Contest Blogger Terbesar 2018 Bagi RM15,000 Untuk 53 Pemenang

Pertandingan berjalan dari 29 October 2018 hingga 10 November

Salam blogger dan Salam 1 Malaysia.  

Julung kali diadakan Contest Blogger Terbesar Tahun 2018 bagi RM15,000 untuk dimenangi kepada 53 Blogger yang bertuah.  Untuk pengetahuan anda, Contest Blogger Terbesar 2018 ini terbuka kepada seluruh blogger di Malaysia tanpa syarat penyertaan melainkan anda mempunyai blog dan merupakan seorang blogger. Mudahnya untuk sertai Contest Blogger Terbesar 2018 ini!

Inilah masa yang sesuai untuk anda berkenalan dengan penganjur Contest Blogger Terbesar 2018 sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai panduan dan task contest ini. Contest Blogger Terbesar 2018 bernilai RM15,000 ini dianjurkan oleh PH Projectbase dan  penerbit Filem Operasi X iaitu Dream Pictures Production.

Operasi X sebuah movie aksi Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad.

Wauuu, menarik bukan? Untuk pengetahuan anda, Operasi X The Movie ini akan keluar serentak di seluruh pawagam Malaysia pada 1 November 2018.

Konsep Contest Blogger Terbesar 2018 ini sangat mudah dan sekali jalan sahaja dimana anda boleh mengikut panduan serta arahan pendaftaran Contest dan juga task yang perlu anda lakukan.  

Kami membuka peluang untuk lebih dari 300 penyertaan anda semua dalam contest blogger terbesar 2018 ini.

Paling penting sekali, task contest ini tidak akan menyusahkan anda dan tidak membezakan sama ada anda blogger baru atau sudah lama dalam dunia blogger!

Sudah tentu, blogger baru pun pasti tak sabar-sabar nak join contest ni.  Mari kita lihat syarat, arahan dan panduan penyertaan Contest Blogger Terbesar 2018.

  1. Contest Blogger Terbesar 2018 ini terbahagi kepada 3 jenis task yang wajib anda lakukan.
  2. Anda wajib mempunyai blog berdaftar sama ada platform blogger atau wordpress dan menggunakan 1 blog sahaja untuk 1 penyertaan. Seorang blogger hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
  1. Anda wajib menulis sebuah artikel berkenaan dengan Trailer Operasi X yang anda tonton di laman sosial Facebook Operasi XInstagram Operasi X atau Youtube Dream Pictures Production.
  2. Tajuk artikel yang dicadangkan adalah bebas mengikut kreativiti anda asalkan wajib ada perkataan seperti berikut ;
    > Operasi X Movie
    > Filem Terbaik 2018
    > Filem Terbaru 2018
    >Dream Pictures Production
    Wajib jadikannya sebagai keyword untuk penulisan artikel anda pada task 1 ini.
  3. Anda juga boleh hasilkan artikel yang lebih menarik dengan maklumat serta info yang mengandungi persoalan seperti berikut:
    • Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron?
    • Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yang Gempak!
    • Dream Pictures Production Melancarkan Operasi X Movie pada 1 November 2018
  4. Setelah siap dan anda boleh menghasilkan artikel di dalam borang yang akan disediakan dalam email anda nanti.
  5. Panjang penulisan haruslah 350 patah perkataan dan ke atas.
  6. Trailer Video boleh dilihat di link Youtube atau Facebook seperti di bawah:
  1. Setelah selesai task 1. Iaitu penulisan artikel berdasarkan Trailer yang anda tonton sebelum Tayangan Operasi X Movie di Pawagam, Bagi task 2, anda perlu ke pawagam dan wajib menonton Operasi X Movie bermula 1 November 2018 (Tayangan Di Seluruh Pawagam Malaysia).
  2. Anda perlu menulis satu artikel atau penulisan yang menceritakan pengalaman anda menonton Operasi X Movie di Pawagam tersebut.
  3. Anda wajib sertakan gambar selfie bersama tiket wayang pada artikel atau hasil penulisan di Blog anda.
  4. Panjang penulisan haruslah 350 patah perkataan dan ke atas.
  1. Setelah selesai task 1 dan task 2. Anda perlulah kongsikan artikel anda itu di Facebook atau Twitter dengan hastag #OperasiXTheMovie #OperasiX #DreamPicturesProduction dan tetapkan kepada public untuk memudahkan kami semak dan pilih pemenang.
  2. Anda perlu meletakkan Share Button Plugin di entry blog untuk memudahkan kami menilai share artikel terbanyak di blog anda. Jangan risau sekiranya blog anda tidak ada share button plugin, anda boleh hubungi Mesenger Profhariz bagi mendapatkan bantuan.

Pemenang akan dipilih berdasarkan 2 jenis kriteria mudah dan ringkas, asalkan anda menyiapkan ketiga-tiga task yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan!

  1. Review terbaik dan kreatif daripada pandangan producer akan dipilih sebagai pemenang.
  2. Share terbanyak untuk kedua-dua artikel hasil penulisan anda juga akan diambil kira.

Apa lagi, inilah masanya untuk anda berkongsi keseronokan menonton Operasi X The Movie serta berkongsi pengalaman anda di media sosial sebanyak mungkin!

Tidak syak lagi, mungkin andalah pemenang yang kami cari.

  1. Contest Blogger Terbesar 2018 ini dibuka kepada semua blogger seluruh Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 01/11/2018 kecuali kakitangan penganjur, syarikat gabungan, anak syarikat, agensi pengiklanan serta anggota keluarga terdekat masing-masing.
  2. Contest Peraduan bermula dari 29/10/2018 dan berakhir pada 10/11/2018.
  3. Review terbaik dan kreatif adalah bergantung kepada cara penyampaian anda dari segi watak-watak pelakon Operasi X The Movie, Perjalanan cerita filem dan juga pendapat anda mengenai keseluruhan Operasi X Movie.
  4. Panjang setiap artikel mestilah sekurang - kurangnya 350 patah perkataan dan ke atas
  5. Terma dan syarat Contest Blogger Terbesar 2018 adalah muktamad dan mutakhir daripada pihak penganjur. Hanya peserta yang berjaya mengikut panduan dan arahan task diberikan sahaja yang diambil kira sebagai peserta.
  6. Pemenang mesti mematuhi terma & syarat pihak penganjur.  Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya Pemenang tidak mematuhi Terma & Syarat Contest Blogger Terbesar 2018 ini.
  7. Semua kos atau liabiliti seperti kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi atau sebarang kos lain, yuran atau perbelanjaan yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  8. Pemenang akan diumumkan pada 15 November 2018 pada tempat yang akan diberitahu kelak.
  9. Setiap peserta perlu mendaftar borang dibawah dahulu, kemudian baru mengikut arahan di email untuk menghatar Task 1, Task 2 dan Task 3.

Nak Sertai Pertandingan Contest Blogger Dengan Hadiah Terbesar 2018? Isi Borang Ini Sekarang dan ikuti arahan di dalam email.

 

Jika ada mempunyai sebarang soalan terus messenger Team Prof Hariz. 

Pertandingan Blogger Contest dibawakan oleh PH Projectbase Resources & Dream Picture Production Sdn Bhd.

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.