Motivasi
Nov 21, 2013, 11:47am

Cinta Kasih Sayang Allah


  •  
  •  
  •  
  •  
Kasih Sayang Allah

Selalu kita tidak sedar bahawa Allah Al-Muhaimin senantiasa mengawasi setiap inci jasad dan jiwa kita. Dan tidak membiarkan kita pada diri kita walaupun kita senantiasa lupa dan tersasar daripada landasanNYA.

Allah Ar-Rahim walaupun kita ingkar dan tidak melaksanakan perintahNya iaitu tidak solat dan mengamalkan sikap mazmumah sehingga kita tidak sedar “SIAPA KITA dan APA TUJUAN HIDUP AKU”. Maka, Allah Al-Karim mulalah menghantar Ujian demi Ujian. Dugaan demi Dugaan. Musibah demi Musibah. Kesusahan demi Kesusahan supaya kita kembali dan sujud menangis di atas lantai untuk memohon perlindungan kepada Allah Al-Waliyy.

Kandangkala Allah Al-Hadi mendatangkan petunjuk melalui dalam mimpi seperti mati, menunaikan haji, seksa kubur dan pelbagai jenis mimpi yang akan membuatkan kita sebut dan memanggil-manggil namaNYA.

ALLAH. ALLAH. ALLAH. TOLONG AKU. BANTU AKU. AKU TAKUT YA ALLAH.

Sehinggakan sampai bangun daripada mimpi dalam keadaan cemas, takut, berpeluh, menangis. MashaAllah sangat beruntung jika mereka merasai akan hal ini.

Terkadang pula, Allah datangkan perasaan rindu yang mendalam terhadap diriNya. Secara tiba-tiba air mata mengalir dan sebak yang amat sangat dan hati kecil mula berkata :

Ya Allah, Aku Rindu padaMU Ya Allah. Aku Rindu Sangat-Sangat.

Kita merasakan seolah-olah Allah dekat sangat dengan hati kita dan dalam solat pula setiap gerak geri kita merasakan yang Allah AL-AZIM begitu HAMPIR, DEKAT dalam hati kecil yang dalam.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? – (Ar-Rahmaan 55:16)

MashaAllah, SubhanaAllah, Allahuakbar, Allah, Allah, Allah.