Review
Mar 23, 2018, 4:25am

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak Supaya Cepat Membaca Dan Rajin Study


  •  
  •  
  •  
  •  

Sebenarnya menanam minat membaca ini, perlu dimulakan ketika anak-anak masih kecil, lebih mudah. Mulakan sebaik sahaja anak-anak dilahirkan ke dunia. Dedahkan anak-anak kepada buku sejak awal-awal lagi.

Antara Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Membaca untuk mereka ketika mereka masih kecil bukan sahaja merangsang mereka untuk minat membaca tetapi merangsang perkembangan bahasa. Jika tidak dipupuk minat membaca ini dari kecil, memang agak payah untuk menjadikan mereka peminat buku dan pembaca ketika anak-anak sudah besar. Walau bagaimanapun jangan berputus asa, minat membaca masih boleh dipupuk asalkan kena gayanya.

Belajar Cara Dahulu Dan Sekarang Adalah Berbeza

Cara Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Arus pendidikan telah mengalami perubahan yang sangat pesat seiring dengan zaman yang kian maju. Generasi kini sudah banyak berubah, berbeza dengan generasi dahulu. Seiring dengan perubahan ini, sewajarnya kaedah mengajar juga harus diubahsuai dengan keadaan semasa. Cabaran ini juga termasuklah apabila mengendalikan murid-murid yang lemah dalam sesi pembelajaran. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat murid lemah supaya dapat belajar dengan baik.

Tips Untuk Menanamkan Sikap Suka Belajar Pada Anak-anak

Kuncinya adalah mengetahui apa yang dapat membuat anak tertarik dan ingin belajar. Meningatkan minat seharusnya dilakukan dari dalam diri anak sendiri tanpa adanya paksaan, tetapi kita juga boleh membantu anak agar minat mereka terus meningkat.

1. Jadikan Membaca Bersama-sama Keluarga Sebagai Rutin Harian

Ada Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Cari masa yang sesuai, di mana semua ahli keluarga duduk dan membaca bersama-sama. Ketika ini hindari perkara-perkara lain yang boleh menarik perhatian anak seperti tutup tv, tutup computer, simpan semua barang mainan dan lain-lain. Bagi anak-anak yang boleh membaca sendiri, sediakan buku yang sesuai dengan tahap umurnya. Bagi anak-anak yang belum boleh membaca, ibu atau ayah yang membaca untuk mereka. Selepas selesai membaca, bincangkan dengan anak-anak tentang buku yang mereka baca. Dari perbincangan ini, kita boleh mengesan samada mereka betul-betul membaca dan memahami apa yang telah dibaca.

2. Pemilihan Buku Yang Sesuai Mengikut Tahap Umur

Selain ada Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Pemilihan buku juga penting. Pilih buku yang sesuai mengikut tahap umur anak-anak. Anak-anak yang masih kecil biasanya lebih gemar buku yang bergambar dan berwarna- warni. Bagi anak-anak yang sudah bersekolah.. pilih buku mengikut minat mereka. Contohnya kalau anak minat kereta, maka berikan mereka buku-buku mengenai kereta. Kalau anak minat sains, maka berikan buku-buku mengenai sains dan sebagainya.

3. Membawa Anak Ke Kedai Buku

anara ada Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Bantu mereka memilih buku yang sesuai dengan tahap umur mereka. Anak-anak biasanya akan lebih seronok sekiranya ibubapa memberi kelonggaran terhadap pemilihan buku, menggunakan duit mereka sendiri dan mereka sendiri yang pergi membayar harga buku di kaunter, seolah-olah buku itu betul-betul milik mereka, menjadikan mereka lebih berminat untuk membaca. Sekiranya ada kelapangan, boleh juga bawa mereka ke perpustakaan awam.

4. Tahu Gaya Pembelajaran Mereka

Tahu Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Ini merupakan faktor yang paling penting dalam memastikan murid-murid dapat menerima apa yang hendak di ajar kepada mereka.  Terdapat tiga jenis gaya belajar yang utama iaitu visual, auditori dan kinestetik. Walaupun setiap orang mempunyai ketiga-tiga jenis gaya ini namun seseorang itu mempunyai satu gaya yang dominan dalam diri mereka. Setiap gaya belajar ini mempunyai cara pendekatan yang berbeza. Guru perlu mengenali gaya belajar setiap murid di dalam kelasnya dan menyesuaikan dengan kaedah yang hendak digunakannya.

5. Menggunakan Pelbagai Kaedah Yang Berbeza

Anak-anak yang lemah biasanya mempunyai daya tumpuan yang kurang. Ini menyebabkan mereka cepat bosan dengan apa yang dipelajari. Mereka sewajarnya di ajar dengan menggunakan pelbagai medium yang berbeza. Jika satu sesi pembelajaran mempunyai pelbagai kaedah yang berbeza, minda anak belum sempat merasa bosan dengan sesuatu ia telah diperkenalkan dengan sesuatu yang baru. Ini dapat mengurangkan rasa bosan mereka dan dapat menarik minat mereka untuk belajar. Adalah lebih baik jika ibu bapa dapat mengajar dengan berfokuskan bahan bantu mengajar.

Mencari Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Bahan tersebut mestilah kreatif dan menggunakan warna yang cerah untuk menarik minat mereka. Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk sesuatu aktiviti janganlah terlalu panjang, dan jika ia perlu memakan masa yang panjang sebaiknya diselangkan dengan masa rehat untuk mengelakkan mereka mudah hilang tumpuan. Jika sebelum ini kita hanya belajar di dalam kelas, apa kata kita ke luar kelas, belajar sambil melihat suasana yang berbeza.

6. Menyediakan Ganjaran Yang Menarik Minat

ganjaran untuk anak yang membaca

Jika pembelajaran disertai dengan ganjaran yang mampu menarik minat murid ia pasti akan lebih berkesan. Dua jenis ganjaran yang biasa diberikan adalah dalam bentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti pujian atau memberikan hadiah-hadiah yang membuat murid gembira dan merangsang mereka untuk terus bersemangat dalam belajar.

Manakala peneguhan negatif pula adalah seperti memberikan hukuman seperti denda berdiri, buat kerja di luar kelas dan sebagainya. Tujuan jenis ganjaran bersifat negatif ini adalah agar murid tidak mengulangi kesalahan yang sama berulangkali. Kedua-dua jenis ganjaran ini penting mengikut kesesuaian suasana.

Cari Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Namun peneguhan positif lebih sesuai digunakan untuk murid-murid yang lemah seperti puji-pujian, kata semangat. Sebab itulah dalam Pembelajaran Abad 21 perlu disediakan Reward Chart. Ini adalah kerana biasanya murid yang lemah adalah murid yang kurang yakin pada diri mereka sendiri, apabila ada peneguhan barulah semangat dari dalam diri akan muncul.

7. Mengulangi Berkali-kali Apa Yang Diajar

Maksud mengulangi disini adalah mengulangi isi pelajaran dengan kaedah yang berbeza. Anak-anak yang lemah juga biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah dari segi memahami sesuatu. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa mengulangi apa yang sedang diajar berulangkali dengan cara yang berbeza.

Kaedah dan Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Ibu bapa boleh mengulang-ulangnya dengan lisan, kemudian diulang lagi mengunakan media ataupun dengan menggunakan peta minda yang menarik menggunakan kreativiti guru itu sendiri. Selain itu, guru boleh menarik minat mereka dengan sentiasa memanggil nama murid yang lemah berulangkali semasa proses pembelajaran, ini sedikit sebanyak akan menyebabkan mereka akan fokus kepada guru yang sedang mengajar.

8. Ibu Bapa Perlu Bersikap Tegas Tapi Bukan Garang

Dalam mengajar ibu bapa harus mengamalkan sikap yang tegas tapi bukan sifat yang garang. Sifat yang tegas akan membuatkan anakanak dapat membezakan antara yang mana betul dan salah. Manakala sifat yang garang akan menyebabkan anak-anak takut dan semakin tidak ingin belajar. Biasanya anak-anak yang lemah adalah terdiri daripada mereka yang juga mempunyai masalah disiplin. Sikap tegas amat penting untuk membantu mereka memahami apa yang mereka pelajari dan membantu mereka mematuhi peraturan semasa belajar.

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak. Semoga para ibu bapa tidak berputus asa mendidik dan membantu anak-anak yang llemah untuk terus belajar. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita dalam berjuang dalam mendidik anak. Ingat usaha tangga kejayaan.

9. Menerangkan Tentang Kegunaan Ilmu Yang Mereka Pelajari

Kadang-kadang anak merasa tidak minat atau bosan dengan apa yang mereka pelajari adalah kerana mereka tidak mengetahui kegunaan ilmu yang mereka pelajari. Mereka hanya mengetahui bahawa mereka perlu belajar kerana disuruh oleh ibubapa mereka atau bagi mereka ia adalah rutin yang perlu mereka lalui seperti rutin-rutin yang lain.

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Ibu bapa yang baik adalah yang mampu menjelaskan kepada anak-anak tentang apa yang boleh mereka aplikasikan dengan apa yang mereka pelajari. Contohnya, jika anak anda mengetahui dengan jelas kepentingan belajar matematik untuk membantu mereka dalam sukatan yang betul untuk membuat kek pasti mereka yang minat membuat kek akan lebih bersemangat untuk mempelajari ilmu tersebut.

10. Bertanyakan Keadaan Mereka Di Sekolah

Perlu ada Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Ketika anak pulang dari sekolah, ibu dan bapa hendaklah rajin bertanya..”Sayang belajar apa hari ini? Ada tak perkara yang menyeronokkan berlaku di sekolah?” Secara automatik, otak anak akan mencari dan cuba mengingati perkara-perkara yang menyeronokkan sepanjang dia berada di sekolah. Ini secara tidak langsung akan memberitahu anak bahawa sekolah ialah tempat yang menyeronokkan. Ini juga akan memasukkan elemen positif ke dalam otak anak belajar itu adalah sesuatu yang menyenangkan.

Tarik Minat Anak Belajar Tanpa Buku Ada Manfaatnya

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Salah satu cara paling berkesan untuk meningkatkan minat anak supaya cepat membaca dan rajin untuk mengulangkaji pada abad ini adalah menggunakan kemudahan elektronik seperti tab, komputer atau telefon bimbit. Bagaimana? Daripada anak anda menggunakan telefon bimbit melihat benda yang tiada faedah adalah lebih baik jika ianya digunakan sebagai tempat untuk belajar.

Belajar Dengan Lebih Mudah Dan Seronok Dengan i-Learn Ace

Selain cara Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

i-Learn Ace ialah portal pengajaran dan pembelajaran interaktif online dan offline. i-Learn Ace dibangunkan oleh Sasbadi Online Sdn Bhd dan dipasarkan oleh Mindtech Education Sdn Bhd anak syarikat milik penuh penerbit buku pendidikan terbesar di Malaysia iaitu Sasbadi Holdings Berhad. Jenama SASBADI telah bertapak di Malaysia lebih 30 tahun dan merupakan Penerbit & Pengeluar Buku Pendidikan Terbesar di Malaysia!

Bagaimana i-Learn Ace Membantu Meningkatkan Minat Belajar Anak – Anak?

Dapat Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Ingin saya tekankan lagi sekali bahawa i-Learn Ace merupakan sebuah platfrom pembelajaran secara online dan juga offline. Justeru, ianya sesuai dan cara yang paling berkesan untuk meningkatkan minat anak untuk belajar pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Sambil pegang handphone, ingatkan anak-anak supaya mengulangkaji pelajaran di i-Learn Ace. Saya juga percaya, zaman sekarang adalah lebih mudah untuk anak-anak belajar jika menggunakan kemudahan seperti di portal i-Learn Ace. Tanpa perlu menghusung buku dan pegang pen, anak-anak hanya ‘tekan dan cari’ topik atau subjek yang dikehendaki.

Silibus Bagi Murid Sekolah Rendah (Tahun 5 dan 6) dan Menengah

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Setiap helaian buku teks kini boleh diakses di Fungsi Nota dengan lebih mudah. Selepas membuat ulangkaji, pelajar dapat membuat Ujian Pantas (Pop Quiz) untuk memastikan pemahaman topik serta menguatkan memori tentang topik yang dipelajari. Terdapat juga Sticky Note yang boleh memudahkan pelajar untuk membuat nota ringkas atau peribadi. Pelajar juga boleh menggunakan Sticky Note bagi tujuan pembelajaran yang lebih interaktif dengan mengambil Video, Gambar atau Animasi daripada Internet atau Youtube dan hanya tampalkan LINK Video di Sticky Note. Pelajar juga boleh mengubah Font, Saiz atau menggunakan Marker untuk Highlightkan nota penting atau menukar tema nota.

i-Learn Menawarkan Lebih 200,000 Jenis Soalan Mengikut Skema Peperiksaan

Ibubapa tidak perlu risau lagi tentang proses ulangkaji anak mereka kerana terdapat Fungsi Penilaian yang mengandungi Soalan Objektif & Subjektif dengan 200,000 jenis soalan daripada tahap yang paling mudah, sederhana sehingga ke tahap sukar. Setiap Soalan Subjektif akan diberi contoh jawapan yang mengikut skema peperiksaan.

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Anak anda juga dapat melatih diri untuk menjawab soalan kerana terdapat masa yang diperuntukkan bagi setiap soalan objektif. Markah juga akan diperolehi secara terus setelah anak anda selesai menjawab dan ini dapat memberi mereka semangat supaya dapat memperbaiki markah dari semasa ke semasa. Fungsi Penilaian juga akan memaparkan Kertas Percubaan Peperiksaan bagi UPSR, PT3 dan SPM.

Siapa Yang Sesuai Menggunakan Aplikasi i-Learn Ace?

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar AnakSesuai digunakan oleh golongan guru-guru SK, SJKC dan SMK dan juga murid sekolah bermula tahun 4 sehingga tingkatan 5

Kandungan Portal i-Learn Ace

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak
  1. a) Nota mengikut silibus
  2. b) Soalan mengikut silibus
  3. c) i-think mengikut silibus
  4. d) PBS
  5. e) Lembaran kerja
  6. f) Kertas peperiksaan
  7. g) Video tutorial ( Tingkatan 4,5 shj)
  8. h) Ujian lisan

Apakah Kandungan Lain Portal i-Learn Ace?

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak
  • Avatar
  • Educational game
  • Ranking murid dalam malaysia
  • Ranking guru dalam malaysia
  • Kamus BM-BI , BI-BM
  • Virtual Interactive Board
  • Rekod analisis prestasi, latih tubi, laporan kemajuan dikongsi terus dengan ibubapa.

Pakej Yang Di Tawarkan oleh i-Learn Ace

Subjek Yang Terdapat Untuk PAKEJ UPSR

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik

Subjek Yang Terdapat Untuk PAKEJ PMR

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik
  5. Sejarah
  6. Geografi
  7. Kemahiran hidup
Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Subjek Yang Terdapat Untuk PAKEJ SPM?

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik
  5. Sejarah
  6. Pendidikan moral
  7. Biologi
  8. Kimia
  9. Fizik
  10. Ekonomi asas
  11. Prinsip Perakaunan
  12. Matematik Tambahan
  13. Perdagangan
  14. Pendidikan Islam

Masih Belum Terlewat Untuk Memupuk Minat Anak Belajar

Ada Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dengan seoptimum yang mungkin, pelajar perlu didedahkan dengan teknik belajar sambil bermain tidak kira bagi kanak-kanak di sekolah rendah mahupun mereka yang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Dengan adanya i-Learn Ace, pembelajaran bercirikan konsep belajar sambil bermain serta bahan-bahan bantu pembelajaran yang dilihat amat bersesuaian dengan matlamat yang mahu menghasilkan graduan yang berkualiti dari aspek teori dan praktikal dalam bidang pendidikan awal.

Belajar Sambil Bermain di i-Learn Ace

Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Bermain merupakan satu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan dan bebas. Pelajar yang melalui proses belajar sambil bermain akan mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan. Dengan i-Learn Ace, anak-anak pasti akan lebih bersemangat untuk belajar dan tidak mustahil jika mereka akan jadi lebih rajin untuk mengulangkaji pelajaran.

Demo Penggunaan Portal i-Learn Ace

Mari tahu Cara Untuk Meningkatkan Minat Belajar Anak

Untuk melihat demo anda boleh tekan link video ini dan tonton di Youtube – tekan untuk lihat

Langgan  Portal Pembelajaran Mobile i-Learn Ace Sekarang!

Pelengkap kepada sistem pembelajaran di sekolah. Ulangkaji kini lebih mudah dengan menggunakan handphone sahaja atau gadjet yang lain seperti Tablet, Laptop Atau Komputer. Dapatkan i-Learn Ace sekarang, hubungi :

PORTAL BELAJAR ONLINE I-LEARN ACE Cikgu Azmi: Tekan untuk telefon (013 -2203371) | Tekan untuk WhatsApp Puan Salina: Tekan untuk telefon (012-3665936)| Tekan untuk WhatsApp Website: www.ilearnace.com