bersih-bersihkan dalam surau ni?

5Situasi 2 : Dalam Kereta

Dalam perjalanan yang panjang untuk pulang ke kampung misalnya, dengan 2-3 orang anak kecil lagi tak sah la kalau tak bawa makanan bekalan seperti berpiknik. Haruslah ada jajan, milo kotak, 100 plus, atau susu anak. Anak-anak kecil ni mana tahu makan sopan-sopan, kemas-kemas bagai, kalau tak tumpah, memang tak sah, dengan si suami pula bawa kereta kejap ke kiri kejap ke kanan. Habis la seat kereta anda yang sebelum ini dijaga dengan kasih sayang. Kena kotoran degil pula tu, jenis susah nak hilang. Stress!

7Situasi 3 : Sofa & Karpet

Anda dan suami nak buat majlis kesyukuran, tapi masa dah suntuk untuk buat persiapan. Dengan nak kemas rumah, dengan kerja di pejabat lagi. Kenduri nak buat lagi 3 hari. Selalunya kalau orang datang rumah, mesti lepak di ruang tamu. Dekat ruang tamu, antara benda terpenting bila sebut ruang tamu ialah, sofa dan karpet.

Letih jugak la nak cuci karpet baldu dari Pakistan yang anda beli tu, nak cuci sofa lagi. Malu la nanti orang datang tengok. Masa pula tak ada nak buat sendiri. Tak tau ada ke tidak servis untuk cuci karpet dan sofa dekat area-area KL ni.

3Dapatkan Servis Abang MIE Suka Cuci-Cuci di Kuala Lumpur.

Kalau anda pernah mengalami situasi-situasi di atas, anda tak perlu bimbang lagi. Serahkan saja pada yang pakar. Abang Mie suka cuci-cuci boleh tolong setelkan dilema anda semua. Cakap ja nak suruh diaorang cuci apa? Cuci karpet rumah anda yang kotor, karpet surau yang berdebu dan banyak tahi cicak, cuci seat kereta anda? Semua boleh.

6

Abang Mie suka cuci-cuci ni beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi kalau anda berada di luar kawasan yang disebutkan, anda boleh juga menghubungi Abang Mie sebab mereka ada team di seluruh Malaysia. Tudia. Power baq ang. Kira memang efisien dan diyakini punya servis ni. Siap ada testimoni lagi.

2

Servis cucian ni biasanya mengambil masa 2 jam sahaja, tempoh pengeringan pula bergantung kepada cuaca dan pengudaraan.

Harga Servis Cuci Karpet Pejabat, Masjid dan Sekolah di Kuala Lumpur.

Dengar macam gempak je Abang Mie Suka Cuci-cuci ni, tak mahal ke? Abang Mie Suka Cuci-cuci ni mengenakan bayaran yang sangat berpatutan dan bagi servis yang tip-top.
  • Seat kereta : Min RM 80 – Max RM 150 (bergantung pada model kereta). Kalau nak cuci item dalaman kereta juga boleh, tapi berlainan caj.
  • Permaidani/Karpet.
  • Kediaman – RM 1 untuk 1 kaki persegi.
  • Premis niaga, ruang pejabat – RM 1.50 untuk 1 kaki persegi. (boleh dibincangkan mengikut keluasan)
  • Masjid / surau – RM 0.50 untuk 1 kaki persegi.
(Harga paling minima dan sesuai bagi sesiapa yang nak buat amal jariah. Saham akhirat.)
  • Sofa : Min RM 35. (mengikut kelebaran dan seater)
  • Tilam. (Mengikut size) Single – RM 40 Super single – RM 50 Queen – RM 60 King – RM 70
 

Artikel ini Untuk Sewa Review Hubungi Profhariz.com Sekarang!