Review
Mar 24, 2018, 12:28am

Cara Mudah Hamil Yang Cepat Dan Anda Perlu Buat Jika Nak Anak Cepat


  •  
  •  
  •  
  •  

Ketahui cara mudah hamil melalui 7 cara yang cepat di samping mengetahui apakah yang anda perlu lakukan jika inginkan anak dalam masa yang singkat. Kedengaran agak pelik tetapi ianya tidaklah janggal bagi pasangan suami isteri yang begitu menginginkannya.

Antara Cara Mudah Hamil

Perihal Kehamilan

Umumnya setiap pasangan yang berkahwin pasti menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata baik dalam masa yang singkat mahupun untuk satu-satu masa tertentu. Walau bagaimanapun, tidak semua yang dirancang mampu dicapai kerana semuanya itu terletak pada takdir Allah sebagai sebaik-baik Penentu.

Meskipun terdapat pelbagai cara mudah hamil yang boleh dijadikan panduan, adalah lebih elok jika memahami terlebih dahulu beberapa perkara berkenaan kehamilan. Ilmu yang bermanfaat wajar dijadikan sandaran supaya para suami tidak berasa panik dengan perubahan-perubahan yang bakal berlaku kepada isteri.

Selain Cara Mudah Hamil

Tempoh kehamilan biasanya boleh berlangsung sehingga 38 minggu daripada tarikh terakhir seseorang isteri itu datang bulan. Terdapat juga kes kehamilan yang mencapai maksima sehingga 40 minggu.

Dalam istilah perubatan, fasa kehamilan terbahagi kepada tiga keadaan yang dikenali sebagai Trimester Kehamilan. Setiap satu trimester pula mengambil masa selama tiga bulan dimana tubuh wanita hamil akan mengalami perubahan bentuk apabila berlakunya perpindahan antara satu trimester ke trimester yang lain.

Trimester 1 (3 Bulan Pertama)

Cara Mudah Hamil

Usia kandungan adalah daripada 0 sehingga 12 minggu. Ia bermula daripada pertemuan dan juga percantuman dua sel kelamin yang dikenali sebagai sperma dan ovum di tiub fallopio. Hasil percantuman dua sel berkenaan, maka terbentuklah satu sel lain yang dikenali sebagai zigot.

tanda awal kehamilan

Zigot itu kemudiannya akan bergerak ke bahagian uterus dan melekap pada dinding endometrium. Proses percantuman dan perpecahan sel-sel yang membentuk zigot ini berlanjutan hanya 8 minggu sahaja. Setelah itu, zigot akan bertukar sifat kepada embrio. Embrio adalah sifat dimana ia boleh berubah bentuk dari segi saiz berbanding zigot. Saiz bagi embrio pada trimester pertama adalah sebesar biji beras.

Trimester 2 (3 Bulan Kedua)

Cara Mudah Hamil

Usia kandungan adalah daripada 13 sehingga 28 minggu. Ketika trimester kedua ini, bentuk tubuh badan si ibu sudah mula menunjukkan perubahan yang ketara. Dalam fasa ini, si ibu akan mula merasa mual, sangat mudah merasa letih, merasa gatal-gatal pada bahagian perut dan sakit-sakit pada bahagian pinggang.

Trimester 3 (3 Bulan Ketiga)

Usia kandungan adalah daripada 29 sehingga 40 minggu. Keadaan kandungan pada trimester ini semakin membesar. Maka, keadaan si ibu semakin menjadi tidak selesa ditambah pula dengan rasa sesak pada bahagian dada.

Selain Cara Mudah Hamil

Ini disebabkan oleh tubuh janin yang membesar itu menekan sebahagian anggota vital ibu. Dari segi pergerakan janin juga akan semakin berkurang kerana ruang yang sudah terhad untuk mana-mana perubahan posisi janin. Walau bagaimanapun, posisi kepala janin sepatutnya sudahpun menghadap ke bawah.

Tanda-tanda Kehamilan

Kaedah dan Cara Mudah Hamil

Umumnya terdapat beberapa tanda kehamilan yang boleh dijadikan panduan samada buat si bakal ibu mahupun bakal ayah. Tanda-tanda ini juga secara tidak langsung menjelaskan kepada kita bagaimana ciri-ciri orang yang hamil.

Tanda Pertama

Kedua-dua payudara akan mula membengkak. Ini merupakan antara tanda paling awal yang dikenal pasti akan dirasai oleh orang yang mengandung. Payudara membengkak dan mengalami perubahan dari segi saiz yang normal kerana berlakunya perubahan hormon dalam badan. Maka ketidakselesaan akan dapat dirasai seawal trimester pertama.

payudara membengkak tanda awal kehamilan

Tanda Kedua

Mula merasa penat dan letih dari kebiasaan. Penyebab utama untuk gejala ini tidaklah diketahui secara terperinci. Namun, ia berkemungkinan berpunca daripada meningkatnya kadar hormon progesterone dalam tubuh yang membuatkan orang yang mengandung itu mudah merasa mengantuk dan letih.

tanda kehamilan adalah cepat penat

Tanda Ketiga

Terjadinya pendarahan sekitar 11 hari hingga 12 hari selepas pembentukan zigot. Gejala ini juga boleh berlaku pada sesetengah wanita. Ia disebabkan oleh sel telur yang telah berjaya menerobos memasuki lapisan yang mengandungi darah yang banyak di bahagian uterus.

Cara Mudah Hamil

Walau bagaimanapun, pendarahan yang berlaku tidaklah begitu banyak. Warna darah tersebut biasanya tampak seperti setitis air berwarna kemerahan atau agak kecoklatan. Adalah lebih baik mendapatkan nasihat doctor berkenaan hal demikian kerana ia juga ada kemungkinan berlakunya kehamilan di luar kandungan.

Tanda Keempat

Cara Mudah Hamil

Merasa mual dan muntah. Inilah yang dikenali sebagai morning sickness. Walaupun ada kalanya rasa mual dan loya itu berlaku sepanjang hari. Biasanya ramai wanita yang mengalami gejala ini untuk 3 bulan yang pertama sahaja iaitu di awal-awal kehamilan.

Tanda Kelima

sensitif dengan bau adalah tanda kehamilan

Sangat sensitif kepada bau-bauan. Ini pula disebabkan oleh kadar peningkatan estrogen dalam badan. Oleh itu, berwaspadalah dengan bau-bauan yang menyengat hidung tidak kira samada bau-bauan yang wangi ataupun yang berbau busuk. Mereka pastinya akan berasa sangat tidak selesa.

Tanda Keenam

Terdapat Cara Mudah Hamil

Perut kerap kembung. Gejala ini pula adalah seakan-akan sakitnya sebelum datang bulan memandangkan berlakunya perubahan hormon tubuh badan. Itulah sebabnya kesakitan dapat dirasai pada bahagian pinggang meskipun saiz kandungan ketika itu masih kecil.

Tanda Ketujuh

Lebih kerap membuang air kecil. Atas faktor jumlah darah dan juga cecair dalam tubuh badan yang meningkat, organ buah pinggang terpaksa memproses darah dan cecair tersebut untuk dialirkan ke saluran kencing.

kerap kencing tanda kehamilan

Gejala ini berlaku pada seawal minggu ke enam dalam trimester pertama malah akan semakin meningkat selari dengan bertambahnya usia kehamilan. Ini disebabkan oleh pertumbuhan bayi yang semakin membesar dan menekan kawasan pundi kencing.

Tanda Kelapan

Cara Mudah Hamil

Tanda positif yang terhasil pada test pack kehamilan. Sekiranya seseorang itu menyedari bahawa tarikh kedatangan haid sudah pun melepasi kiraan, lebih kurang seminggu atau lebih bolehlah melakukan sendiri ujian air kencing pada test pack.

Sekiranya positif, bermakna itulah bukti menunjukkan kehamilan wanita. Tanda negatif juga mungkin terhasil jika ujian tersebut diambil terlalu awal. Bersabar terlebih dahulu dan lakukan semula ujian beberapa hari berikutnya.

ujian kehamilan dengan pregnancy test checker

7 Cara Mudah Hamil Yang Cepat Dan Anda Perlu Buat Jika Nak Anak Cepat

Sebenarnya jika meneliti berkenaan cara mudah hamil dengan cepat, sudah pasti terdapat pelbagai sumber yang boleh diperolehi samada di laman-laman sosial mahupun di website tertentu. Walau bagaimanapun, adakah perkongsian tersebut benar-benar berkesan dan membantu?

Cara Mudah Hamil

Ada kalanya tips cara mudah hamil yang dikongsikan itu lebih berunsurkan kepada mitos dan pandangan peribadi semata-mata. Untuk mendapatkan tips atau cara mudah hamil yang berkesan, adalah dianjurkan untuk kita memilih sumber yang juga terbukti daripada kajian perubatan ataupun mendapatkan secara terus daripada doktor-doktor yang pakar.

Jaga Berat Badan

Terbaik Cara Mudah Hamil

Berat badan mempunyai kaitan rapat dengan faktor kejayaan untuk hamil. Tidak kira samada berat badan itu terlalu kurang atau berlebihan, pasti mempengaruhi proses kesuburan. Oleh itu, mahu atau tidak para wanita perlu menjaga berat badan yang ideal. Dapatkan nasihat doktor pakar untuk mendapatkan diet yang sesuai dengan kemampuan tubuh dan gunakan jadual Body Mass Index (BMI) untuk mengira sendiri berat badan.

Jangan Stress

sentiasa gembira dan elakkan stress untuk hamil

Kajian membuktikan bahawa stress dapat mengganggu tahap kesuburan seseorang. Oleh itu, untuk memastikan cara mudah hamil ini berkesan elakkan daripada keadaan yang tegang dan stress. Boleh juga memanfaatkan masa untuk beriadah di luar, mendengar muzik, bermeditasi, melakukan olahraga yang sesuai dan seumpamanya.

Kurangkan Pengambilan Kafein

Cara Mudah Hamil yang terbaik

Meskipun belum ada lagi kajian yang betul-betul menunjukkan bahaya atau kesan kafein kepada tahap kesuburan manusia, perlu diingat bahawa kafein tidaklah bagus untuk tubuh badan. Tahukah sebenarnya pengambilan sebanyak 3 cawan kafein setiap hari adalah bersamaan dengan menghisap 25 batang rokok? Maka, berusahalah untuk menghadkan pengambilan kafein.

Jangan Merokok

elakkan dan berhenti merokok untuk mudah hamil

Ini adalah antara cara mudah hamil yang perlu diambil tindakan serius. Kesan pengambilan rokok sangat mempengaruhi kadar kesuburan wanita dan juga lelaki. Bagi wanita, merokok akan mempengaruhi jumlah sel ovum yang dikeluarkan manakala bagi lelaki merokok akan mengurangkan jumlah kuantiti sperma yang dihasilkan.

Pengambilan Asid Folik Yang Mencukupi

Cara Mudah Hamil

Asid folik merupakan antara elemen penting bagi mereka yang hamil. Para wanita digalakkan untuk mengambil lebih banyak asid folik. Asid folik ini terdapat pada jagung, gandum, brokoli, kekacang dan jambu.

Elakkan Bersenam Secara Berlebihan

elakkan bersenam dan aktiviti yang terlalu lasak dan berat

Walaupun bersenam itu banyak manfaatnya, jika dilakukan secara berlebihan juga tidak begitu digalakkan kerana tubuh badan akan menjadi lemah. Jika hal ini berlaku, kadar kesuburan juga akan terganggu.

Kira Kitaran Haid Untuk Mengenalpasti Waktu Subur

Ada Cara Mudah Hamil

Ini merupakan cara mudah hamil terpenting dan sangat berkesan untuk diaplikasikan. Kecanggihan teknologi kini tidak menghadkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan apa sahaja cara untuk mengira kitaran haid. Kiraan itu, khas untuk menentukan bilakah waktu subur. Pasangan sangat digalakkan untuk berhubungan intim 2 hari sebelum waktu subur.

Perkhidmatan Pengurutan Kehamilan Tradisional di Daerah Gombak

Berita baik bagi mereka yang berada di sekitar Gombak yang masih mencari atau ingin mendapatkan khidmat pengurutan tradisional yang juga mempunyai kepakaran khusus dalam pengurutan untuk kehamilan. Berikut adalah sedikit informasi berkenaan pekhidmatan pengurutan tradisional.

Mudah Cara Mudah Hamil

Beliau dikenali sebagai Puan Norma, berumur 59 tahun yang menetap di Daerah Gombak. Puan Norma telah berkecimpung dalam bidang pengurutan tradisional selama hampir 35 tahun. Puan Norma juga telah menjadi pengurut sepenuh masa selama lebih 20 tahun kerana sebelum itu beliau masih bekerja.

Berdasarkan ilmu pengurutan turun temurun daripada keluarga yang hanya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, beliau berjaya membantu ramai masyarakat yang memerlukan khidmat pengurutan.

senang ada Cara Mudah Hamil

Walau bagaimanapun, Puan Norma hanya fokus kepada pengurutan kaum Hawa dan kanak-kanak sahaja. Untuk kaum Adam, khidmat pengurutan akan diuruskan oleh anak lelaki beliau.

Kepakaran Puan Norma Dalam Pengurutan Tradisional

Cara Mudah Hamil Antara kepakaran Puan Norma dalam bidang pengurutan tradisional termasuklah:
  • Masalah terseliuh
  • Masalah urat-saraf
  • Proses membuang angin dalam badan
  • Membantu dalam perancangan keluarga
  • Masalah mendapatkan zuriat
  • Urutan mengandung
  • Masalah stroke
  • Perkhidmatan selepas bersalin

Senarai Harga Untuk Beberapa Jenis Perkhidmatan Pengurutan Tradisional

harga urutan kehamilan

A. Untuk urutan yang umum, berikut adalah caj yang dikenakan:

  1. RM70 hingga RM90 untuk urutan seluruh badan (bergantung kepada struktur badan, masa dan kepayahan sakitnya). Harga tersebut juga sama untuk urutan  mendapatkan zuriat.
  2. RM70 untuk urutan semasa mengandung.
  3. RM20 hingga RM50. Caj ini untuk urutan dibahagian yang sakit (bergantung kepada masa dan berat atau ringan sakitnya).
  4. RM120 untuk urutan membuang angin dalam badan menggunakan tungku panas.
Cara Mudah Hamil

B. Bagi rawatan dan perkhidmatan bersalin:

Tungku + Urut + Mandi Baby + Ikat Bengkung 3 hari = RM 500 5 hari = RM 800 7 hari = RM 1100

Selain Cara Mudah Hamil

Perlu diingat bahawa harga yang ditawarkan tidak termasuk transport kerana pelanggan perlu ambil dan hantar beliau balik. Harga ini juga untuk mereka yang tinggal berdekatan yang tiada kesesakan lalu lintas.

Testimoni Pelanggan

Cara Mudah Hamil CubaCara Mudah Hamil Boleh Cara Mudah Hamil Cara Mudah Hamil   Cara Cara Mudah Hamil

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Pengurutan Tradisional, Hubungi Segera!

Ada Cara Mudah Hamil

Saya yakin anda juga mahu mendapatkan khidmat urutan untuk kehamilan kerana saya memahami situasi anda yang inginkan cahayamata. Dengan izin Allah, inshaAllah tiada yang mustahil. Namun anda harus menelefon terus kepada Puan Norma untuk tempahan urutan kerana beliau sangat sibuk dan mungkin akan lambat membalas untuk WhatsApp. Jadi apa lagi, hubungi beliau dan buat tempahan waktu urutan dengan beliau sekarang juga.

PUAN NORMA | PAKAR URUTAN TRADISIONAL DI GOMBAK Hubungi: Tekan untuk telefon (017-3234573) Hanya dengan panggilan saja akan dilayan segera WhatsApp: Tekan untuk WhatsApp (013-9022287) Lokasi mengurut : Taman Selasih Fasa 1, Gombak, Selangor.

Nak booking urutan cepat hamil?

Sila telefon ke +60173234573 atau WhatsApp SEKARANG!

Whatsapp Layari Website

Nak booking urutan cepat hamil?

Sila telefon ke +60173234573 atau WhatsApp SEKARANG!