Insurans
May 16, 2018, 9:21am

Cara Rawatan Sakit Sendi Dan Puncanya


Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Rawatan Sakit Sendi Inflamasi

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Terdapat pelbagai cara untuk merawat sakit sendi. Jom baca artikel dengan lebih lanjut!

1. Ubahsuai Aktiviti Harian

Rawatan Sakit Sendi Segera

Aktiviti-aktiviti harian seperti mencangkung, melutut, duduk atas bangku rendah, naik dan turun tangga atau apa-apa pergerakan yang memberi beban kepada sendi lutut harus dikurangkan. Limitkan pergerakan anda dalam satu-satu masa. Kenal pasti isyarat sakit yang datang dan pastikan anda berhenti melakukan aktiviti tersebut. Kemudian anda boleh tingkatkan masa secara perlahan-lahan dan berjadual.

Memaksa diri untuk melakukan kerja walaupun berasa sakit hanya akan menyebabkan rawan anda menjadi semakin nipis dan kesakitan anda akan semakin bertambah walaupun ubat yang diberikan doktor adalah mencukupi.

2. Rawatan Fizikal

Tips Rawatan Sakit Sendi

Rawatan dengan menggunakan pek ais amat berguna sekiranya terdapat sakit sendi lutut yang akut (tiba-tiba). Untuk mengurangkan kekakuan sendi, rawatan dengan pek panas adalah berkesan. Senaman untuk menguatkan otot hadapan peha (quadriceps) adalah penting untuk menstabilkan sendi lutut. Pada masa yang sama, senaman untuk menggerakkan sendi lutut diperlukan untuk mengurankan kekakuan sendi lutut. Anda boleh menggunakan seperti tongkat, ‘knee brace’ untuk menurangkan beban ke atas sendi lutut tetapi jangan gunakan untuk jangka masa yang panjang kerana ia akan menyebabkan anda bergantung sepenuhnya dengan bantuan tersebut.

Rawatan Farmakologi

Rawatan Sakit Sendi Punca

Ubat-ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit arthritis sendi lutut boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama adalah ubat yang mengurangkan simptom dan tanda-tanda. Kategori yang kedua adalah untuk mengubah struktur lapisan rawan sendi lutut.

1. Ubat Tahan Sakit

Ubat-ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan termasuk paracetamol dan tramadol amat biasa digunakan untuk mengurangkan sakit sendi, terutamanya bagi pesakit yang mempunyai gastritis dan ulser perut.

2. Ubat-ubat Anti-Inflamasi Bukan Steroids (NSAIDS)

Kumpulan ubat ini adlaah penting untuk mengurangkan komponen inflamasi penyakit osteoartritis. Pesakit yang kerap hadapi tanda-tanda seperti bengkak sendi, sakit dan panas sendi perlu dirawati dengan kumpulan ubat anti-inflamasi ini.

Walaubagaimanapun, ubat-ubat ini boleh menyebabkan gastrik dan mengganggu fungsi buah pinggang terutamanya di kalangan orang tua. Justeru, ubat ini patut diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa yang pendek.

3. Penghalang Cox-2

Kumpulan ubat ini bertujuan mengurangkan kesan sampingan ubat anti-inflamasi NSAIDS. Umpanya Etoricoxib, Celecoxib, Meloxicam adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawati penyakit artritis dan rheumatism. Ubat -ubat ini tidak sesuai untuk pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit arteri koronari, angin ahmar serta penyakit alahan pada ubat-ubat ini. Ubat ini juga patutu diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa paling pendek.

4. Glucosamine Sulfate

Glucosamine, adalah sebahagian daripada aminomonosaccharide glucosamine semula jadi yang mempunyai saiz dan berat molekul yang kecil, 179 daltons. Ia adalah sebahagian daripada lapisan rawan pada permukaan sendi serta cecair sendi synovium.

Berbagai penyelidikan perubatan telah menunjukkan betapa berkesannya glucosamine sulfate dalam mengurangkan tanda-tanda sakit serta meningkatkan pergerakan pada sendi. Penggunaan glucosamin sulfate pada jangka masa panjang juga dapat mencegah kerosakan struktur rawan pada sendi.

5. Chondroitin Sulfate

Chondroitin sulfate, sejenis glycosaminoglycan yang mempunyai saiz molekul yang amat besar, antara 10,000 hingga 40,000 daltons juga digunakan untuk merawati penyakit sendi 0steoartritis. Bahan ini didaftarkan sebagai suplemen makanan di Malaysia. Penyelidikan selanjutnya adalah perlu untuk menunjukkan keberkesanan bahan ini.

Suntikan Sendi Dengan Hyaluronic Acid

Cara Rawatan Sakit Sendi

Hyaluronic acid merupakan sejenis bahan yang terdapat di dalam tisu synovium sendi. Penggunaan suntikan bahan ini ke dalam sendi amatlah meluas ntuk mengurangkan kesakitan sendi serta meningkatkan pergerakan sendi. Suntikan ini diberikan sekali seminggu, ntuk tiga hingga 5 suntikan. Setiap jenis suntikan hyaluronic acid adalah berbeza dari segi saiz dan berat molekul. Suntikan ubat ini boleh mengurangkan sakit sendi, memperbaiki pergerakan serta meningkatkan fungsi-fungsi sendi.

Rawatan Sakit Sendi Cucuk

Suntikan sendi dengan ubat corticosteroids digunakan dengan meluas untuk mengurangkan komponen inflamasi osteoartritis. Ubat ini berkesan selama satu hingga beberapa bulan. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat ini secara berlebihan boleh membawa kepada pelbagai kesan sampingan. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan ubat ini lebih daripada tiga suntikan setahun.

Rawatan Pembedahan

Rawatan Sakit Sendi Lutut

1. Pembedahan artroskopi sendi

Pesakit yang kerap mempunyai masalah bengkak dan inflamasi sendi yang berulangan akan bermanfaat dengan menggunakan cara rawatan pembedahan artroskopi. Artroskopi bertujuan untuk memeriksa kerosakan di dalam ruang sendi umpamanya kerosakan pada meniscus, kerosakan lapisan rawan serta pembentukan tulang berlebihan (spur) pada hujung tulang. Kerosakan tersebut boleh dicukur, dibersihkan, serta dibuang dari ruang sendi. Ini bertujuan untuk mengurangkan proses inflamasi serta kerosakan mekanikal yang selanjutnya.

2. Pembedahan pertukaran sendi

Pembedahan pertukaran sendi lutut adalah pembedahan pertukaran sendi yang paling kerap dijalankan. Keputusan pembedahan ini adalah amat menggalakkan, ramai pesakit dapat kembali kepada fungsi aktiviti harian. Tujuan utama pembedahan ini ialah menghilangkan kesakitan sendi lutut terutamanya kepada mereka yang mengalami kesakitan yang teruk, di mana ubat-ubat yang digunakan tidak lagi memberikan kesan. Pesakit boleh berjalan dengan baik tanpa bantuan dalam masa sebulan selepas pembedahan. Sendi lutut yang dipasangkan boleh bertahan lama untuk lima hingga 20 tahun sekiranya dijaga dengan baik.

Sebab-Sebab Sakit Sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan

Selain daripada langkah pencegahan, anda juga boleh bersiap sedia dengan mendapatakan medical card. Medical card amat penting sekiranya, anda diserang penyakit secara tiba-tiba. Sekursng-kurangnya anda tidak akan terbeban denga kos rawatan yang tinggi.

Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card anda tidak perlu risau lagi!

Rawatan Sakit Sendi Kad

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: