Pelajar atau anak-anak anda terutamanya mereka yang akan menduduki peperiksaan penting seperti PT3, UPSR, PMR, SPM dan lain-lain lagi perlu mengambil perkhidmatan tuisyen ataupun kelas tambahan bagi menyiapkan diri mereka dengan lebih lagi supaya dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang dan gemilang!
Itulah yang menjadi impian anak-anak ini juga ibu bapa mereka. Justeru, ramai ibu bapa yang mula mencari-cari tuisyen tambahan dan tidak berharap pada pelajaran sekolah semata-mata. Bagi penduduk Puchong, Shah Alam dan sekitarnya, pusat tuisyen pastinya menjadi tujuan pelajar dan ibu bapa. Namun, pernahkah anda mendengar tentang cikgu tuisyen yang datang ke rumah anda di Puchong, Shah Alam dan sekitarnya?
Cikgu Tuisyen di Rumah Puchong dan Selangor – Homestar Quranic
Tuisyen di rumah sendiri sangat menyeronokkan kerana jelas anda tidak perlu ke mana-mana dan boleh melihat pembelajaran anak anda bersama gurunya. Cikgu tuisyen yang datang mengajar di rumah juga digelar sebagai private tutor. Ia juga memudahkan anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan duit tambang untuk bergerak ke tempat tuisyen yang jauh dan macam-macam lagi.
Kepentingan Tuisyen Di Rumah
- Tidak perlu berpanas dan berhujan untuk ke mana-mana
- 100% fokus dan dekat dengan cikgu
- Lebih mudah faham dan bertanya
- Kos yang berbaloi dengan perkhidmatan
- Boleh pelajari banyak perkara
- Menjimatkan masa pelajar
- Pakej yang menarik berbanding tuisyen biasa
- Lebih private, tidak bising dan tiada gangguan
Bagi anda yang menetap di Puchong dan sekitarnya, terdapat perkhidmatan tuisyen dimana cikgu tuisyen akan datang mengajar dirumah anda secara peribadi. Tak perlulah anda mencari pusat tuisyen luar lagi!
Homestar Quranic Dan Hometuition
Homestar Quranic dan Hometuition adalah salah sebuah organisasi yang menawarkan perkhidmatan tuisyen di rumah secara personal dan professional untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting dari segi akademi dan juga mereka yang ingin belajar pendidikan Islam atau agama seperti Al-Quran dan sebagainya. Homestar Quranic dan Hometuition menyediakan tutor atau guru yang berpengalaman, pakar dan terlatih. Subjek mata pelajaran yang diajar ialah semua subjek yang berkaitan UPKK, PT3 , SPM ,STPM, STAM, MUET dan Al-Quran & Al-Sunnah. Selain itu, Homestar Quranic dan Home Tuition ini juga menyediakan pakej-pakej pembelajaran yang menarik seperti program bahasa Inggeris dan juga program belajar mengaji.
Home Quranic dan Home Tuition ini berpusat di Putrajaya dan telah lama berkembang luas meliputi kawasan Shah Alam, Klang, Subang, Seri Kembangan, Balakong, damansara, Bangi, Kajang, Serdang, Puchong, Sepang, Cyberjaya, petaling jaya dan seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor dimana setiap tempat diuruskan mengikut cawangan yang berdekatan. Ia sangat diyakini dan dipercayai ramai pelajar dan ibu bapa malah mempunyai beberapa cawangan yang sangat hebat.
Cawangan Home Quranic Dan Home Tuition
- Cawangan Putrajaya & Bangi (HQ)
- Cawangan Nilai & Kajang
- Cawangan Subang & Damansara
- Cawangan Shah Alam & Klang
Cikgu Tuisyen | Tutor Homestar Quranic Dan Home Tuition
Semua tutor Homestar Quranic dan Home Tuition sangat berpengalaman, pakar dan terlatih. Para tutor Home Quranic dan hometuition ini bukanlah mereka yang tiada pengalaman dan mengajar secara suka hati, tetapi mereka ini merupakan tutor yang sangat-sangat berkualiti dan komited kerana mereka wajib di interview terlebih dahulu dan diberikan latihan 3 bulan sekali bagi memantapkan diri untuk mengajar. Antara latihan yang mereka ikuti adalah Symposium Tutor Traning dan lain-lain lagi.
Pakej Homestar Quranic Dan Home Tuition
Anda boleh mendapatkan pelbagai pakej pembelajaran yang disediakan oleh Homestar Quranic dan Home Tuition ini. Antaranya adalah Pakej Akademik, Pakej Pecutan Super, Pakej Mari Membaca, Pakej intensif cuti sekolah, Pakej Mengaji di rumah, Pakej Easy English Program dan Program Mudahnya Mengaji.
1. Pakej Akademik
Pakej Akademik termasuklah pembelajaran silibus sekolah yang akan diajar semula secara ulangkaji setiap minggu dengan konsisten kepada pelajar. Anda boleh memilih mana-mana subjek yang anda inginkan dan bayaran adalah per jam. Anda juga boleh memilih sama ada ingin belajar secara individu atau berkumpulan maksimum 3 orang. Untuk program Kasih pula, anda boleh belajar berkumpulan seramai 5 orang hanya dengan yuran bulanan yang rendah.
2. Pakej Pecutan Super / Pakej Mari Membaca / Pakej Intensif Cuti Sekolah
- Kelas pecutan super yang diadakan bagi mengulangkaji silibus-silibus peperiksaan kian hampir bersama cikgu tuisyen Homestar Quranic dan Home Tuition. Pelajaran dan kelas juga boleh dijalankan mengikut permintaan pelajar. Ramai yang telah berjaya mendapat gred yang tinggi setelah mengikuti kelas ini sejak tahun 2015 lagi.
- Kelas Mari Membaca yang membantu pelajar-pelajar yang berumur 4 tahun sehingga 12 tahun untuk belajar membaca dengan berkesan bagi mereka yang masih belum boleh membaca dengan baik. Sejak tahun 2014 lagi, Homestar Quranic dan Home Tuition berjaya menghasilkan pelajar yang cepat membaca malah permintaan untuk kelas ini semakin tinggi hingga sekarang.
- Kelas Intensif Cuti Sekolah yang akan membantu pelajar yang lemah dalam mata pelajaran untuk menguatkan dan mengukuhkan lagi pembelajaran mereka semasa musim cuti sekolah. Ia sering dijalankan ketika cuti sekolah yang panjang pada hujung tahun. Kehebatan Kelas Intensif Cuti sekolah ini adalah mereka menggunakan modul khas yang disediakan oleh Homestar Quranic dan Home Tuition.
Modul Khas Kelas Intensif Cuti Sekolah
- Sinar Math
- Oh My English
- Mari membaca
- Jom Mengaji
- Bahasa Arab
3. Pakej Mengaji Di Rumah
Pakej Mengaji di rumah ini merupakan pembelajaran Al-quran dan Iqra’ di rumah pelajar bersama ustaz atau ustazah yang berkelayakan dan berpengalaman. Bagi pembelajaran Al-Quran dan Iqra’ ini, anda dapat belajar mengaji sekaligus beserta tajwid. Kelas mengaji ini boleh diadakan secara individu atau berkumpulan tidak kira di rumah anda, masjid, kelas, sekolah dan sebagainya juga.
4. Pakej Easy English Program Dan Program Mudahnya Mengaji
Pakej Easy English Program Dan Program Mudahnya Mengaji ini adalah program atau kelas khas bagi mana-mana pihak pengurusan pejabat, sekolah, persatuan dan kejiranan yang berminat dalam memberikan pembelajaran Bahasa Inggeris dan mengaji kepada ahli-ahli atau pelajar mereka. Untuk lebih mudah, Homestar Quranic dan Home Tuition menyediakan tutor dan penceramah yang berkelayakan dan berpengalaman bagi menjalankan program English dan Mengaji kepada anda semua. Waktu dan tempat bagi program ini disediakan oleh anda dan ia terhad bagi 40 orang sahaja dalam 1 pasukan.
Kelebihan Homestar Quranic Dan Home Tuition
Homestar Quranic dan Home Tuition seringkali menjadi bualan para ibu bapa yang ingin mencari tuisyen yang terbukti berkesan dan berbaloi bagi anak mereka. Homestar Quranic dan Home Tuition adalah pilihan utama bagi mereka yang inginkan anak-anak belajar dirumah serta para guru yang berkualiti. Terdapat banyak sebab lagi kenapa anda harus memilih Homestar Quranic Dan Home Tuition sebagai tuisyen anak anda.
Kelebihan Pakej Dan Perkhidmatan
- Menjimatkan masa, wang dan tenaga anda kerana tidak perlu keluar menghantar anak ke tuisyen dan sebagainya
- Boleh mengikut pembelajaran anak anda bagi memudahkan kefahaman mereka.
- Boleh mengikut masa dan waktu jadual anda sendiri
- Mempunyai pelbagai pilihan pakej iaitu Pakej Akademik, Pakej Pecutan Super, Pakej Mari Membaca, Pakej intensif cuti sekolah, Pakej Mengaji di rumah, Pakej Easy English Program dan Program Mudahnya Mengaji.
- Bukan sahaja dapat mempelajari bidang akademik dan pelajaran, tetapi juga ilmu agama dan Al-Quran
- Mempunyai banyak cawangan dan boleh memilih tempat yang anda mahukan
- Tidak terhad perkhidmatan tuisyen untuk individu semata-mata, tetapi juga untuk kumpulan atau sekolah
Kesan Terhadap Anak Anda Dan Pelajar
- Mendapat gred yang lebih tinggi dalam pelajaran
- Lebih faham dan mudah menjawab peperiksaan
- Menjadi lebih yakin diri dan yakin dalam menjawab peperiksaan
- Menjadi lebih aktif dan suka bertanya
- Meningkatkan motivasi diri
- Lebih rajin dan suka belajar dengan modul yang disediakan
Jom Belajar Bersama Homestar Quranic
Homestar Quranic dan Home Tuition telah dipercayai dan digunakan perkhidmatannya sejak bertahun lamanya lagi. Ia sangat maju dalam memberikan pendidikan kepada pelajar-pelajar secara individu dirumah dan juga mendapat permintaan untuk pembelajaran di sekolah, masjid dan lain-lain lagi. Seperti yang anda semua tahu, pelajaran Al-Quran dan Al-Sunnah juga sangat penting supaya anak-anak anda tidak ketinggalan dalam mempelajari ilmu agama selain dari menelaah mata pelajaran akademik semata-mata. Homestar Quranic sangat lengkap dan menyeluruh dalam menyediakan pelbagai pelajaran asas dan lengkap bagi menyiapkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Jom belajar dengan Homestar Quranic, pasti anda lebih fokus, faham dan berjaya!
Testimoni Mereka Yang Menggunakan Perkhidmatan Homestar Quranic Dan Home Tuition
Ramai ibu bapa yang sangat berpuas hati dengan keputusan anak-anak mereka dalam peperiksaan yang mereka hadapi setelah mendapatkan perkhidmatan tuisyen bersama tutor dari Homestar Quranic Dan Home Tuition. Dengan khidmat bantuan tutor, anak-anak lebih mudah memahami pelajaran mereka, boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan yang paling penting adalah mereka berjaya menaikkan gred mereka lebih tinggi daripada biasa. Anda inginkan anak anda berjaya seperti mereka yang telah belajar dengan Homestar Quranic? Inilah masanya untuk anda membuat pilihan tutor yang lebih bijak dan berbaloi!
HOMESTAR QURANIC DAN HOME TUITION | CIKGU TUISYEN DI RUMAH LEMBAH KELANG
Putrajaya Dan Bangi (HQ)
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-3610423) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: HomeStar Quranic & Home Tuition
Kajang & Nilai
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-692 0976) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Homestar Home Tuition Nilai / Kajang
Puchong, Shah Alam & Klang
Hubungi: Tekan untuk telefon (013-770 4737) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Homestar Home Tuition Shah Alam
Subang & Damansara
Hubungi: Tekan untuk telefon (011-33220224) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Homestar Home Tuition Subang – Damansara
Baca juga artikel ini >> Home Tuisyen di Rumah Terbaik Di Putrajaya dan Kuala Lumpur