Umum
Nov 2, 2010, 9:32am

Cinta dan Harta


  •  
  •  
  •  
  •  

Cinta dan harta! Adakah cinta pada zaman kini tidak perlukan harta? Ataupun Jika memilih harta maka ia bukanlah cinta.. Hidup pada era serba moden ini.. Cinta dan harta memang tidak dapat dipisahkan… Cinta itu adalah suatu perasaan manakala harta itu adalah suatu kekayaan..

Cinta Harta

Cinta dan harta memang sah lagi bersuluh tidak dapat dipisahkan.. Bagai handphone dengan charger! Bagai laptop dengan broadband.. Bila disebutkan cinta.. Mampukah setiap pasangan bercinta hanya hidup atas Dasar Cinta tanpa punya Harta?

Bagaimana untuk melamar si kaum wanita ini jika? “Sayang hanya mencintaimu abang setulus hati, Sayang cintai abang bukan atas dasar harta” ? Biar susah tak pe.. Asalkan tertunai hasrat kita untuk┬ábersama.. Hanya kau kekasihku abang despatch..

Ohhh Apakah semua itu? Adakah kerja hanya despatch tidak boleh berkahwin? Pasti akan ada suara sumbang.. “Mampukah Si Leman itu nak sara hidup hang minah! Dia tuh despatch saja. Belajar setakat PMR.. Hang itu Belajar tinggi-tinggi.. Kerja pulak dalam office”.. Kita ini nak kahwin hanya sekali minah Pikiaq betoi-betoi..

Harta

Dan jika Cinta Atas Dasar Harta.. Sejauh manakah kebahagiaan yang ada atas dasar harta yang sementara ini.. Abang ini kaya weh cakap si awek kepada kawan-kawannya “Abang ni ada BMW X6.. Dia cakap dia sayang kat aku.. Dia nak masuk minang aku RM111,111,111 Tunai.. Kitaorang nak kahwin 2011 nanti iaitu pada tarikh plak 11/11/11”.. Kau jeles? Memang kompem kita orang bahagia.. Tapi dia sekarang kerja ngan bapak dialarhh.. Erkk?

Jangan Kau Melihat Kerana Wajah Ianya Boleh Menipu.. Jangan Pula Kau Melihat Kerana Harta Ianya Boleh Hilang.. Datanglah Kepada Orang Yang Boleh Membuatmu Tersenyum, Membuatmu Selalu Tertawa, Dan Membuatmu Merasa Dia Akan Selalu Disampingmu, Melindungimu dan Menyayangimu.

Jangan Kau Sia-siakan hidup untuk hari ini, Hidup Ini Terlampau Singkat,Bila Dilewatkan Bersama Pilihan Yang Salah

ProfHariz : Ohh Cinta Atas Dasar Harta… Mampukah menjamin kebahagiaan? Err..