Kerjaya
Sep 19, 2017, 5:00pm

Contoh Soalan Peperiksaan LHDN 20/09


  • 3K
  •  
  •  
  •  
    3K
    Shares

Soalan Lengkap Peperiksaan LHDN 20/09 ? Last Minutes? No Prob!! WhatsApp Prof Hariz di 012-5336713 SEKARANG!

Adakah anda terpilih untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Gred 41? Tahniah diucapkan kepada anda! Anda kini berpeluang untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif-LHDN Gred 41 yang mana pada tahun 2017 ini akan diadakan pada 20 September 2017. Berbeza dengan peperiksaan-peperiksaan yang lepas, terdapat penambahan baru yang mana sebelum ini hanya terdapat dua bahagian atau seksyen dalam kandungan soalan peperiksaan.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN

Pada tahun ini telah ditambah satu lagi bahagian yang mungkin menjadi cabaran bagi sesiapa yang akan menduduki peperiksaan ini. Nak ke Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ?

Pastikan Anda Terpilih Untuk Menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Sekiranya anda tidak pasti atau tidak mendapat maklumbalas mengenai Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini, anda boleh membuat semakan dengan melayari ke laman web berikut:

http://e-semakanntt.spa.gov.my

Anda diminta untuk masukkan kad pengenalan di dlaam ruang yang disediakan (tidak perlu meletakkan tanda sempang atau -, hanya masukkan nombor sahaja, contoh: 750101101234). Klik pada butang Hantar, dan sekiranya anda mendapat maklumbalas seperti gambar di bawah, maka tahniah! Anda kini terpilih untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41.

Jemputan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41  

Sekiranya nama tersenarai untuk menduduki peperiksaan ini, maka anda seharusnya membuat persediaan yang rapi supaya anda dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Tambahan pula, format soalan adalah berbeza daripada tahun yang lepas kerana kini ada diwujudkan satu seksyen baru yang akan benar-benar menguji anda untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan ini dengan betul.

Soalan Lengkap Peperiksaan LHDN 20/09 ? Last Minutes? No Prob!! WhatsApp Prof Hariz di 012-5336713 SEKARANG!

Haruslah diingat bahawa peperiksaan seperti Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 bukannya satu peperiksaan yang mudah, dan mengikut statistik, hanya 5 hingga 10% sahaja calon-calon peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 lulus dalam peperiksaan ini. Oleh itu, sekiranya anda terpilih, jangan membuang masa lagi dan anda amat disarankan untuk membuat persediaan serta ulangkaji supaya anda dapat lulus peperiksaan ini.

Apakah Jenis Soalan-soalan Yang Terkandung Dalam Peperiksaan Pegarai Eksekutif LHDN ?

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN

Bagi anda yang menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41, terdapat beberapa bahagian di dalam peperiksaan tersebut yang kita akan lihat dengan lebih teliti. Kita akan melihat satu per satu bahagian-bahagian yang terkandung dalam soalan peperiksaan tersebut dan disertakan sekali dengan contoh-contoh soalan dan cara menjawabnya yang betul. Bahagian-bahagian atau seksyen-seksyen yang terdapat di dalam peperiksaan tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen A (Pengetahuan Am) Tempoh masa: 40 minit Masa peperiksaan bermula: 8:00 malam Masa peperiksaan tamat: 8:40 malam Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) Tempoh masa: 50 minit Masa peperiksaan bermula: 8:55 malam Masa peperiksaan tamat: 9:45 malam Seksyen C (Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) – Seksyen baru untuk 2017 Tempoh masa: 20 minit Masa peperiksaan bermula: 10:00 malam Masa peperiksaan tamat: 10:20 malam

Ayuh kita lihat dengan lebih mendalam lagi apakah format soalan, bentuk soalan dan cara jawapan bagi setiap seksyen yang diyatakan di atas. Elok untuk kita sama-sama faham dan terapkan apa yang ingin diterangkan di sini supaya anda dapat melihat dan mengetahui contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif LHDN Gred 41 ini. Mari kita lihat.

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen A: Pengetahuan Am

Untuk soalan-soalang terkandung dalam Seksyen A bagi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini, soalan-soalan dalam seksyen ini adalah soalan yang menguji anda atas pengetahuan am mengenai negara Malaysia secara am dan secara terperinci, dan ia juga termasuklah soalan-soalan yang bertanyakan mengenai keadaan sekeliling anda. Format soalan bagi Seksyen A: Pengetahuan Am ini dalam Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini adalah berbentuk soalan objektif atau aneka pilihan (multiple choice), yang mana anda harus memilih jawapan yang betul (A, B, C, D) bergantung kepada soalan yang ditanyakan.

Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Contoh-contoh soalan dalam Seksyen A: Pengetahuan Awam dalam peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini adalah seperti berikut:

1. Cukai kepenggunaan semasa adalah: i. Cukai jualan ii. Cukai pintu iii. Cukai tanah iv. Cukai perkhidmatan A. i dan ii B. i dan iv C. ii dan iii D. iii dan iv (jawapannya adalah B. i dan iv) 2. Cukai Jualan diperkenalkan pada A. 3 Mac 1985 B. 31 Ogos 1963 C. 1 April 2015 D. 29 Februari 1972 (jawapannya ialah: D. 29 Februari 1972) 3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana? A. Kementerian Kewangan B. Kementerian Dalam Negeri C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (jawapannya ialah: A. Kementerian Kewangan) 4. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan? A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965 D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang (jawapannya ialah: B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara)

Contoh Soalan Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Soalan soalan dalam Seksyen B melibatkan soalan-soalan yang menguji anda dalam memahami pernyataan masalah dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Soalan-soalan sebegini akan menguji kemahiran analitik anda dan juga menguji anda dalam kebolehan menyelesaikan masalah yang diberikan. Kebiasaannya, soalan-soalan yang tergolong dalam daya menyelesaikan masalah ini terdiri dari soalan-soalan berasaskan matematik atau soalan-soalan berasaskan logik. Tujuan seksyen ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menguji anda supaya berfikir secara kreatif dan dapat menganalisis pernyataan masalah serta dapat membuast keputusan dengan tepat berdasarkan pernyataan masalah tersebut.

Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 Berikut adalah contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif LHDN Gred 41 yang tergolong dalam Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah, dan ia adalah seperti berikut: 1. Dalam sebuah jabatan yang menpunyai 1,500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setip hari ialah A. 1.33 % B. 2.67 % C. 4.00 % D. 5.33 % (jawapannya ialah: A. 1.33%) 2. Susun kembali huruf-huruf di bawah sehingga menjadi perkataan yang mempunyai makna dan pilih kumpulan bagi perkataan tersebut. MASALAHH A. Minuman B. Makanan C. Bandar D. Kenderaan (jawapannya ialah: C. Bandar, kerana MASALAHH sekiranya disusun semula akan jadi SHAH ALAM) 3. Pilih nombor yang terawal daalam susunan di bawah 18   27   36   45   54   63 A. 7 B. 8 C. 9 D. 10 (jawapannya adalah C. 9, kerana nombor-nombor tersebut adalah nombor gandaan 9)

Contoh Soalan Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

Soalan-soalan yang terkandung dalam seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris medupakan contoh soalan yang akan menguji anda sejauh mana anda faham sekiranya diberikan satu situasi yang diterangkan dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Kebisaannya soalan-soalan dalam seksyen ini berbentuk subjektif dan anda perlu menjawab dengan tepat dengan tempoh masa yang diberikan.

Contoh Soalan Seksyen C Pegawai LHDN Gred 41

Soalan-soalan berikut adalah bertumpu kepada satu teks yang disampakan dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris, yang mana anda perlu memahami konteks teks tersebut sebelum anda boleh menjawab soalan yang diberikan. Antara contoh-contoh soalan yang kebiasaannya berpandukan atau berasaskan satu topik adalah seperti berikut (contoh ini adalah dalam Bahasa Inggeris):

  1. In your opinion, why do you think that there are individuals in Malaysia do not own a house?
  2. The price of properties in Malaysia is continually growing year by year. What would you do if you have yet to purchase any property or have not owned a property?
  3. What is the highest Base Lending Rate (BLR) ever recorded?
  4. What are the drawbacks or liabilities that you will encounter if you are buying a house?
  5. If you were to buy a house, what sort of house would you prefer as a start, and why?

Kenapa Anda Wajib Lulus Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41?

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Siapa yang tidak mahul lulus Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41? Sekiranya anda lulus peperiksaan ini, ini bermakna anda akan dinaikkan pangkat dan juga anda akan berada di tangga gred gaji yang baharu, dan ada akan juga diiktiraf sebagai Pegawai Eksekutif, salah satu jawatan yang bukan calang-calang sekiranya anda merupakan penjawat awam dengan Kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini adalah masa hadapan anda dan kejayaan anda dalam peperiksaan ini akan menjanjikan kualiti hidup yang lebih baik dengan pulangan gaji dan elaun yang lebih tinggi di samping memikul tanggungjawab yang berat dan memberi peluang untuk anda berbakti kepada negara tercinta Malaysia.

Kenapa Anda Perlu Bekerja Dengan Kerajaan Malaysia?

Mungkin anda akan bertanya pada diri anda sendiri, kennapa anda perlu bekerja dengan Kerajaan Malaysia, dan apakah kelebihan yang anda boleh dapat sekiranya anda bekerja di sektor kerajaan jika dibandingkan dengan sektor swasta? Bagi sestengah orang, bekerja di sektor swasta mungkin adalah satu pilihan yang menarik kerana ia kebiasaanya menawarkan gaji yang tinggi jika dibandingan dengan bekerja di sektor kerajaan dengan taraf jawatan yang sama. Namun begitu anda mungkin tidak mengetahui apakah kelebihan-kelebihan yang anda boleh dapati sekiranya anda berada di dalam sektor kerajaan yang mungkin ramai tidak tahu.

Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Peluang bekerja di sektor kerajaan sebenarnya begitu banyak sekali. Terdapat lebih daripada 20 kementerian di negeri Malaysia, dan juga tidak termasuk badan-badan beruniform seperti polis, tentera dan pertahanan awam. Begitu luas sebenarnya peluang pekerjaan di sektor kerajaan. Memang menjadi lumrah bahawa gaji permulaan bagi pekerjaan di sektor swasta berbanding sektor kerajaan adalah lebih tinggi, tapi di sektor swasta terdapat kemungkinan bahawa anda hanya akan mendapat kemudahan perubatan untuk diri anda sahaja, anda tidak mendapat elaun atau gratuiti, dan agak sukar bagi anda untuk mendapatkan kenaikan pangkat. Oleh kerana inilah sektor swasta memberikan anda gaji yang tinggi. Jadi apakah kelebihan bekerja sebagai penjawat awam Kerajaan Malaysia?

Apakah Kelebihan Bekerja Dengan Kerajaan Malaysia?

Sekiranya anda bekerja di sektor kerajaan, anda akan dijanjikan beberapa faedah atau kelebihan-kelebihan sebagai pegawai kerajaan, termasuklah yang berikut:

Contoh Soalan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Elaun rumah – pada setiap bulan, setiap penjawat awam atau penjawat kerajaan akan diberikan elaun rumah yang dapat membantu anda dalam mengurankan beban bagi anda untuk menyelesaikan ansuran bulanan rumah atau sewa bulanan rumah

  Contoh Soalan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Elaun sara hidup atau COLA (Cost of Living Allowance) – elaun in, seperti yang dinyatakan, adalah untuk menyara hidup anda dan kadarnya berbeza bergantung kepada tempat dan lokasi pekerjaan anda dan ini bertujuan untuk mengurankan beban taraf hidup anda. Sesetengah kawasan menawarkan elaun COLA yang tinggi berbanding tempat-tempat yang lain bergantung kepada tempat atau kawasan bekerja anda.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN

Kenaikan gaji secara konsisten – sekiranya anda bekerja di sektor swasta, kenaikan gaji adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan ekonomi, sama ada syarikat yang anda bekerja mendapat kenuntungan, ataupun berdasarkan prestasi anda semasa bekerja, dan kadangkala ini tidak menjadi suatu perkara yang tetap sehinggakan ada yang bekerja di sektor swasta tidak pernah mendapat kenaikan gaji. Berbeza dengan bekerja di sektor kerajaaa, kenaikan gaji akan berlaku pada setiap tahun dan ini semestinya dapat membantu anda untuk menampung perbelanjaan yang semakin lama semakin naik.

  Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Faedah perubatan – sekiranya anda bekerja sebagai penjawat awam, secara amnya anda diberikan faedah perubatan percuma di kesemua klinik dan hospital kerajaan, dan faedah ini juga termasuk pasangan anda sekiranya anda telah berkahwin, anak-anak anda sekiranya anda telahpun mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak, dan juga kepada ibu bapa kandung anda. Di sektor swasta kebiasaanya faedah perubatan adalah untuk diri anda sahaja dan kadangkala ada hadnya, dan kadangkala untuk mendapatkan khidmat perubatan, anda perlu menggunakan duit anda dahulu dan menuntut kos perubatan di lain hari.

  Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Simpanan hari tua – sebagai penjawat awam, anda boleh memilih sama ada untuk mengambil pencen atau membuat caruman KWSP. Kebanyakan penjawat awam akan memilih pencen kerana ini akan menjanjikan pendapatan bulanan yang tetap walaupun anda telahpun bersara daripada perkhidmatan, dan ini merupaan satu jaminan dari kerajaan untuk anda meneruskan hidup anda dengan selesa.

Kemudahan pinjaman – sebagai penjawat awam, anda akan mendapat kemudahan untuk mengambil pinjaman di bawah kerajaan Malaysia untuk tujuan membeli kereta atau untuk membeli rumah. Ini adalah salah satu kemudahan yang sukar untuk dapati sekiranya anda bekerja di sektor swasta.

Sebenarnya terdapat banyak lagi faedah-faedah serta kelebihan-kelebihan penjawat sektor awam berbanding sektor swasta, seperti bonus dan imbuhan tetap, peluang untuk melanjutkan pelajaran, peluang kenaikan pangkat yang tetap dan macam-macam lagi. Di samping itu juga anda akan merasa bangga kerana anda dapat berkhidmat untuk negara Malaysia tercinta.

Apakah Kelebihan Bekerja Sebagai Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41?

Bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah merupakan tanggungjawab yang besar bagi penjawat-penjawat awam yang berpeluang untuk berkhidmat dalam salah satu lembaga yang terpenting di negara Malaysia ini, kerana hasil daripada komitmen yang gigih dan sokongan serta dedikasi daripada staf-staf Lembaga Hasil Dalam Negeri, negara Malaysi akan terus berkembang maju dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk di negara Malaysia secara amnya.

Fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri yang utama adalah sebagai satu agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang bertanggungjawab unutk memungut serta mentadbir cukai langsung negara. Ia bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia. Oleh itu, tenaga kerja yang berdesikasi amatlah diperlukan untuk LHDN terus kekal dan maju mencapai misi dan objektifnya, selaras dengan visinya iaitu sebagai Pentadbir Cukai Terunggul Yang Menyumbang Kepada Pembangunan Negara.

Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred

Adakah anda ingin membuat persediaan yang rapi dan menyeluruh supaya anda dapat menempuhi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dengan cemerlang? Adakan anda ingin mengetahu apakah format-format, contoh-contoh soalan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan berikut semasa peperiksaan berlangung nanti?

Rujukan Peperiksaan Pegawai LHDN

Usah buang masa anda lagi untuk mencari jalan penyelesaiannya sekiranya anda belum menjumpainya lagi. Masa amat suntuk dan anda perlu bertindak sekarang. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 anda.

TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA

TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

DISCLAIMER

Prof Hariz tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang Prof Hariz sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan. 

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!