Review
Sep 18, 2018, 11:26am

Cara Terbaik Lindungi Keluarga Dengan Prudential BSN Takaful


  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai antara kita terlalu takut dengan perkataan INSURANS atau TAKAFUL. Sehinggakan menolak mentah – mentah apabila ada yang cuba untuk menerangkan dengan lebih terperinci. Adakah anda sudah mengetahui sedalam – dalamnya sebelum anda membuat keputusan untuk menolak? Atau adakah anda sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharungi dugaan dan cabaran pada hari esok?

pelan takaful cara terbaik lindungi keluarga

Tidak kira anda seorang individu yang belum berkahwin atau mereka yang mempunyai keluarga, anda perlu memikirkan soal perlindungan pada hari esok. Cuba anda bayangkan situasi di mana anda mempunyai masalah kesihatan, dilanda bencana alam, terlibat dengan kemalangan atau kekurangan dana untuk digunakan di dalam pendidikan anak – anak. Adakah anda sudah bersedia dengan simpanan wang atau rancangan lain untuk mengatasi situasi – situasi tersebut?

cara terbaik lindungi keluarga dengan takaful

Perkongsian artikel ini akan memudahkan anda untuk merancang perlindungan yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Kenali Apakah Maksud Takaful

Perkara asas yang anda harus fahami adalah maksud Takaful itu sendiri. Takaful bermaksud persetujuan bersama antara pihak yang berkaitan di mana setiap pihak telah bersetuju untuk memberi bantuan di dalam bentuk material kepada satu sama lain ketika dilanda musibah.

antara cara terbaik lindungi keluarga

Perjanjian ini memerlukan persetujuan di antara pihak yang berkaitan mengenai bentuk sumbangan yang akan digunakan di atas dasar faedah bersama. Skim Takaful ini adalah halal dan berlandaskan syariah islam. Ia merupakan gabungan konsep kerjasama, perlindungan serta tanggungjawab  yang mereka laksanakan bersama.

Membuat Pilihan Yang Bijak Dengan Prudential BSN Takaful

prudential bsn takaful terbaik

Prudential BSN Takaful merupakan pelan perlindungan yang ditawarkan untuk anda di mana pelan ini sangat berguna apabila anda ditimpa musibah atau memerlukan dana untuk meneruskan hidup. Anda boleh memilih pelbagai pilihan pelan takaful insurans yang sesuai dengan anda dan keluarga. Semua pelan mempunyai matlamat yang sama iaitu menyediakan penyelesaian perlindungan dan simpanan kewangan takaful buat seluruh rakyat Malaysia dan keluarga.

Bagaimanakah Prudential BSN Takaful Membantu Anda

Anda boleh memilih pelan – pelan perlindungan yang disediakan oleh Prudential BSN Takaful. Jom lihat apakah pelan yang ada.

1. Pelan Simpanan

menyimpan dengan prudential bsn takaful

Anda boleh memilih pelan simpanan bagi meningkatkan simpanan anda. Dengan memiliki pelan ini, simpanan anda dilindungi untuk jangka masa panjang. Ramai juga memilih pelan simpanan ini bagi persediaan di masa hadapan.

2. Pelan Perlindungan

lindungi keluarga dengan pelan takaful yang betul

Anda boleh memilih pelan perlindungan Prudential BSN Takaful bagi melindungan mereka yang tersayang. Anda tidak dapat mengetahui waktu dan ketika anda ditimpa musibah. Makanya dengan pelan perlindungan ini, walaupun terdapat musibah, anda dan keluarga masih boleh meneruskan kehidupan.

3. Pelan Pendidikan

pelan pendidikan menjamin kejayaan anak

Anda pasti tidak mahu pelajaran anak – anak anda terabai dengan kesempitan masalah kewangan. Dengan memiliki pelan pendidikan ini, anda boleh mula menabung untuk hari esok anak anda. Pendidikan hari ini memerlukan kos sehingga ke 6 angka maka anda perlu berfikir dengan bijak bagi masa depan yang cerah untuk anak anda.

4. Pelan Korporat

pelan korporat untuk lindungi perniagaan

Sekiranya anda pemilik pernigaan, anda pasti mahu lindungi segala aset anda termasuk pekerja anda bukan? Terdapat pelan eksklusif yang anda boleh pilih untuk kebajikan pekerja sekiranya pekerja anda ditimpa musibah ketika berkhidmat untuk anda dan perniagaan anda.

5. Pelan Rider

pelan rider dalam prudential bsn takaful

Prudential BSN Takaful menawarkan pelbagai manfaat tambahan yang melengkapkan pelan sedia ada anda bagi perlindungan yang optimum. Anda boleh memilih perlindungan berbeza mengikut pilihan rider tertentu berdasarkan kesesuaian bajet anda.

Mengenali PruBSN Warisan

PruBSN Warisan dibuat khusus bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan buat mereka yang tersayang di dalam bentuk hibah (hadiah) sekiranya perkara yang tidak diingini menimpa anda. Hibah ini membolehkan anda untuk :

  1. Merancang dan memelihara kesejahteraan kewangan orang yang tersayang ketika anda masih hidup secara sukarela.
  2. Pembahagian harta milik melalui hibah membenarkan anda menentukan sendiri siapa yang layak menerima jumlah perlindungan tanpa prosedur pusaka yang rumit.
prubsn warisan cara terbaik lindungi keluarga

Setiap ketua keluarga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk keluarga. Adakah keluarga anda mampu untuk meneruskan kehidupan dengan komitmen yang ditinggalkan serta hidup berdikari tanpa anda disisi? Anda boleh bertindak dengan bijak dengan memilih PruBSN Warisan pada hari ini.

jaminan perlindungan untuk keluarga

Antara manfaat utama PruBSN Warisan ialah jumlah perlindungan minimum RM 250,000, orang yang tersayang dapat menikmati hibah yang diperolehi serta dapatkan perlindungan sehingga RM 1.5 juta tanpa pemeriksaan kesihatan.

Memilih Agen Yang Terbaik dan Dipercayai

Untuk mendapat khidmat rundingan dan nasihat yang berkaitan pelan takaful yang terbaik, anda perlu menggunakan khidmat agen yang boleh dipercayai. Anda pasti mahukan pelaburan anda berbaloi dengan manfaat yang bakal anda perolehi nanti.

agen prudential bsn yang dipercayai

Ejen anda akan menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci berkenaan butiran maklumat yang diperlukan, rundingan pelan yang terbaik, borang yang perlu diisi serta fakta yang penting berkenaan polisi anda itu nanti. Pemilihan ejen yang jujur sangat perlu bagi mengelakkan daripada kesilapan fakta polisi, kurang maklumat, jumlah bayaran yang tidak betul dan sebagainya.

Bertindak Sekarang Untuk Hari Esok Yang Lebih Cerah!

ekjen hafiz prudential bsn melaka

Berita baik untuk anda yang berada di Melaka, anda boleh dapatkan khidmat rundingan percuma daripada Ejen Hafiz bagi membantu anda memilih pelan perlindungan yang terbaik untuk anda dan keluarga. Pasti anda tidak mahu menanggung derita dan kesusahan kesempitan wang pada masa hadapan. Anda boleh mengubah hidup anda untuk menjadi lebih baik dengan menghubungi Ejen Hafiz sekarang.

HAFIZ | WEALTH PLANNER PRUDENTIAL BSN TAKAFUL Hubungi: Tekan untuk telefon (017-6051959) | Tekan untuk WhatsApp