Kerjaya
Sep 18, 2018, 3:44am

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan 2018


Anda telah berjaya mendapat tempat untuk menduduki peperiksaan online Latihan Separa Perubatan yang akan berlangsung pada 25 September 2018 ini? Jika ya jutaan tahniah diucapkan dan rasanya artikel ini sangat-sangat berguna untuk anda kerana di sini akan dikongsikan pelbagai contoh soalan untuk anda membuat rujukan sebelum menghadapi peperiksaan online Latihan Separa Perubatan yang sebenar itu nanti. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapinya? Jika belum di sini ingin dikongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Psikometrik Latihan Separa Perubatan 2018.

Bagi anda yang juga telah memohon tetapi masih tidak mendapat sebarang maklumbalas berkaitan samada telah diterima atau tidak untuk menduduki peperiksaan online Latihan Separa Perubatan ini, ualls boleh membuat semakan sendiri secara online di sini >> http://e-semakanntt.spa.gov.my/  <<

Contoh Soalan Status

Cara untuk membuat semakan mudah saja, apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan memasukkan nombor kad pengenalan diri dan akan terteralah info samada anda layak ataupun tidak. Anda juga boleh menyemak maklumat peperiksaan ini melalui aplikasi mobile seperti telefon bimbit dan sebagainya sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sendiri seperti di bawah ini.

Contoh Soalan Perhatian

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang ini untuk para lepasan peperiksaan SPM dari kategori umur 17 tahun sehingga 25 tahun demi untuk melanjutkan pelajaran bertaraf Diploma bagi menjawat jawatan di dalam sektor kerajaan di seluruh negeri di Malaysia.

Dinyatakan bahawa terdapat sebanyak 1571 kekosongan yang telah dikhaskan untuk tahun 2018 ini maka sekiranya anda salah seorang daripada mereka yang turut terpilih untuk menduduki peperiksaan online ini bermakna anda sedang menuju ke arah yang betul untuk mencapai cita-cita di dalam bidang yang berkaitan dengan perubatan ini.

Contoh Soalan Misi

Untuk melayakkan diri untuk menjawat jawatan sebagai Separa Perubatan ini, para pemohon yang haruslah melalui beberapa fasa terlebih dahulu. Fasa yang disebutkan ini adalah dengan meluluskan diri untuk pelbagai latihan dan program yang telah ditetapkan kerana syarat utama sebelum boleh di lantik ke jawatan Pegawai Separa Perubatan ini adalah :

  • Lulus Peperiksaan Latihan Separa Perubatan
  • Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Menamatkan latihan dan kursus yang ditetapkan

Contoh Soalan Pelajar

Kerana itu Peperiksaan Latihan Separa Perubatan yang bakal berlangsung pada 25 September 2018 ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh kerana kegagalan untuk melepasi peperiksaan ini bererti sudah tidak boleh untuk ke tahap yang seterusnya. Peperiksaan Latihan Separa Perubatan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

  • Seksyen A untuk soalan dalam bentuk Psikometrik.
  • Seksyen B untuk soalan dalam bentuk Pemahaman Am.

Seksyen A: Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2018

Soalan di Seksyen A untuk soalan dalam bentuk Psikometrik ini sangat penting kerana hasilnya nanti akan dapat menilai sifat di dalam diri calon itu sendiri untuk mengukur tahap personaliti si pemohon. Antara sifat yang boleh diketahui hasil daripada ujian psikometrik ini adalah seperti nilai kejujuran, disiplin, kebolehan sosial, kestabilan emosi, kepimpinan, komunikasi dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa jenis pilihan jawapan yang akan diberikan dan para calon haruslah membuat pilihan berdasarkan penilaian yang paling terbaik dari dalam diri masing-masing.

Contoh Soalan Belajar

Soalan yang akan diajukan pada dasarnya tampak sangat ringkas dan pendek saja bentuk soalannya namun jawapan untuk soalan yang dianggap ringkas itu sebenarnya sangat besar hinggakan boleh menilai tahap peratus nilai diri yang positif dan juga negetif di dalam diri seseorang calon itu tanpa perlu di tanya dalam bentuk lisan secara berhadapan. Kerana itu para calon termasuk anda sendiri patut untuk mengetahui dengan lebih mendalam apakah cara sebenarnya yang harus digunakan untuk menjawab soalan bagi ujian psikometrik ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Psikometrik Latihan Separa Perubatan 2018

Di sini disertakan 20 contoh soalan untuk Contoh Soalan Peperiksaan Psikometrik Latihan Separa Perubatan 2018 dan semoga perkongsian ini dapat memberi lebih pemahaman dan gambaran bagaimanakah sebenarnya bentuk soalan yang akan diajukan nanti.

1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti

3. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti

4. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

6. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

7.Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti

8. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti

9. Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidak akan membuat sebarang aduan.

A. Ya

B. Tidak Pasti

C. Tidak

10. Saya lebih produktif apabila saya bekerja secara berkumpulan

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

11. Jika saya tahu tentang kenaikan pangkat tahun hadapan, saya akan bekerja dengan penuh dedikasi.

A. Ya

B. Tidak Pasti

C. Tidak

12. Sesuatu perkara boleh saya lihatnya secara positif.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

13. Untuk memastikan kemajuan sesuatu masyarakat itu, mereka perlu ada semangat tolong menolong antara satu sama lain.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti

14. Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti

15. Antara sumber inspirasi saya adalah kejayaan orang lain

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

16. Apabila dimarahi, saya akan melenting

A. Ya

B. Tidak Pasti

C. Tidak

17. Pada setiap masa, saya sentiasa suka dipandang kemas dan bersih.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

18. Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

19. Apabila berpindah ke tempat baru, saya yang akan memulakan perbualan

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

20. Masa tidur saya tidak teratur

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

Contoh Soalan Peperiksaan Psikometrik Latihan Separa Perubatan 2018 di atas ini hanyalah sekadar perkongsian untuk memberi gambaran untuk soalan ujian psikometrik yang sebenar dan janganlah terus mengaggap yang soalan-soalan ini akan muncul sepenuhnya di dalam peperiksaan Online Separa Perubatan yang sebenar pada 25 September 2018 yang akan anda hadapi itu nanti.

Kelebihan Ujian Psikometrik Diwujudkan Untuk Calon Separa Perubatan

Secara ringkasnya, motif sebenar mengapa diadakan ujian psikometrik ini untuk para calon separa perubatan ini adalah demi untuk mengetahui sikap dan tahap nilai-nilai murni yang ada di dalam diri para calon itu sendiri berdasarkan cara pemikiran, gaya hidup dan juga penguasaan keputusan untuk bertindak ke atas sesuatu situasi yang boleh berlaku kepada persekitaran anda terutama yang akan melibatkan masyarakat.

Contoh Soalan Mesra

Oleh kerana itu, untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Separa Perubatan ini, para calon wajib untuk lulus ujian psikometrik di bahagian Seksyen A ini untuk ditentukan yang para calon itu benar-benar mempunyai nilai-nilai positif yang sepatutnya di dalam diri masing-masing supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik setelah berjaya diterima untuk bertugas nanti.

Sifat negatif sama sekali perlu dihindarkan dan kerana itu anda haruslah memberikan fokus yang sepenuhnya untuk soalan-soalan peperiksaan ujian psikometrik ini supaya tidak tersalah memilih jawapan yang sepatutnya. Untuk pengetahuan anda juga ujian psikometrik ini adalah ‘perangkap rahsia’ yang sengaja di pasang oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) demi untuk menapis calon yang sesuai dengan sifat positif yang penuh di dalam diri.

Contoh Soalan Pesakit

Tips Terbaik Untuk Lulus Ujian Psikometrik Separa Perubatan 2018

Meskipun soalan ujian psikometrik untuk Seksyen A di dalam peperiksaan separa perubatan ini tampak sangat susah namun hakikatnya telah ada tips yang sangat berkesan bagaimana untuk menguasai bahagian tersebut hingga boleh mendapat keputusan yang sepatutnya seterusnya untuk lulusan peperiksaan online tersebut. Tips ini adalah daripada PROF HARIZ dan telah ramaipun calon-calon yang telah mencuba tips ini sebelumnya. Alhamdulillah tips ini sangat-sangat berkesan hingga berjaya membantu ramai calon-calon tersebut untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan online separa perubatan yang diadakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ini.

Contoh Soalan Tips

Contoh Soalan Emel

Contoh Soalan Semak

Contoh Soalan Nurul

Jika anda benar-benar mahu berjaya sebagaimana mereka yang telah memberi maklumbalas seperti di atas itu, sila pastikan supaya anda juga turut mendapat bantuan daripada Prof Hariz kerana beliau bukan hanya boleh membantu memberi bantuan dalam bentuk tips-tips yang berguna sebaliknya beliau juga boleh memberikan lebih banyak contoh-contoh soalan yang seakan sama dengan soalan ketika peperiksaan sebenar.

Beliau juga boleh menolong dengan menjawab soalan berserta dengan kata-kata motivasi demi untuk memastikan supaya anda dapat melalui peperiksaan tersebut di dalam keadaan yang paling bersedia. Dapatkan sekarang di :https://profhariz.com/latihan-separa-perubatan/

Segera Dapatkan Lebih Banyak Contoh Soalan Dan Tips Berguna Untuk Lulus Peperiksaan Ini Sekarang!

Peluang tidak akan datang berulang-ulang kali tambahan pula syarat untuk menduduki peperiksaan online separa perubatan ini ada berkaitan dengan umur. Jika anda gagal bagaimana mungkin untuk di cuba lagi berulang-ulang kali sedangkan usia anda semakin meningkat sehingga tidak dapat untuk memenuhi syarat asasnya lagi. Maka adalah lebih baik jika anda dapatkan bantuan daripada Prof Hariz supaya segera lulus untuk peperiksaan online untuk tahun ini.

Contoh Soalan Hariz

Apa tunggu lagi? Masa sedang berjalan! Segera hubungi Prof Hariz sekarang juga untuk mendapatkan khidmat professional beliau di https://profhariz.com/latihan-separa-perubatan/ supaya anda tidak merasa menyesal di kemudian hari. Selamat berjaya pada anda semua!

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: