Membuat pelbagai kerja adalah alternatif menambah pendapatan. Pelbagai pekerjaan boleh dilakukan untuk mendapat pendapatan yang lumayan. Sebagai contoh, perniagaan dobi layan diri. Di Malaysia, industri mesin layan diri ini masih di peringkat permulaan dan tidak ramai menceburinya kerana ia banyak diterokai syarikat besar mahupun pemilik jenama berkenaan. Tapi kini, telah ada cara untuk anda yang mahu menjalankan perniagaan ini.
MCC Smart Services ( PG0381626-P ) merupakan sebuah syarikat konsultan Dobi Layan Diri yang ditubuhkan secara rasminya pada 11 disember 2015 di Kulim, Kedah Darul Aman. Manakala, MCC Smart Services (M) Sdn Bhd ( 1244422-H ) telah didaftarkan pada 23 Ogos 2017. MCC Smart Services merupakan pakar dalam inovasi, perundingan dan penjenamaan untuk perniagaan dobi layan diri. Mereka akan membantu anda memiliki perniagaan dobi jenama anda sendiri.
Anggaran kos projek bagi setiap tapak atau premis sewaan meliputi aset dan pemasangan adalah sebanyak RM95,000. Manakala, anggaran kos bulan pertama bagi sewaan tapak atau premis termasuk deposit sewaan, keperluan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain sebanyak RM7,000. Anggaran pendapatan perniagaan meliputi anggaran caj minimum penggunaan mesin basuh dan kering dalam sebulan.
Walaupun memerlukan modal besar bagi membeli sebuah mesin, namun, ia dijangka dapat menjana pendapatan tinggi kepada usahawan sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Pendapatan dan perbelanjaan ini menunjukkan perniagaan dobi mampu memperoleh anggaran untung bersih hampir RM18,000 sebulan dan sasaran pencapaian perniagaan tahunan boleh mencapai sehingga RM216,000.
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan melalui proses penetapan hala tuju, proses mengatasi kelemahan dan ancaman yang dihadapi, pengurusan operasi dan kewangan serta pengenalpastian isu-isu strategik dan penggubalan strategi-strategi ke arah pencapaian objektif organisasi yang disasarkan.
Oleh itu, perancangan yang strategik amat penting dalam sesebuah perniagaan terutamanya perniagaan dobi yang merangkumi perancangan sebelum memulakan perniagaan sehingga perancangan perniagaan akan datang. dan perbelanjaan ini menunjukkan perniagaan dobi mampu memperoleh anggaran untung bersih hampir RM18,000 sebulan dan sasaran pencapaian perniagaan tahunan boleh mencapai sehingga RM216,000.
Kebiasaannya usahawan dobi akan memilih kawasan perumahan ataupun kawasan yang terdapat ramai pelajar menetap, seperti di sekitar kawasan universiti ataupun kolej. Pengusaha juga perlu memastikan premis dobi mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan mereka. Ada premis yang terletak dalam kawasan bangunan pejabat akan mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta, memaksa pelanggan mereka berjalan jauh membawa toto dan pakaian yang perlu dibasuh.
Pemilihan konsep perniagaan ini perlu dibuat mengikut kepada keperluan masyarakat setempat. Di negara barat, terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan cafe laundry dan self service laundry kerana mengikut kepada gaya hidup mereka yang lebih cenderung terhadap konsep tersebut. Perniagaan dobi di Malaysia juga mula menunjukkan perkembangan dengan wujudnya pelbagai jenis konsep perniagaan seperti kedai dobi kafe, kedai dobi layan diri dan juga kedai dobi perkhidmatan. Walau apa pun konsep perniagaan yang dipilih, pastikan ia bersesuaian dengan keadaan dan keperluan setempat.
Pembelian mesin dan peralatan juga dianggap penting untung memastikan untung yang maksimum. Untuk mendapatkan harga yang terbaik, lebih baik dibeli terus daripada pengedar seperti dari MCC Smart Service. Elakkan daripada membeli daripada ejen atau orang tengah yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Selain itu, mesin basuh yang digunakan perlulah direka untuk kegunaan industri dan tahan lasak.
Pembelian mesin dan peralatan juga dianggap penting untung memastikan untung yang maksimum. Untuk mendapatkan harga yang terbaik, lebih baik dibeli terus daripada pengedar seperti dari MCC Smart Service. Elakkan daripada membeli daripada ejen atau orang tengah yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Selain itu, mesin basuh yang digunakan perlulah direka untuk kegunaan industri dan tahan lasak.
Pakej A adalah yang termurah untuk anda yang ingin memulakan perniagaan Dobi Layan Diri secara kecil-kecilan. Sesuai untuk premis yang kecil.
Pakej B pula didatangi dengan 14kg washer dan dryer. Kapasiti untuk pakej ini jika diletakkan di premis agar besar kawasan yang diperlukan.
Manakala pakej C sesuai untuk anda yang mempunyai modal banyak tapi hasil yang akan didapati kemudian hari lebih menguntungkan.
Akhir sekali adalah pakej D dilengkapi set penuh yang dipelrukan oleh Dobi Layan Diri.
Kesemua pakej di atas boleh pilih mengikut nilai bajet yang anda ada. Jika anda meragui mana satu yang sesuai dengan modal yang anda ada, pihak MCC Smart Service akan memberikan khidmat terbaik untuk anda memilih pakej yang sesuai.
Pakej yang begitu jimat dengan modal yang paling rendah untuk mendirikan perniagaan Dobi Layan Diri. berminat dengan perniagaan ini hubungi segera MCC Smart Service sekarang :
MCC SMART SERVICES | PEMBEKAL DAN PEMASANGAN DOBI LAYAN DIRI
Hotline 1: Tekan untuk telefon (011-28431318) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (012-4850806) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 3: Tekan untuk telefon (016-4213732) | Tekan untuk Whatsapp
Facebook : https://www.facebook.com/Mycucicuci/
Website : http://mccsmartservices.com/
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang