Tahniah diucapkan kepada anda yang berjaya menduduki peperiksaan online Latihan Separa Perubatan yang bakal dijalankan pada 25.09.2018 ini. Adakah anda merupakan antara calon –calon yang terpilh? Sekiranya jawapan anda adalah ya, anda pasti sedang mencari contoh – contoh soalan yang bakal ditanya di dalam peperiksaan tersebut. Terdapat 1571 kekosongan yang ditawarkan khas untuk tahun 2018. Jadi, sekiranya anda terpilih untuk menduduki peperiksaan online ini, anda adalah selangkah dari mendapatkan kerja idaman anda.
Anda akan menyemak kelayakan anda di laman web SPA, paparan skrin akan menunjukkan bahawa anda akan menjawab soalan – soalan yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu ujian psikometrik dan pengetahuan am. Jadi, anda boleh melihat koleksi – koleksi contoh soalan online latihan separa perubatan yang bakal dikongsikan di bawah untuk dijadikan sebagai persediaan dan ulangkaji sebelum anda menduduki peperiksaan online yang sebenar.
Gelaran Pegawai Separa Perubatan hanya boleh diberi kepada individu yang telah menamatkan program khusus dan latihan khas dalam jangkamasa yang telah ditetapkan dengan jayanya. Syarat utama sebelum di lantik ke jawatan Pegawai Separa Perubatan adalah;
Soalan – soalan yang bakal ditunjukkan hanyalah soalan ramalan jadi anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada soalan – soalan ini. Soalan – soalan yang bakal anda duduki akan dibahagikan kepada dua bahagian dan saya akan menyenaraikan bahagian itu di bawah supaya anda dapat melihat format soalan dengan lebih jelas;
Seksyen A merupakan ujian psikometrik bagi peperiksaan online ini. Dalam ujian Psikometrik, calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya.
Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul. Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.
Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak-agak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam. Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang kita gunakan dalam menjawab soalan ujian Psikometrik.
Pastikan anda mendapatkan bantuan dari Prof Hariz untuk memastikan ada boleh lulus peperiksaan online ini dengan jayanya. Malah, Prof Hariz juga sedia membantu anda untuk pelbagai lagi tips – tips yang berguna dan menjawab semua soalan anda untuk laluan temuduga yang lancar. Jadi, pastikan anda menghubungi Prof Hariz sekarang untuk mendapatkan khidmat professional beliau. Dapatkan sekarang di :https://profhariz.com/latihan-separa-perubatan/
1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti
3. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti
4. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
5. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
7.Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti
8. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti
9. Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidak akan membuat sebarang aduan.
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak
10. Saya lebih produktif apabila saya bekerja secara berkumpulan
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
11. Jika saya tahu tentang kenaikan pangkat tahun hadapan, saya akan bekerja dengan penuh dedikasi.
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak
12.Sesuatu perkara boleh saya lihatnya secara positif.
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti
13. Untuk memastikan kemajuan sesuatu masyarakat itu, mereka perlu ada semangat tolong menolong antara satu sama lain.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti
14. Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti
15. Antara sumber inspirasi saya adalah kejayaan orang lain
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
16. Apabila dimarahi, saya akan melenting
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak
17. Pada setiap masa, saya sentiasa suka dipandang kemas dan bersih.
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti
18. Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti
19. Apabila berpindah ke tempat baru, saya yang akan memulakan perbualan
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
20. Masa tidur saya tidak teratur
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Dalam seksyen B, anda akan diuji dengan soalan pengetahuan am. Secara umumnya, anda akan diberikan soalan – soalan yang berkaitan tentang subjek dan juga skop yang luas secara global. Jadi, anda dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber Malaysia/ infrastruktur, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah, keselamatan dan pertahanan negara.
Dalam seksyen A ini, calon peperiksaan separa perubatan akan diuji dengan aspek-aspek berkaitan kesihatan umum, sains, sosial, budaya, pengetahuan am, maklumat perjawatan dan pengetahuan teknologi maklumat. Masa untuk menjawab ialah 40 minit. Seksyen ini mempunyai 50 variasi soalan yang perlu dijawab.
Berikut adalah tajuk – tajuk penting yang anda perlu mengulangkaji sebelum anda menduduki peperiksaan online tersebut;
1. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI
A. Yang Dipertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat
Jawapan : B
2. Pernyataan diatas adalah benar mengenai Padi Beras Nasional Berhad(BERNAS) KECUALI
A. Mengawal harga beras di Malaysia
B. Meluluskan lesen penanaman padi
C. Menjual padi secara borong dan runcit
D. Mengusahakan tanaman padi berskala besar
Jawapan : D
3. Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi ASEAN SUMMIT yang kesebelas pada tahun 2005. Bilakah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah
A. 1976
B. 1977
C. 1987
D. 1992
Jawapan : B
4. Senarai di bawah adalah kuasa yang terdapat dalam Majlis Raja-Raja kecuali
A. Mempertimbangkan hal berkaitan dasar negara
B. Mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang
C. Menyuarakan pendapat berkaitan agama islam
D. Menyemai hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
Jawapan : B
5. Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?
I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II.Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
Jawapan: D
6. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?
A. Bila anda berasa penat
B. Bila anda sudah bosan
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam
Jawapan: C
7. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI
A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.
Jawapan: D
8.Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI
A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam
Jawapan: A
9. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?
A. Makanan dimasak tidak sedap
B. Makanan dimasak oleh warga asing
C. Makanan tidak dimasak dengan baik
D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir
Jawapan: C
10. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai piramid makanan
A. Mee, nasi, bijirin, roti dan hasil bijirin dan ubi-ubian adalah makanan yang utama.
B. Mengandungi 5 kumpulan dengan 4 aras termasuk jumlah sajian harian yang dicadangkan.
C. Lemak, minyak, garam dan gula meningkatkan risiko penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan kanser.
D. 1500 kkal sehari cukup untuk seorang lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan.
Jawapan: D
11. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI
A. Strok
B. Merokok
C. Kerap hamil
D. Jangkitan HIV
Jawapan: C
12. Bagaimanakah kencing tikus boleh berjangkit pada manusia?
I. Dipindahkan menerusi air yang dicemari oleh air kencing binatang dan menyentuh bukaan kulit atau mata.
II. Dijangkiti menerusi air, makanan atau tanah yang dicemari kencing haiwan pembawa.
III. Melalui sentuhan kulit pada binatang yang menjadi pembawa.
IV. Menerusi air kencing binatang secara langsung.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
Jawapan: A
13. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara dan Kepala Utama Negara merujuk kepada
A. Sultan
B. Ketua Menteri
C. Perdana Menteri
D. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Jawapan: D
14. Dalam proses kejadian manusia, bilakah jantung mula terbentuk?
A. Selepas 1 minggu percantuman ovum dan sperma
B. Selepas 2 minggu percantuman ovum dan sperma
C. Selepas 3 minggu percantuman ovum dan sperma
D. Selepas 4 minggu percantuman ovum dan sperma
Jawapan: D
15. Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru. Bahagian yang dijangkiti ialah
I. Pundi-pundi udara
II. Saluran pernafasan
III. Kerongkong
IV. Tekak
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
Jawapan: C
16. Di antara berikut, yang manakah bukan objektif Intergrasi Nasional?
A. Melaksanakan program Integrasi Nasional ke arah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu.
B. Menjayakan program bentuk Lawatan Integrasi antara wilayah dan negeri ke arah mempercepatkan lagi proses perpaduan negara.
C. Memperkukuhkan kesedaran serta penghayatan cintakan negara dan semangat patriotisme di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.
D. Memelihara, memupuk dan meningkatkan persefahaman beragama dan kebudayaan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Jawapan: B
17. Sawan demam berlaku akibat daripada
A. Perubahan cuaca yang mendadak
B. Apabila suhu badan mencecah 39?C
C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
D. Perubahan gelombang otak secara mengejut
Jawapan: B
18. Berdasarkan pernyataan di bawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?
A. Mengandungi zat contohnya asid amino.
B. Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.
Jawapan: C
19. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panik?
A. Serangan jantung
B. Kerosakan saraf
C. Pening
D. Buta
Jawapan: C
20. Apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan
A. Gastrik
B. Sakit di bahagian perut
C. Sakit di bahagian kerongkong
D. Gastroesophageal Reflux Disease
Jawapan: D
21. Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah
A. 135 mmHg
B. 140 mmHg
C. 145 mmHg
D. 150 mmHg
Jawapan: B
Pastikan anda mendapatkan bantuan dari Prof Hariz untuk memastikan ada boleh lulus peperiksaan online ini dengan jayanya. Malah, Prof Hariz juga sedia membantu anda untuk pelbagai lagi tips – tips yang berguna dan menjawab semua soalan anda untuk laluan temuduga yang lancar. Jadi, pastikan anda menghubungi Prof Hariz sekarang untuk mendapatkan khidmat professional beliau. Dapatkan sekarang di :https://profhariz.com/latihan-separa-perubatan/
Berikut merupakan Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma;
Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Berikut merupakan Syarat Kelayakan Separa Perubatan bertaraf sijil.
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
**Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
Sekiranya anda berkhidmat di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, ini bermaksud anda akan berkhidmat untuk kerajaan Malaysia, dan anda bakal mendapat pelbagai kelebihan yang dinikmati oleh kesemua penjawat awam di Malaysia. Antara kelebihan – kelebihan yang anda bakal perolehi sekiranya anda mendapat latihan separa perubatan termasuklah;
Sekiranya anda mahukan lebih banyak contoh soalan yang lengkap dan tips – tips untuk menduduki peperiksaan online Latihan Separa Perubatan, anda boleh melayari https://profhariz.com/latihan-separa-perubatan/ . Prof Hariz merupakan seorang yang mempunyai pengalaman dalam membantu ramai orang yang menduduki peperiksaan online. Ramai yang telah lulus dan telah mendapat pekerjaan idaman mereka disebabkan oleh bantuan professional Prof Hariz.
Anda boleh melihat testimoni – testimoni yang diberikan oleh para peserta yang telah menduduki peperiksaan online latihan separa perubatan seperti di bawah;
Pastikan anda mendapatkan bantuan dari Prof Hariz untuk memastikan ada boleh lulus peperiksaan online ini dengan jayanya. Malah, Prof Hariz juga sedia membantu anda untuk pelbagai lagi tips – tips yang berguna dan menjawab semua soalan anda untuk laluan temuduga yang lancar. Jadi, pastikan anda menghubungi Prof Hariz sekarang untuk mendapatkan khidmat professional beliau. Dapatkan sekarang di :https://profhariz.com/latihan-separa-perubatan/
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang