Umum
Sep 5, 2014, 10:22pm

Checklist Peperiksaan Online Online SPA


Checklist Peperiksaan Online Online SPA penting bagi calon yang benar-benar mahu menjawat Jawatan Awam Penguasa Kastam pada 6 September 2014. Berikut saya kongsikan sedikit semakan penting sebelum hadir peperiksaan online.

Checklist Peperiksaan Online Online SPA

Checklist Peperiksaan Online Online SPA

Senarai Semak Peperiksaan ONLINE 6 September

  1. Pastikan komputer anda (desktop/laptop) anda berfungsi dengan baik. Tidak lambat untuk loading
  2. Pastikan talian internet anda dalam keadaan terbaik. Untuk pengguna broadband pastikan kouta limit anda mencukupi
  3. Masuk ke link peperiksaan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan. Sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal
  4. Terus login menggunakan maklumat yang diberikan (Username, Password, Link Exam)
  5. Jawab dengan tenang setiap soalan secepat yang mungkin. Tinggalkan dahulu soalan yang anda tidak tahu kerana anda boleh mengulang semak nanti
  6. Sediakan kalkulator dan kertas bersama anda untuk pengiraan

Semakan Username, Password dan Link Peperiksaan

Setiap calon diberikan akses yang berbeza

  • Username adalah nombor kad pengenalan anda
  • Password adalah angka giliran anda
  • Link akses hanya ada pada surat panggilan anda

Untuk dapatkan semua maklumat di atas, anda harus buat semakan sendiri SEKARANG di;

Anda akan mendapat paparan sebegini. Dicadangkan untuk anda buat semakan sekarang kerana dikhuatiri esok akan terdapat masalah server yang lambat kerana terlalu banyak semakan berlaku

Checklist Peperiksaan Online Online SPA 1

Checklist Peperiksaan Online Online SPA 1

Sebelum Peperiksaan Online:

  1. Jaga kesihatan diri
  2. Persiapkan mental dan fizikal
  3. Cari bahan untuk pembelajaran dan latihan (Review Copy Penguasa Kastam, Nota Rujukan Penuh)
  4. Baca dan faham bahan pembelajaran/buat latihan (bagi yang memiliki contoh soalan)
  5. Kenalpasti tempat mengambil peperiksaan online anda (Rumah, Cyber Café, Pusat Komputer)
  6. Pastikan sambungan internet berfungsi dengan baik (Sediakan backup sekiranya terjadi apa-apa)

Semasa peperiksaan online:

  1. Pastikan anda telah berada di hadapan komputer (tanpa gangguan) 20 ke 30 minit awal
  2. Pastikan sambungan internet berada dalam keadaan baik
  3. Log masuk ke halaman peperiksaan online berdasarkan slip peperiksaan masing-masing
  4. Dapatkan semula maklumat peperiksaan (slip peperiksaan) di http://e-semakan.spa.gov.my/
    sekiranya anda terpadam emel tersebut (yang dihantar oleh pihak SPA)
  5. Daftar masuk ke dalam portal peperiksaan online mengikut manual dan pastikan anda telah
    bersedia 10 minit lebih awal sebelum peperiksaan bermula (Download manual: http://bit.ly/manualexam )
  6. Jawab dengan tenang dan elakkan ‘tembak’ jawapan bagi setiap soalan melainkan anda benarbenar
    tidak tahu.
  7. Bermasalah dengan server ketika peperiksaan online? Ambil tips dibawah ini:
    # Refresh sampai boleh (berdasarkan pengalaman calon yang lalu)
    # Elakkan sambungan internet dikongsi dengan alat-alat lain
    # Gunakan internet explorer yang telah dikemaskini
    # Elakkan membuka terlalu banyak TAB dalam browser

Video Panduan Peperiksaan Online
Bagi yang masih tidak jelas boleh rujuk video panduan peperiksaan online dibawah

Persoalan Umum Calon Peperiksaan Online

1. Bila waktu dan jadual peperiksaan online penguasa kastam ?

1.

2.. Bila saya boleh akses masuk ke Link Peperiksaan ?

In shaAllah masa yang dicadangkan 20 – 30minit sebelum mulanya peperiksaan. Sekarang LINK PEPERIKSAAN memang tidak dihidupkan lagi selagi 30minit peperiksaan bermula iaitu 8.30am

3. Berapa markah lulus untuk peperiksaan online bagi setiap seksyen?

Saya tak tahu. Itu rahsia SPA. Apa yang penting anda pastikan semua jawapan adalah betul

4. Boleh ke saya skip soalan seterusnya semasa menjawab peperiksaan online nanti ?

Boleh selagi didalam masa peperiksaan.

5. Selesai Peperiksaan Tapi Ada MASALAH?

Jika berlaku masalah semasa peperiksaan anda boleh terus laporkan kepada SPA melalui;

  • Talian Urusetia Bahagian Peperiksaan
    • 03-8880 6468
    • 03-8880 6405
    • 03-8885 6347
    • 03-8885 6303
    • 03-8885 6344

6. Ada tips tambahan tak prof?

InshaAllah boleh ke Tips Nakal Menghadapi Peperiksaan Online Supaya Lulus Dengan Cemerlang

7. Saya dapat link akses peperiksaan online didalam email jemputan oleh SPA kenapa tak boleh login?

Berdasarkan pengalaman link itu akan dapat akses dan login 10 – 30minit sebelum peperiksaan bermula. InshaAllah jangan risau

8. Prof saya risau tolong saya.

Usaha, Berdoa dan Tawakkal. InshaAllah pasti anda akan okay.

9. Prof selepas jawab esok terus dapat tahu result ke?

Biasanya selepas 2minggu tarikh peperiksaan. InshaAllah nanti saya akan update di Fan Page ProfHariz (silakan like ye)

 

Soalan Tambahan GST

1. Pilih padanan yang BENAR

A. Cukai perkhidmatan – dikenakan pada pengangkutan awam.
B. Duti import – dikenakan pada barang yang dibawa keluar daripada negara.
C. Duti eksport – dikenakan pada barang yang dibawa masuk ke dalam negara.
D. Cukai jualan – dikenakan pada sebahagian besar semasa import atau peringkat pengilangan.

2. Berapakah kadar minimum nilai pusingan tahunan yang ditetapkan untuk pendaftaran GST?

A. RM250,000
B. RM500,000
C. RM750,000
D. RM1,000,000

3. Mengapakah penaliti dikenakan dalam GST?

I. Tidak berdaftar secara sah.
II. Tidak mengemukakan penyata GST.
III. Tuntutan dibuat dengan tidak tepat.
IV. Penyata GST yang disertakan kurang bayaran.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

4. Jenis-jenis bekalan yang terdapat dalam GST ialah

I. Pembekalan Tidak Termasuk Skop GST
II. Pembekalan Berkadar Standard
III. Pembekalan Berkadar Sifar
IV. Pembekalan Dikecualikan

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

5. Pembekalan Berkadar Stardard merujuk kepada

I. Tuntutan hanya boleh dibuat sekiranya cukai input lebih besar dari cukai output.
II. Barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada harga standard.
III. Cukai dikutip oleh perniagaan dan dibayar kepada Kerajaan.
IV. Kredit pada input tidak boleh dituntut kembali.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

6. Pembekalan berkadar sifar termasuklah

A. Perniagaan tidak layak menuntut kredit cukai input semasa mendapatkan bekalan ini.
B. Peniaga tidak boleh menuntut cukai input di setiap peringkat bekalan.
C. GST yang dikenakan pada pengguna ialah sifar.
D. Cukai output dikenakan atas pembekalan.

7. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai Pembekalan dikecualikan

A. Pembekalan tanpa cukai tertakluk kepada GST.
B. Boleh mengenakan cukai output kepada pengguna.
C. Perkhidmatan perubatan ialah bekalan yang dikecualikan.
D. Perniagaan layak menuntut kredit cukai input semasa mendapatkan bekalan ini.

8. Berikut ialah manfaat yang diterima dalam pembangunan infrastruktur sosial hasil daripada pelaksanaan GST KECUALI

A. Kemudahan dan institusi kesihatan.
B. Menaik taraf pengangkutan awam.
C. Infrastruktur pendidikan.
D. Kemudahan awam.

9. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai GST

I. GST diperkenalkan untuk menggantikan 2 cukai semasa iaitu cukai jualan 5% dan 10%.
II. Makanan asas seperti beras, tepung, gula, rempah ratus, ikan, telur dan minyak masak dikecualikan dari GST.
III. Barang eksport terkecuali daripada GST.
IV. Semua barang dan perkhidmatan dikenakan GST.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

10. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan

A. Pelaksanaan GST dapat mengurangkan karenah birokrasi.
B. GST dapat mengelakkan cukai berganda.
C. GST adalah bentuk cukai yang baru.
D. Kadar GST ialah 6% sahaja.

 

Doa saya semoga anda semua beroleh kejayan. Jika mahu Tips Kurus boleh terus PM saya di Fan Page Prof Hariz (Ada ebook murah untuk anda) InshaAllah persediaan fizikal juga perlu.

Nota : InshaAllah silakan kongsi artikel ini di laman sosial Facebook, Twitter anda 🙂

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: