Review
Nov 22, 2017, 4:43pm

Cara Penjagaan Muka Yang Betul Untuk Elak Jeragat, Kusam Dan Berminyak


Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan kita ialah kulit wajah yang berminyak, jeragat, dan kusam. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila terpaksa berada dalam keadaan yang panas untuk sesuatu jangkamasa. Kulit wajah terasa melekit dan tidak selesa. Keadaan ini menyebabkan wajah menjadi kusam malah jerawat juga akan mudah tumbuh. Ia bukan sahaja mencacatkan penampilan malah kulit yang berminyak dan berjerawat membuatkan tahap keyakinan kita berkurang. Jadi hari ini, saya nak berkongsi cara macam mana nak mengatasi kulit berminyak.

wanita-kulit-muka-berminyak-kusam

Sebelum itu, jom kita lihat dulu apakah punca kulit muka kita berminyak.

5 Sebab dan Punca Kulit Berminyak

1. Tidak menjaga pemakanan

makanan-tidak-sihat-punca-kulit-berminyak

Banyak mengambil makanan yang berminyak dan berlemak menyebabkan berlaku penimbunan lemak dibawah kulit. Lemak dibawah kulit akan merangsang lebihan minyak sehinggakan minyak dirembeskan dikulit muka.

2. Salah pilih kosmetik

bahaya-produk-kosmetik

Penggunaan produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia dan tidak sesuai dengan kulit akan membuatkan kulit berminyak, iritasi dan kulit wajah menjadi lebih sensitif

3. Hormon tidak seimbang

hormon-tak-seimbang

Ketika menstruasi, hamil, dan menopaus, wanita akan mengalami perubahan hormon dan menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan minyak yang berlebihan dan akan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan dibawah kulit

4. Tekanan atau stress

tekanan-atau-stress

Apabila stress, badan kita akan menghasilkan lebih hormon androgen, ia menyebabkan kulit hasilkan lebih minyak dari biasa

5. Keadaan cuaca

terdedah-kepada-cahaya-matahari

Cuaca yang tidak menentu boleh mempengaruhi keadaan kulit muka. Keadaan panas dan lembap boleh tingkatkan pengeluaran minyak pada kulit. Udara kering yang menyebabkan kulit kering juga membuatkan kulit muka akan menghasilkan minyak untuk menyeimbangkan keadaan kulit yang kering.

Kulit berminyak punca utama jeragat?

punca-kulit-berminyak

Kulit muka berminyak sering dikatakan antara punca utama masalah jerawat namun mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa cara penjagaan kulit wajah juga penting untuk memastikan muka bebas jerawat. Kulit wajah yang sering terdedah kepada cahaya matahari dan pelbagai kekotoran contohnya debu dan asap boleh menyebabkan masalah jerawat menjadi sukar dikawal jika tidak mengamalkan kaedah yang betul semasa mencuci muka. Jadi, apakah cara yang paling bekesan untuk mengelak berlakunya jeragat, kusam dan berminyak?

Amalkan cara ini untuk mengelakkan berlakunya jeragat, kusam dan berminyak

Minum air Teh Hijau

  • Minum teh hijau sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari. Kaedah ini mampu membuat kulit anda bebas dari jerawat kerena ia mempunyai antioksidan yang sangat bagus.

minum-teh-hijau

Pilih pencuci muka yang sesuai

  • Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

mencuci-muka-dengan-betul

Scrub wajah

  • Penyegar wajah adalah sangat penting kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

skrub-muka-untuk-cantik

Pakai pelembap muka

  • Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

pelembab-muka-untuk-kulit-cantik

Pakai masker

  • Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan masker wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan. Pilih masker yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih masker pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau masker pelembap (moisturising mask).

memakai masker

Gunakan Produk Khas dari Bahan Semulajadi untuk jenis kulit bermasalah

Menjaga kecantikan diri tidak seharusnya membebankan dan tidak memerlukan bahan kosmetik yang menelan belanja besar. Pelbagai bahan semulajadi di persekitaran kita mampu memberi kesan yang sama seperti sesetengah bahan kosmetik yang ada di pasaran. Lebih menarik, bahan semula jadi tidak mempunyai tambahan bahan kimia dan boleh digunakan secara selamat oleh sesiapa saja termasuk mereka yang berada dalam kategori kulit sensitif.

Tapi, bagaimana pula untuk memastikan produk semulajadi yang ada dipasaran itu sesuai dengan masalah kulit anda?

memilih-produk-semulajadi-untuk-muka

Pilih Produk yang sesuai dengan masalah kulit muka anda

Memilih produk yang sesuai dengan masalah kulit muka memang perkara yang merunsingkan! Ya lah, terlalu banyak jenis produk di luar sana, bermacam-macam bahan mereka letakkan. Bermacam-macam teknik pun ada. Setiap tahun mesti ada trend baru, bukan? Kali ni saya nak fokus pada 3 jenis masalah yang majoriti dihadapi oleh kulit asia seperti berminyak, jeragat dan kusam serta jenis produk yang sesuai untuk ketiga-tiga masalah tersebut

memilih-produk-kosmetik-terbaik

Walaupun  pelbagai produk ada dipasaran tapi tidak semuanya bebas merkuri. Ada sesetengahnya akan menyebabkan kesan sampingan pada masa akan datang. Malah, ada produk yang setelah berhenti seketika waktu pemakaian akan menyebabkan lebih teruk jeragat yang timbul. Jika hal ini kerap terjadi, bagaimana kulit nak cantik dan bersih? Sebab tu pentingnya memilih produk yang dihasilkan dari bahan semulajadi kerana ianya tiada kesan sampingan dan lebih cepat merawat muka yang bermasalah.

Vanilla Ice Cream Soap penyelesaian kepada masalah kulit berminyak, jeragat dan kusam

Memahami keperluan wanita yang sentiasa mahu mendapatkan kulit yang cantik dan bersih, Vanilla Ice Cream Soap merupakan sabun antioksida dengan memanfaatkan kebaikan yang lebih kepada masalah kusam, jeragat dan berminyak. Ditambah pula dengan elemen anti penuaan yang terkandung dalam sabun tersebut, sel-sel baharu akan terbentuk yang secara tidak langsung dapat meremajakan kulit yang semakin kusam akibat faktor sekeliling.

Vanilla Ice Cream Soap

Vitamin E yang terdapat di dalam produk ini juga dapat melindungi membran sel serta mencegah terjadinya kerosakan kolagen yang disebabkan sinar ultraviolet. Ia akan meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit di mana kolagen merupakan protein yang sangat penting untuk menjaga kulit agar terhindar daripada kedutan dan garis halus yang boleh terhasil akibat penuaan. Ia juga dapat mengecilkan liang pori kulit, merawat kulit yang kering, merawat kulit berminyak dan menanggalkan kotoran serta sel kulit mati.

Wajah lebih lembut, bersih dan awet muda

Rasai cucian yang ringan, licin dan lembut, dari sabun bertukar kepada buih yang membersihkan wajah anda, pembersih pemutih wajah ini menembusi jauh ke dalam liang-liang roma dan tidak mengeringkan kulit. Secara perlahan akan membuang semua make-up, menghilangkan kotoran dari pencemaran alam sekitar, minyak dan mengembalikan sinar kulit yang sihat.

Vanilla Ice Cream Soap

Vanilla Ice Cream Soap Diperkaya dengan Collagen, Rose stem cell, Vitamin C, Arbutin & Gluthathione yang diekstrak dari tumbuhan untuk membuang sisa kulit mati dan mengelupaskan kulit secara lembut dan perlahan untuk wajah yang lebih berseri dengan tona yang sekata.

Kelebihan Vanilla Ice Cream Soap

  • Menyingkir sel kulit mati
  • Menghalus dan melembapkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengurangkan kesan parut, bekas jerawat, jeragat dan kulit kusam
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengatasi masalah pigmentasi
  • Merawat dan mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV
  • Memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata
  • Menyerlahkan keremajaan kulit
  • Menyegarkan kulit
  • Menjadikan kulit cerah dan gebu dari ramuan semulajadi

Vanilla Ice Cream Soap 3

Mendapat Kelulusan KKM dan Menjimatkan

Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Vanilla Ice Cream Soap disyorkan untuk penggunaan sekurang-kurangnya dua kali sehari yang boleh bertahan dalam tempoh sebulan jika digunakan secara rutin yang ternyata lebih ekonomi dan menjimatkan kepada pengguna.

Vanilla Ice Cream Soap 4

Testimoni pengguna Vanilla Ice Cream Soap

testimoni-Vanilla Ice Cream Soap

Dapatkan segera Vanilla Ice Cream Soap dengan cara hubungi nombor dan laman yang tertera di bawah :

Jom dapatkan Vanilla Ice Cream Soap SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom dapatkan Vanilla Ice Cream Soap SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan Vanilla Ice Cream Soap SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: